Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Wednesday 28 September 2011

Kemaafan

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan dari ketiadaan ilmu tentang apa yang dilakukan itu atau juga terlalu mengikut nafsu.Kadang-kadang jadi pelik , kenapa sukar sangat kita nak memaafkan seseorang ?


Apakah kelebihan kita yang lebih dari dia ? Adakah kita lebih mulia atau lebih tinggi darjat berbanding orang lain ? Maafkanlah ..dengan memaafkan seseorang itu belum tentukan merendahkan martabat kita..malah lebih mulia disisi Allah.


Dari menyimpan dendam yang tak berkesudahan.benci yang tak berterusan ada baiknya maafkan je la.hati akan lebih tenteram dan damai bila kita jadi seorang pemaaf,seorang pemaaf juga menunjukkan betapa dia seorang yang matang.


Tak kira la apa sekali pun dosanya, kita tak layak menghukumnya,Sapa kita ? Tak kira la sapa orang itu,kekasih,bekas kekasih, kawan, suami, isteri,kenalan maya, apatah lagi ada yg tidak mahu maafkan ahli keluarganya.


Kalau kita beriman pada Allah, nescaya kita akan jadi seorang pemaaf, seorang pemaaf adalah seorang yang kuat jiwanya,dia mampu terima apa saja dugaan yang datang padanya, kerana dia percaya,dia hanya hamba Allah ! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.


Akhir kata...cuba tanya diri sendiri.baguskah aku untuk tidak memaafkan orang lain ?


Moral; Pelikkan, kita marah, kita bertengkar, kita sakit hati, sampai ada yg berdendam kesumat hanya semata-mata kerana hal dunia, asbab dunia, sekali lagi D U N I A.. walhal kita tahu, bagaimana pun kita berusaha bagai nak rak, akhirnya dunia ni akan tinggal je.


Hatta bila kita dipanggil pulang, 'uniform' kita sama, warnanya putih belaka. dari setinggi gelaran Tuanku, hatta sampai kepaling rendah, hamba abdi, malah saiz lubang lahad juga sama. tak ada bedanya.


Tapi yalah, bukan semudah dikata, mungkin kita menderita atas perbuatan mereka, sakit hati, sakit fizikal, tapi seperti mana awalnya, hanya kerana hal dunia.kita bila tembuk yang menyusakkan kita untuk berurusan diakhirat kelak, kita tak maafkan siapa saja yang tidak memuaskan hati kita, lalu, esok, bila orang lain telah selesai urusan kita masih menunggu dan mencari-cari mereka yg pernah kita sakiti dan menyakiti kita untuk menuntut dan dituntut hak, hanya semata-mata untuk kepuasan dunia yang dah kena tinggal. Berbeda dengan Baginda Rasulullah saw. ketika bilamana Baginda disakiti, Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab: “Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”


Berbanding kita sekarang yg akan MELAKUKAN APA SAJA asalkan puas hati...Walhal Baginda selayaknya mengizinkan dan sekongyong-konyong bumi Taif mampu menelan mereka yang MENYAKITI BAGINDA KERANA BERDAKWAH AKAN ISLAM!yang membawa maksud, perjuangan Baginda untuk akhirat.
~Anas ra berkata; Nabi saw. bersabda: Allah swt berfirman: "Sesugguhnya jika engkau berdoa mebgharapkan kecelakaan atas org lain, kerana ia telah menzalimimu dan di samping itu ada orang lain yang berdoa mengharapkan kebinasaan keatasmu karena engkau telah menzaliminya, maka bila engkau kehendaki, Aku akan mengabulkan keduanya atau menagguhkannya ...sampai hari kiamat di mana Aku akan memberikan ampunan-Ku kepadamu berdua." (Riwayat Al Hakim)


Masih ingin marah?, eemm.. jangan biarkan hatimu itu keras. Mintalah pada Allah agar kita sentiasa ada sifat pemaaf, kerana Allah swt sendiri sentiasa memberi maaf kepada hambaNya..kita nilah hamba, tapi kita sering terlebih lajak dari TUANnya...

