ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.
Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)
Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)
Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.
Mengapakah anda berhutang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:
l. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.
Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."
Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.
Kesan amalan berhutang.
l. Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
3. Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."
Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."
Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)
Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal
Janganlah engkau mengeluh kerana bencana malam hari..Sesungguhnya bencana dunia itu tiada yang kekal ~eiynamanzs~
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".
Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts
Sunday, 21 August 2011
Monday, 15 August 2011
Kasih Sayang vs Kemurkaan Allah
Murka Allah adalah suatu sifat Alah yang kita tidak akan dapat melarikan diri daripadanya kecuali bagi orang yang telah benar-benar dapat membersihkan hatinya. Di dalam Al Quran, murka atau marah Allah disebutkan sebagai Zuntiqam yang bermaksud Pembalas segala kejahatan dengan azab seksa. Juga disebutkan sebagai Syadiidul ‘Iqab yang membawa maksud amat pedih seksaan-Nya.
Di dalam Al Quran telah berulang-ulang diingatkan akan sifat murka Allah SWT ini. Antaranya: “Mahukah kamu Aku tunjukkan tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya daripada (orang-orang fasiq) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka ada yang dijadikan kera dan babi iaitu orang-orang yang menyembah berhala. Merekalah orang yang paling buruk kedudukannya, paling sesat dari jalan yang lurus.” – Al Maidah : 60
Sifat marah atau murka Allah tidak tergolong di dalam salah satu daripada Asmaul Husna-Nya seperti sifat-sifat Ar Rahman, As Syabur, Al Ghafur, Al Wali dll. Sifat-sifat Pengasih, Penyabar, Pemaaf, Pemelihara itu adalah sifat-sifat yang sentiasa, tetap dan kekal adanya pada Zat Allah sehingga dijadikanlah nama-nama indah bagi-Nya. Sedangkan sifat murka atau marah Allah bukan satu suatu sifat yang tetap bagi-Nya.
Tetapi lain pula keadaannya terhadap orang-orang kafir. Murka Allah kepada mereka akan kekal selama mana mereka mengekalkan dosa mensyirikkan Allah. Namun akan hilang juga murka Allah kepada mereka yang bertaubat dan kembali meng-Esakan Tuhan dengan menganut agama Islam.
Sepertilah seorang ibu yang begitu sayang kepada anaknya. Apa saja permintaan si anak, ibu akan berusaha memenuhi kehendaknya. Cuma kadangkala apabila anaknya berbuat kesalahan atau kejahatan, akan timbul rasa marah, kecil hati dan tidak suka pada tingkah laku anaknya. Tetapi apabila si anak meminta maaf serta mengubah kelakuannya pasti ibu akan segera memaafkan. Si ibu akan kembali melahirkan kasih dan sayang terhadap anaknya.
Kemarahan si ibu hanya sekali sekala iaitu apabila anaknya melakukan kesalahan. Kemarahan tersebut bukanlah suatu sifat yang tetap dan sentiasa ada tetapi datangnya sesekali.
Begitulah hakikatnya murka Allah sebenarnya adalah diselaputi Rahmat ( Kasih Sayang) Tuhan yang Maha Perkasa. Ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap bencana yang menimpa akibat kemurkaan Allah.
Murka Allah bukanlah sengaja di ada-adakan, tetapi ada sebab-sebabnya. Sekiranya kita tergolong di kalangan orang yang sentiasa mengingati Allah sewaktu ditimpa kesusahan, kegelisahan dan bala, pasti kita akan dapat rasakan belaian kasih sayang Allah yang tersembunyi di sebalik setiap kesusahan yang menimpa kita. Hanya orang-orang yang tidak pernah pedulikan Allah sahaja yang merasakan ujian dan bala yang menimpa itu adalah untuk menyusahkan dan menyiksa diri mereka.
Begitu baiknya Allah terhadap makhluk-Nya. Marah Allah adalah kerana sayang bukan kerana benci. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah setelah menciptakan makhluk, Dia tulis suatu tulisan di samping-Nya di ‘ Arasy: Kasih SayangKu mengatasi kemurkaanKu.”
Friday, 12 August 2011
Masuk Syurga Neraka Kerana Lalat
Bagaimana seekor serangga yang berterbangan di tempat yang kotor, jijik dan busuk ini boleh menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke syurga dan neraka?. Sila baca dan hayati hadis nabi saw ini yang bermaksud :
" Terdapat seorang masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang yang masuk neraka kerana seekor lalat ". Para sahabat bertanya, "Bagaimana hal itu boleh terjadi, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Terdapat dua orang berjalan melalui suatu kaum yang mempunyai berhala. Mereka tidak membenarkan seorang pun melewati berhala itu sebelum mempersembahkan kepadanya satu kurban.
Maka berkatalah mereka (kaum itu) kepada salah seorang dari laki-laki tersebut, "Berkorbanlah!" Dia menjawab, "Aku tidak memiliki sesuatu pun untuk dikorbankan". Mereka berkata lagi kepadanya, "Berkorbanlah, walaupun hanya seekor lalat. Maka laki-laki itu berkorban dengan seekor lalat. Lalu mereka pun membenarkannya meneruskan perjalanan. Maka ia pun masuk neraka.
