Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Tuesday 14 February 2012

Muhasabah Diri


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama ALLAH SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w,keluarga dan para sahabat..

Muhasabah? apakah erti muhasabah? muhasabah satu proses menghitung dan mengimbas siapakah kita,apakah yang telah kita lakukan,bertepatankah atau bertentangan dengan keperluan dan tanggungjawab diri...

Sekarang jom kita imbas kembali apa yang kita dah buat sepanjang hari ini, imbas juga sepanjang minggu ini, dan jangan lupa imbas kembali setahun ini serta tahun-tahun yang lalu...


Berapa banyak kebaikan yang kita dah buat? seimbangkah dengan kesilapan kita jika ditimbang? rata-rata manusia hari ini semuanya lebih banyak melakukan kesilapan dari kebaikan. Macam mana dengan timbangan kiri kanan kita? sure ka kanan lagi berat? atau kiri jauh lebih berat...

Jika kiri jauh lebih berat maknanya kita tak tahu siapa kita, kita lupa dan alpa tentang Maha Pencipta kita,ayat mudahnya "tak sedar diri betul"...

Apa kena mengena dengan pagi pahala,petang dosa? itu adalah perbuatan kita,insan-insan tak sedar diri, pagi muhasabah(pahala), tengahari buat baik(pahala), petang lupa Allah(dosa), malam bergelumang dosa. 

Pagi menghitung diri, tenaga hari berkhidmat untuk diri, keluarga, dan masyarakat, petang bergembira sampai lupa pada Allah...Tidur dalam keadaan penuh dosa tapi masih tak takut dan tak sedar diri, macam mana kalau tidur yang mati sekejap itu menjadi mati yang kekal?

Adakah kita dah bersedia menghadap seksaan kubur? pembalasan akhirat yang jauh lebih berat dari seksaan di dunia... yang lebih teruk macam mana kita nak berhadapan dengan Allah, Tuhan yang menciptakan kita?

Monday 13 February 2012

IMPORTANT- "Berlapang DADA"


بسم الله الرحمن الرحيم


Tiba-tiba terdetik pula ingin bercakap soal berlapang dada ni..
Ya, saya tau perkara nilah paling susah kita nak buatkan..

Cuba kita ingat balik..recall balik..
Dalam usrah, perkara ini selalu disebut..
Tingkatan pertama untuk berukhwah adalah dengan berlapang dada.
Jika soal berlapang dada ni pun kita masih tak selesai lagi, susahlah macam tu..
Jika ada sesuatu perkara yang tersimpan dalam hati, luahkanlah dengan cara yang betul..
Jangan pendam dan jangan cakap belakang (peringatan tuk diri sendiri)

Plus, janganlah pulak kita mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati dan perasaan orang lain..
Saya tahu kadang-kadang kita tak sengaja..
Terlepas cakap..biasalah kadangkala saya juga begitu..
Cakap main dan je..tak fikir perasaan orang lain..
Bila dah cakap baru menyesal…(itu memang saya)

Dalam berukhwah ini biasalahkan bab-bab terasa hati ini..
So, don’t take it deep into your heart ^_^..
Tapi saya takdalah menggalakkan kamu2 semua suka-suki ja menggores hati dan perasaan sahabat anda..
Cumanya disini saya ingin menegaskan pada anda semua “berlapang dada tu penting”

Terasa hati terasa jugak..
Tapi jangan bawa sampai mati ok..(opss..agak panas ayat tu)
Bagi pihak yang 1 lagi, silalah berhusnu dzon dengan sahabat anda..
Kamu pun kena berlapang dada jugak ya...

Akhirul kalam,
Apakah kita berlapang dada dengan sahabat kita dan orang disekeliling kita??
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan
P.E.A.C.E. N.O. W.A.R

p/s: Post ini tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati..Sekadar peringatan buat diri ^_^ 

Friday 10 February 2012

Aku Berdosa, Tetapi Aku Berjaya…(nauzubillah)


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.

Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?Saya yakin tidak..Anda tenang sekarang?Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. 

Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul 2012 - 5 Feb 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Esok, 5 Februari 2012 (12 Rabiul Awal 1432), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2012 buat semua teman seIslam dan juga rakan-rakan fb, blogger, skype, yahoo massenger dan oovoo. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri sejerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

p/s buat anak-anak LKAYS...kak zu nak join perarakan esok...!!!

Thursday 2 February 2012

Serahkan Hatimu Sepenuhnya Kepada DIA



بسم الله الرحمن الرحيم 


~lama dah blog ni besawang (^_^) Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis..dan berpesan-pesan..moga ianya bermanfaat untuk pembaca.


"Ya Allah, kuatkan diriku, bantulah aku menghadapi ujian ini"
"Bimbinglah daku Ya Allah menuju jalanMu............."
"Tiada tempat untuk ku mengadu selain dariMu Ya Allah......"


Inilah antara bait-bait status update sesetengah individu di dinding muka buku mereka. Tempat mengadu segala masalah, tempat bercerita segala masalah. Memberitahu semua friends bahawa diri sedang di landa masalah, dan memohon kekuatan dariNya. Segala doa pengharapan kepadaNya pantas di taip diwall fb.

Namun teman, untuk apa semua itu? Hilangkah masalah yang bersarang dengan cara begitu. Lantas engkau mengadu pada teman-temanmu...hati masih tidak tenang, perlukan tempat bercerita, perlu meluahkan pada seseorang. Semakin banyak engkau mengadu pada manusia, semakin jauh engkau dari ketenangan.

Teman, mungkin kau hampir lupa, tempat untuk mengadu segala masalah, meluahkan segala apa yang terbuku di hati sudah tersedia buatmu. Allah sentiasa bersama kita. Luahkanlah padanNya, ceritakanlah padaNya, menangislah dihadapanNya.

Serahkanlah hatimu kepada Yang Maha Mencipta, dan Dia akan mengaturkan segala yang terbaik buatmu. Dengarlah teman, usah dicanang ujian Tuhan pada kita, kerana itu hanyalah sedikit cuma. Pandanglah mereka yang lebih lagi di uji hatinya, apalah sangat pada ujian kita. Bersyukurlah kau masih di uji. Itu tanda Allah masih memberikan perhatian padamu. Bersedihlah jika diri dibiarkan alpa begitu sahaja.

p/s: segala apa yang Allah berikan nikmat, kaya, miskin, sedih, gembira, sakit mahupun sihat itu semua adalah ujian dariNya.