Iman Seseorang >bahaya hari ini>

Saban hari, dapat kita saksikan di setiap keratan-keratan akhbar tempatan sama ada di muka depan mahupun di selitan muka dalam, terdapat tajuk-tajuk berita yang barangkali sudah jemu dibaca. “Bayi dijumpai di sungai”, “Bayi lelaki dijumpai di dalam mangkuk tandas” dan lain-lain tajuk lagi yang amat menggusarkan kita. Apabila bercerita mengenai buang bayi, sudah tentu tak dapat dipisahkan daripada topik ‘pasangan yang terlanjur’ (jarang sekali mereka yang bernikah membuang anak). Kita dapat lihat bagaimana pihak jabatan agama terpaksa bekerja keras setiap hari dalam menghadapi kemelut ini dan paling menakjubkan adalah betapa mereka yang ‘terlanjur’ tidak segan silu merakamkan adegan-adegan sendiri, maka tersebarlah imej-imej dan video-video hebat melalui internet dengan tajuk-tajuk memalukan, “pelajar kolej.3gp”, “budak 18 thn.3gp” dan lain-lain lagi.

Bukti-bukti yang terpampang di depan mata sering diambil remeh oleh sesetengah masyarakat kita. Seolah-olah kerosakan masyarakat kita berada pada tahap minima. Mereka lebih menumpukan perkara-perkara remeh walhal perkara sedemikian inilah yang patut ditumpu. Di manakah tahap kerosakan masyarakat kita sekarang? Dan pernahkah anda terfikir sejauh manakah bilangan mereka yang terbabit dalam perbuatan yang tidak bermoral ini? Jikalau bukti melalui media di ambil kira untuk mengetahui tahap kerosakan masyarakat kita, dengan sukanya saya menyenaraikan beberapa kaedah terpilih untuk mengira secara kasar bilangan mereka yang ‘terlanjur’. Namun untuk setiap kaedah, terdapat persoalan-persoalan yang perlu diperhalusi.

    1. Jikalau jumlah bayi terbuang yang ditemui diambil kira untuk menentukan pasangan yang 'terlanjur', misalnya dalam jumlah sekian, berapakah pula jumlah bayi yang tidak dijumpai langsung atau disorok? Bagaimana pula dengan pasangan yang 'terlanjur' tetapi tidak/belum menghasilkan bayi? Adakah lebih ramai?

    2. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ yang telah ditangkap khalwat oleh pihak jabatan agama adalah dalam jumlah sekian, berapakah pula pasangan ‘terlanjur’ yang tidak dapat dikesan langsung? Bukankah lebih ramai?

    3. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ dikira berdasarkan imej atau video yang tersebar melalui internet, bagaimana pula dengan imej atau video yang masih tersorok atau tersimpan rapi? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak langsung merakam adegan terkutuk itu? Tentu lebih ramai? 

Dan sekarang anda memilih kaedah mana untuk menentukan tahap kerosakan masyarakat kita yakni mereka yang ‘terlanjur’? Ya, memang tidak munasabah untuk menggunakan mana-mana kaedah, malah jika kita menggabungkan kesemua kaedah-kaedah tersebut pun belum tentu untuk mencapai bilangan sebenar jumlah mereka yang ‘terlanjur’. Malah, mana mungkin dapat mewakili 5% daripada mereka yang 'terlanjur'? Itu baru sahaja mereka yang ‘terlanjur’, bagaimana pula dengan mereka yang hanya berjinak dengan aksi ‘ringan-ringan’? Astagfirullah, memang tidak dapat digambarkan betapa sudah rosak masyarakat pada hari ini.

Couple penyumbang besar kepada pasangan yang ‘terlanjur’?

