Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Monday 11 November 2013

Kelahiran Secara Caesarian


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis lagi sekian lama menyepi...

cakkkk!!! usia anak ummi kini (11/11/13) dah masuk 2 bulan 1 hari ^__^ 

mujahid cilik ummi umur 1 hari (13.9.13)

usia 1 bulan 5 hari  17/10/13
Terdetik hati nak kongsikan pengalaman saya masa melahirkan mujahid cilik saya secara Caesarian...

Ini adalah anak pertama buat kami suami isteri..saya lewat dalam 9 hari dari tarikh due yang sepatutnya 4.9.13..kuasa Allah..tiada sapa boleh halang dan duga.

12.9.13 saya dimasukkan di wad bersalin ..graf baby memang agak membimbangkan..kejap ok..kejap tak...sungguh masa tu sakitnya memang dah tak tertahan..

13.9.13 jam 3.30petang saya di bawa ke dewan bersalin (normal) 4 jam dalam dewan bersalin graf baby mula nya ok..ntah jap 7lebih malam tiba graf menurun sangat-sangat...sakit sangat-sangat dah masa tu..dalam masa yang sama suami ada kat sebelah temankan..cian tangan suami kena gemgam kuat-kuat masa kontraksi berlaku..pintu rahim masih buka 4cm..graf dah menurun..ntah tiba keadaan jadi kelam kabut sedikit..doktor bagitahu pada suami saya perlu ke dewan bedah...keadaan baby seakan lemas..... zuppppp saya yang pada masa tu kena demam dan tak bermaya terus dibawa ke dewan bedah dengan tangan kiri kanan kena cucuk jarum tambah air.

Ada orang kata ibu yang melahirkan anak secara czer ini tak mencabar langsung...tak dpt pahala jihad lah kalau meninggal semasa melahirkan dsb...tapi jap lagi anda sendiri lah fikir ya mencabar atau  tak mencabar...pasal pahala tu saya tak berani nak komen sebab itu semua urusan Allah...apa pun pada saya, ibu yang sedang dibedah juga bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya...

Okay, jom sambung pasal pengalaman czer saya ya...
Owh, Di hospital kerajaan prosedur  lebih terperinci (pada saya lah ya..).

Sebelum di czer, doktor tanya dulu sama ada saya dah buang air besar ke tak? pukul brapa last makan? sekurang-kurangnya kena puasa minimum 8 jam, baru doktor leh operate...tp kalau emergency takpa kot...rasanya doktor takut kita muntah teruk or mungkin takut ada infection...

Pada mulanya, pakar bius akan cucuk di bahagian tulang belakang...( haa..saya czer separuh sedar ya...jadi saya memang sedar apa yang berlaku sepanjang tempoh pembedahan)... Sedikit sedikit...badan bermula dari pinggan ke hujung kaki akan rasa kebas...tapi bila org usik kaki kita, kita rasa org tu cuma tak rasa sakit bila dicubit..dicucuk dsb...

Masa di dewan bersalin doktor dah masukkan  tiub ke dalam pundi kencing..sebabnya nanti kalau kita terkencing takdalah bersepah...mereka akan masuk ikut saluran tiub tu ke dalam pek kencing...jadi masa di dewan bedah time kita kebas, kencing memang tak rasa....tau tau ja pek kencing tu dah penuh... Kemudian barulah doktor suruh baring sebab nak belah dah rahim kita Masa pisau menoreh perut kita memang tak rasa sakit langsung. Yang paling BEST pada saya ialah masa doktor dok 'godek-godek' perut untuk keluarkan baby kita...saat baby keluar je dari perut...perghhh...rasa lega sangat sebab terasa perut cam kosong tetiba...

APA PERASAAN time ni? Tak tahu nak gambarkan....rasa risau yang menggunung tadi hilang sebaik dengar tangisan baby.......Alhamdulillah....lepas baby dicuci mereka tunjukkan kat saya baby saya..sungguh..Anugerah Allah yang saya amat syukuri.

Dah siap uri dikeluarkan dan darah dibersihkan serta luka dijahit...tetiba doktor kata 'puan, dah settle'..
Actually lepas bayi dikeluarkan, doktor akan suntik morfin untuk bagi kita tidur sebab nak kita berehat...(lama jugak saya tidur) tambah-tambah lagi kesejukan sampai tahap mengigil.

Rasa kebas kat perut ni lama jugakla bertahan....dah keesokkan harinya barulah mula nak rasa sakit sikit sikit...takla sakit teruk sgt sebab dari semasa ke semasa, kita akan diberi ubat tahan sakit...pada mula nak bangunkan diri dari katil ada rasa macam perut nak terburai tapi takda apa pun, tu sebab ada ketulan darah kotor yang nak keluar...macam period tu..hadoiii...lepas tu ok ja,..sakitla tapi boleh lagi la nak tahan....nak dukung anak, nak breastfeed anak...nak berjalan gi toilet... (hihi...bila doktor datang periksa masa tu kemain lagi aktif..hihii..sebabnya nak cepat balik :P)

14.9.13 dah boleh keluar hospital..baby ok..saya pun ok..Alhamdulillah.

~ kelak sambung lagiiii..time menyusu anak daaaa ^_^

Thursday 14 March 2013

Perbezaan Antara Perempuan & Muslimah

~PEREMPUAN~

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.

TETAPI SEORANG...

~MUSLIMAH~

Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.

Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari.

Wednesday 16 January 2013



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Berkat DOA yang berterusan.. setelah 7 bulan KAMI berkahwin, syukur Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki yang KAMI nantikan dan harapkan.

Sungguh teliti perancangan Allah swt...

8 Januari 2013 jumpa Dr, katanya kandungan dah masuk minggu ke lima, Alhamdulillah ^__^

Mohon doa sahabat semua, semoga segalanya dipermudahkan Allah swt

: : Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.. cepat atau lambat itu semua kerja Allah. Yakin setiap aturanNYA.