Sebut pasal couple, pasti ramai tersenyum, topik yang acap kali dibincangkan di mana-mana web dan blog. Pada dahulunya, budaya ini hanya didominasi di kalangan remaja-remaja berumur 18 tahun ke atas, tapi pada hari ini, anda boleh berjumpa mereka yang berumur 11 tahun pun sudah mempraktikkan budaya ini. Amat menakjubkan bukan? Seolah-olah budaya ini berkembang seiring dengan teknologi yang kian pesat membangun. Entah tidak dapat dipastikan datang dari mana, budaya couple dikatakan tiba untuk memenuhi fitrah naluri cinta untuk mereka yang belum berkahwin. Pasangan ber'couple' akan berusaha untuk mengenal hati budi masing-masing dalam tempoh-tempoh tertentu kononnya adalah persedian dalam menghadapi rumah tangga. Dalam tempoh couple tersebut, mereka bakal mengecapi saat-saat ‘bahagia’nya, maka timbullah perkataan-perkataan ‘mandi tak basah’, ‘tidur tak lena’ dan ‘makan tak kenyang’. Masing-masing sedang berada dalam keadaan angau, saling berhubung tidak kira berjumpa, ber’sms’, ber’yahoomessenger’ atau/dan ber’facebook’ untuk memenuhi perasaan rindu yang terpendam dalam hati masing-masing. Proses ini berulang-berulang berhari-hari, berminggu-minggu, dan berbulan-bulan lamanya dengan harapan tiba ke jinjang pelamin, namun malangnya kebanyakkannya gagal. Apabila dikatakan tidak serasi, mereka akan putus. Begitulah berlangsungnya budaya ini, couple-putus, couple-putus, couple-putus, sehinggalah dikatakan serasi barulah mereka dikatakan yakin untuk ke jinjang pelamin.

Kisah budaya ini tidak semudah ini sahaja, kebanyakkannya terselit dengan 'peristiwa' yang tidak tersengaja yakni apa yang kita panggil ‘terlanjur’. Agak pelik bukan bagaimana 'peristiwa' sedemikian boleh berlaku secara tidak sengaja sedangkan proses-proses yang dibincangkan tadi memang menjurus kepada 'peristiwa' itu. Apabila berlaku 'peristiwa' itu, pihak yang beruntung sudah tentu salah satu kaum dari pasangan terbabit yang dipanggil lelaki! Kerana mereka dapat ‘merasa’ pelbagai nikmat atas nama ‘cinta’. Tetapi yang bakal merana, menanti kesudahan peristiwa itu tidak lain adalah kaum hawa.

Wahai kaum muslimah, tidak sedarkah kalian, di sebalik anda semua mengejar cinta, para lelaki pula mengejar ‘cinta’ yang sebaliknya. Anda sering berdalih mengatakan pasangan anda berbeza dengan yang lain, baik dan segala pujian buat mereka, tetapi selang berapa lama kemudian, lelaki yang dikatakan berbeza itu akan menjadi tidak berbeza pula. Ketahuilah jika anda kata pasangan anda adalah ‘baik’, yang sebenarnya sebaik-baik insan itu adalah mereka yang tidak terjebak dalam budaya yang menjurus kepada ‘terlanjur’ ini.

    Allah telah berfirman, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur :26)

Sebagai penutup kata, perihal mengenai buang bayi tidak akan sampai ke penghujung jika kita masih tidak sedar akan pangkal asalnya. Alangkah lebih baik jika kita mencegah daripada merawat. Seringkali kita melontar kekecewaan terhadap mereka yang membuang bayi sedangkan kita sedang diseliputi budaya yang menjurus kepada pembuangan bayi tersebut. Selagi kita duduk mempertahankan budaya ini, selagi itulah berita-berita menyentuh jiwa ini tersebar meluas. Tidak cukupkah lagi dengan komentar para ustaz mahupon ilmuan tempatan yang mengulas mengenai isu ini? Mereka yang mempertahankan couple sering berselindung di atas hujah seorang yang dipanggil 'ustaz' sedangkan jumhur yang lain berkata sebaliknya. Mengapakah tidak mengikut jalan majoriti tetapi mengikut jalan minoriti ibarat bertanyakan hukum merokok daripada 'ustaz' yang merokok? Jangankan bila sudah tertanam benih yang haram baru hendak bertaubat. Nauzubillah… sesungguhnya kita sudah berada pada penghujung zaman seperti yang diperkatakan nabi.

    "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. ( Hadis Riwayat Muslim)

Tidak hairanlah jika zaman mak bapa kita dulu, apabila tersebarnya kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia dalam lingkungan 18 tahun pun sudah heboh satu kampung. Tetapi pada hari ini, kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia 13 tahun sudah menjadi lumrah kehidupan, sejajar dengan tersebarnya budaya couple di kalangan mereka. Dan akhir kata, istilah ‘terlanjur’ barangkali tidak sesuai digunakan kerana ianya seolah-olah suatu pelakuan yang tidak disengajakan. Jika mereka yang ber'couple' bakal melalui proses-proses ke arah 'terlanjur', lebih molek jika digantikan dengan istilah ‘melanjur’. Untuk apa ber’couple’ jika mereka memang sudah mengetahui bakal 'tak sengaja melanjur'? Tepuk dada, tanya iman. Sekian.

p/s: Istilah ‘terlanjur’ dan ‘melanjur’ pada artikel di atas hanyalah retoris kritis semata-mata. Untuk penggunaan istilah yang tepat, sila rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuesday 27 September 2011

Tudung & Hipokrit

Assalamualaikum... pernah dengar tak ayat yang nadanya sebegini "buat apa saya nak hipokrit! saya memang jenis yang tak pakai tudung pun! inilah diri saya yang sebenar! buat apa nak berpura-pura.. orang yang pakai tudung tu pun bukannya baik sangat!" dan bila terdengar hujah sebegini, kita pun terpaku. lidah kita pun menjadi kelu. tak pandai nak berhujah rasanya dengan orang yng macam ni.. betul kan?

teringat kata-kata letre saya "jika sesuatu hujah tu dari seorang yang fasik, semestinya hujahnya rapuh. sebab yang menjadi inspirasi bagi orang fasik ialah syaitan.. dan tipudaya syaitan sangatlah lemah.."

mari kita analisis hujah tadi.. apabila kita berhadapan dengan orang sebegini.. kita seolah-olah dikaburi oleh sikapnya yang jujur dan tidak hipokrit.. justeru, yang nampak ialah kejujuran dan keluhuran budi orang yang berkata-kata.. namun, apa yang diselindungkan dari kita ialah kedurhakaannya pada perintah Allah.. seolah-olah dia berkata.. takpalah kalau derhaka pun asalkan dia jujur.. tak apalah kalau rambut saya buat maksiat, yang penting hati saya bersih.. betul kan?

jika kita berhadapan dengan orang sebegini, apa yang perlu kita buat? saya cadangkan beberapa step..

1- soal balas dia dengan ajukan pertanyaan.. siapa yang kata bahawa lebih baik tak pakai tudung tapi jujur daripada pakai tudung tapi hipokrit? ulamak mana yang kata? kitab mana? guru mana? kalau dia tak boleh nak jawab maka teranglah ulamaknya ialah syaitan.. kitabnya ialah syaitan dan gurunya ialah syaitan!

2- bagi dia satu persoalan dalam bentuk analogi: jika seorang ayah mempunyai dua orang anak yang jahat. seorang berpura-pura baik dan amat bersopan depan ayahnya, manakala yang sorang lagi terang-terang menunjukkan kejahatannya di depan ayah. soalan saya: siapakah yang akan kena pukul dahulu?

3- soalan lain: seorang pencuri yang berlakon alim, dengan seorang pencuri yang menzahirkan kejahatannya. yang mana kena tangkap dahulu?

4- selepas membaca analogi saya tadi apa pendapat anda? mana yang lebih baik? yang bertudung tapi hipokrit atau yang tidak bertudung tapi jujur?

begitulah step yang saya susun untuk berhujah dengan orang sebegini. apa yang penting, berusahalah untuk meletakkan kejujuran ditempat sepatutnya.. jangan disalah letakkan.. dan jangalah hendaknya kita meletakkan kasut di tangan sambil berkata, "saya meletakkan kasut di tangan disebabkan saya berjalan dengan kaki.. " seseorang yang waras sekali-kali tidak akan dapat memahami kata-kata anda itu..

Hawa Tercipta Saat Tidurnya Adam


Assalamualaikum..

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat mereka terjaga??. Tahukah kamu yang hawa diciptakan dari tulang yang bengkok?? Bukan dari yang lurus?? Dari kiri pula~

Lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua.

Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW,

“jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” 

Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Jadi kepada kaum Adam sekalian, apakah yang telah anda lakukan pada kaum Hawa pada ketika ini?? pada minggu ini?? pada tahun ini dan sepanjang hidup meniti kehidupan pada jasad yang hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa??

Wajarkah kita memperlakukan mereka sebegitu??

Sunday 25 September 2011

Untuk Ketentuan Cinta Kerana Allah




Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud:


Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran:31)

Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah semata-mata, ialah bila anda mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya. Misal cinta itu ialah: Seseorang yang mencintai gurunya sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya. Sedang tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan dan amalan yang baik itu, ialah keselamatan diri di Hari Akhirat. Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.

Misal yang lain ialah: Seorang guru mencintai muridnya, sebab kepadanya guru itu dapat menurunkan ilmu pengetahuan dan dengan sebab itu pula guru itu memperoleh pangkat seorang pendidik atau guru. Orang ini juga, dikira cintanya kerana Allah semata-mata. Begitu pula orang yang bersedekah dengan harta bendanya kerana menuntut keredhaan Allah, atau orang yang suka mengundang tetamu di rumahnya, lalu menghidangkan berbagai-bagai makanan yang lazat, semata-mata kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan sayang dan kasih terhadap tukang masaknya, kerana kemahirannya untuk menyediakan makanan-makanan yang lazat; cinta ini juga dikira sebagai cinta kerana Allah.

Misal lain lagi ialah misal seorang yang suka menyampaikan sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya, maka perilakunya itu dikira sebagai cinta kerana Allah juga. Ataupun orang yang mencintai pekerja yang membantu mencuci pakaiannya, membersihkan rumahnya, dan memasak makanannya, yang mana dengan terlepasnya ia dari tugas-tugas ini, senanglah ia dapat menuntut ilmu atau membuat pekerjaan yang lain, sedang tujuan utama dari mempekerjakan orang itu semata-mata kerana melapangkan diri untuk memperbanyakkan ibadat, maka ia juga terkira pencinta kerana Allah.

Begitu juga ia mencintai seorang kerana orang itu mencukupkan keperluannya dari wang dan pakaian, makanan dan rumah dan lain-lain keperluan yang mesti untuk kehidupan di dunia, sedang maksud orang yang menderma itu ialah supaya ia dapat melapangkan diri untuk menuntut ilmu pengetahuan yang berguna, sambil melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala maka cintanya itu dikira kerana Allah Ta’ala jua.

Segolongan para Salaf Saleh yang terdahulu, sering segala keperluannya ditanggung oleh hartawan-hartawan yang murah hati. Jadi dalam hal ini, kedua-dua pihak tergolong pencinta-pencinta yang mencari keredhaan Allah Ta’ala.

Juga, jika seseorang itu menikahi seorang wanita yang salehah untuk melindungi dari godaan syaitan, serta memelihara agamanya, atau untuk menginginkan seorang anak yang saleh dari pernikahan itu, ataupun dia mencintai isterinya kerana menerusinya ia dapat sampai kepada tujuan-tujuan yang suci, seperti misal-misal yang disebutkan di atas tadi, maka ia adalah seorang pencinta kerana Allah Ta’ala.

Demikian pula, jika seseorang itu dalam hatinya tersemat cinta kerana Allah dan dunia, seperti seorang yang mencintai guru yang mendidiknya, lalu ia pun mencukupkan segala keperluan guru itu di dunia dengan wang dan sebagainya, maka ia dikira orang yang mencintai kerana Allah.

Seterusnya, bukanlah dari syarat-syarat cinta kerana Allah Ta’ala itu, ia mesti tinggalkan semua nasibnya dari harta kekayaan dunia sama sekali, sebab para Nabi salawatullahi alaihim sering menyeru kita berdoa, agar Allah s.w.t. mencukupkan kedua-dua keperluan dunia dan akhirat.

“Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.” 
(al-Baqarah: 201)

Juga dalam doa yang ma’tsur berbunyi:
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu kerahmatan yang dengannya aku boleh memperoleh pangkat kehormatanMu di dunia dan di akhirat.”

Bila kecintaan seseorang kepada Allah telah menjadi kukuh, niscaya akan muncul wataknya perasaan suka membantu dan menolong serta mengutamakan orang lain dari diri sendiri, bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya dari harta, jiwa dan nasihat yang baik.

Dalam hal ini manusia adalah berbeda menurut perbedaan darjat kecintaannya terhadap Allah azzawajalla. Ia akan dicuba dalam kecintaannya itu dengan berbagai-bagai percubaan yang bertalian dengan kepentingan-kepentingan dirinya, sehingga ada kalanya semua kepentingan itu sudah tidak ada yang tinggal lagi, semuanya telah dibelanjakan bagi kepentingan orang yang dicintainya itu, Terkadang-kadang ditentukan sebahagian untuk diri sendiri, manakala yang lain diberikan kepada orang-orang yang dicintainya.

Tidak kurang juga, orang yang membahagikan harta kekayaannya kepada dua, satu bahagian untuk dirinya dan satu bahagian lagi untuk kekasihnya, ada yang memberikan sepertiga dari harta kekayaan, dan ada sepersepuluh dan seterusnya. Banyak atau sedikit wang yang dibelanjakan itu bergantung pada rasa cintanya terhadap orang itu, sebab tidak dapat ditentukan darjat cinta itu, melainkan dengan kadar harta yang dibelanjakan kepada para kekasihnya. Maka barangsiapa hatinya telah dipenuhi oleh rasq cinta kerana Allah, tidak ada benda-benda lain yang masih dicintakan lagi, selain dari cintanya kepada Allah semata-mata. Ketika itu tidak akan meninggalkan sesuatu benda pun dari harta kekayaannya, melainkan semuanya dibelanjakan kerana Allah s.w.t.

Contoh dalam misal ini, ialah Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq (Khalifah Islam pertama), beliau telah menyerahkan puterinya Aisyah (untuk dikahwinkan kepada Rasulullah s.a.w. – pent), sedangkan aisyah itu cahaya matanya kemudian dibelanjakan semua harta bendanya kerana Allah s.w.t.

Dengan itu disimpulkan, bahwasanya sesiapa yang mencintai seorang alim atau’ abid, ataupun dia mencintai penuntut ilmu pengetahuan atau orang yang sepanjang masanya beribadat atau membuat kebaikan, maka yakinlah bahawasanya ia mencintainya itu kerana Allah dan untuk Allah dan tentulah ia akan mendapat ganjaran pahala dan kurnia dari Allah Ta’ala menurut kadar kekuatan cintanya itu.

Aku Dan Kekasihku

Wahai Pemilik Jiwa
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMU
Ku pasrahkn semua padaMU

Tuhan baruku sedar
Indahnya nikmat sehari itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMU

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir diiring doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jd penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang KAU beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
YA ILAHI...
Muhasabah cintaku

Tuhan...kuatkan aku
Lindungi aku dari putus asa 
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dgn MU..

Monday 19 September 2011

MAAF

Ungkapan itu mungkin terlalu berat untuk diluahkan. Tak tahulah ego tahap mana yang meraja dalam diri. Susah sangatkah mahu dibebaskan dari sangkar hatimu itu? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan hati diketuk. Dengan akal sekali lagi. Moga jernih air yang keruh.


Jangan memilih siapa dia. Perlukah dimaafkan atau tidak. Kita berukhuwah tanpa mengenal rupa bukan? Janganlah kerana dia bukan sahabat karibmu, ada hak dalam berukhuwah yang tak tertunai. Ada juga yang akrab bukan main, tapi oleh kerana satu kesilapan yang dia lakukan, kita menjauhkan diri.

Cermin diri. Muhasabah. Sempurnakah kita? Tidak. Begitu juga sahabatmu itu. Daripada mengenang kesilapannya yang cuma satu atau dua, apa kata kita hargai kebaikan dia yang lebih dari itu? Barulah terasa kemanisannya. InsyaAllah.


Ya, memberi dan memohon maaf itu salah satu hak dalam bersaudara. Macam mana nak rasa kemanisan iman kalau urusan semudah itu pun tak selesai? Excuse me. Semudah itu katamu?
Memang semudah itu kalau yang bertakhta di hati itu iman. Kalau ego yang menguasai, memanglah payah. Sekali lagi, ketuklah pintu hati dan tanya padanya siapa pemilik takhta tertingginya. Itu belum lagi sampai pada soalan yang lebih mencabar. Di mana DIA di hatimu?

Bukankah memaafkan itu bermakna kita berlapang dada dengan apa yang terjadi dalam sesebuah ukhuwah. Benarlah, berlapang dada itu yang paling asas sebenarnya dalam tingkatan ukhuwah. Kalau yang asas pun rapuh, bagaimana binaan ukhuwah tersebut mampu kukuh?

Mengalah Bukan Bererti Kalah
Tapi benar. Andai dia tidak mahu memaafkan, kamulah yang perlu mengambil langkah pertama. Ungkapkan kata keramat itu pada dia walaupun hatimu yang terluka. Leburkan egomu sendiri sebelum meleburkan ego yang lain! InsyaAllah sedikit sebanyak luka itu akan sembuh perlahan-lahan.
What you give, you get back. Itulah konsepnya. Moga-moga dengan sikapmu yang berhati mulia itu bisa melembutkan hatinya untuk meminta maaf kembali. Siapa tahu? Api tak mungkin dipadamkan dengan api bukan? Maka jadilah air.

Maafkan Dia Kerana Tidak Meminta Maaf Padamu
Dia masih berkeras hati? Penantian itu satu penyiksaan bukan? Maka janganlah ditunggu. Kelak memakan diri kerana terlalu lama menunggu. Biarkan dia. Lepaskan dan bebaskan perasaan resah yang membelenggu jiwamu. Biarkan ia terbang. Jangan ditunggu kepulangannya. Serahkan bulat-bulat pada DIA!

Maafkan dirimu. Dan maafkan dia kerana tidak melakukan apa yang kamu hajatkan. Itulah maaf yang sebenar-benarnya. Manusia kan makhluk Allah yang sangat kompleks? Kita bukan Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati mereka. Bahkan hati sendiri pun belum tentu!

Sibukkan diri dengan perkara lain. Jangan terlalu memberatkan fikiran dengan sesuatu yang tidak pasti. Utamakan yang lebih utama. Allah kurniakan pada manusia kemampuan dan pengetahuan yang sangat-sangat terbatas. Kamu tahu kenapa? Hikmahnya apa? Renung-renungkan. Fikir-fikirkan.

Maaf Itu Membahagiakan
Kalau kamu benar-benar memaafkan, nescaya berbahagialah kamu. Kelak bila ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya! Berkali-kali ganda! Dan saat itu, katakan terima kasih padanya, kerana menjadikan kamu orang yang paling bahagia pada waktu itu. Alhamdulillah.
Sabda baginda Nabi

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.

Ambil masa beberapa minit dan muhasabah. Bermula daripada ibu, ayah, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup kita walau sekejap cuma. Yang di depan mahupun di belakang tempat duduk semasa sekolah dahulu. Yang dekat mahupun jauh terpisah beribu batu. Yang sama-sama berjuang dengan penat lelah dan jerih payah mahupun yang pernah mencaci dan menghina perjuangan itu.

Mereka tetap manusia seperti kita. Jangan memilih. Ungkapkan kata keramat itu pada mereka seikhlas hatimu. Walaupun pada mereka yang telah selalu diucapkan. Apatah lagi pada mereka yang pernah kamu lukakan hatinya sehingga menyebabkan ukhuwah itu retak. Juga pada mereka yang telah banyak mencurahkan kebaikan padamu. Kerana ungkapan maaf dan terima kasih yang lahir dari hati itu akan membahagiakan saudaramu.

Abu Burdah r.a berkata:  Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:  Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahu'alam.....