Kemudian kaum itu berkata lagi kepada seorang yang lain, "Berkorbanlah!!" Lalu laki-laki itu menjawab, "Aku sama sekali tidak pernah menjadikan kurbanku kepada seorang pun, selain Allah. Maka kaum itu memenggal lehernya dan masuklah ia ke dalam surga". [HR. Ahmad dalam Az-Zuhud (15), dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (1/203). Hadits ini di-shahih-kan oleh Abu Ya’la Muhammad Aiman As-Salafy dalam Bughyah Al-Mustafid (hal. 150)].
Keterangan :
Seseorang yang melakukan korban selain untuk Allah telah melakukan syirik yang menyebabkan dicampakkan ke dalam neraka . sabda Rasulullah saw:
Allah melaknat seseorang yang melakukan korban SelainNya. ( Imam Muslim)
Seorang yang menyembelih kepada selain Allah –Ta’ala- merupakan orang yang musyrik, telah mengangkat makhluk yang disembelihkan tersebut sebagai sembahan selain Allah.
Berkorban atau menyembelih merupakan ibadah yang hanya diarahkan kepada Allah, kerana Allah menciptakan kita untuk suatu tugas yang agung, iaitu hanya beribadah kepadaNya. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
‘’Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepadaKu" (QS.Adz-Dzariyaat :56)
Sementara orang yang kedua tetap mempertahankan tauhidnya sehingga dia dibunuh. Maka dia telah meninggal dunia dengan mulia iaitu mempertahankan agamanya dan dimasukkan ke syurga. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Sesiapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.( hadis sahih).
hadis ini menjelaskan tentang kepentingan menjaga akidah dan tauhid dan menghindari perbuatan yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada hadis ini.
Thursday, 11 August 2011
Ahli Syurga Yang Terakhir
Kisah kali ini diambil dari hadis nabi saw riwayat Imam al-Bukhari sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda :
Setelah Allah selesai dari mengadili hambaNya, tinggal lagi seorang lelaki yang menghadapkan wajahnya ke Neraka. Dia adalah ahli Syurga yang terakhir memasukinya. Dia berkata: Wahai Tuhanku, palingkanlah wajahku dari Neraka kerana wapnya benar-benar menampar mukaku dan nyalaannya membakarku. Dia terus memohon daripada Allah sepuas-puasnya.
Kemudian Allah s.w.t berfirman: Adakah kamu akan terus meminta sekiranya Aku menunaikan permintaanmu itu? Lalu dia menjawab: Aku tidak akan meminta lagi dariMu perkara lain. Lalu Allah memperkenankan permohonannya itu dan memalingkan mukanya dari Neraka. Apabila dia berpaling mengadap Syurga dia terus terpegun, lalu dia memohon daripada Allah dengan berkata: Wahai Tuhanku, hampirkanlah aku kepada pintu Syurga. Maka Allah menjawab: Tidakkah engkau telah berjanji tidak akan meminta lagi perkara lain dariKu, celaka sungguh engkau wahai anak Adam. Dia pun menjawab: Tidak, demi keagunganMu, lalu dia berjanji lagi kepada Tuhannya. Lalu Allah mendekatkannya ke pintu Syurga.
Setelah dia berdiri di ambang pintu Syurga, terbukalah pintu Syurga dengan luas untuknya, sehingga dia dapat melihat dengan jelas segala keindahan dan kesenangan yang terdapat di dalamnya. Dia terus diam terpegun untuk seketika, kemudian dia berkata lagi: Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam Syurga. Maka Allah s.w.t berfirman kepadanya: Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta selain perkara yang telah Aku berikan? Celaka engkau wahai anak Adam. Lalu dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak mahu menjadi makhlukMu yang paling malang.
Dia terus berdoa kepada Tuhannya tanpa berputus asa sehinggalah Allah memperkenankan permintaannya lalu berfirman kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Setelah dia memasuki Syurga, Allah berfirman kepadanya: Pohonlah lagi. Maka dia terus memohon kepada Tuhannya dan dia terus meminta sehinggalah Allah mengingatkannya dengan beberapa perkara. Setelah habis permintaannya, Allah s.w.t pun berfirman: Apa yang berlaku itu merupakan kemurahanku kepadamu dan umatmu, begitu juga kepada umat lain bersama Nabi mereka.
Hadis yang panjang ini memberi banyak pengajaran kepada kita :
1- mukjizah ilmiah rasulullah saw yang menceritakan peristiwa di akhirat padahal ia belum terlaku.
2- Setiap orang Islam yang tidak menyekutukan Allah akan memasuki syurga akhirnya walaupun dia seorang yang fasik dan melakukan dosa-dosa besar.
3- Rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya. Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada setiap hambaNya di dunia dan diakhirat.
4- Jangan berputus asa berdoa dan memohon kepada Allah bila inginkan sesuatu walaupun perkara itu seolah-olah mustahil diperolehi.
5- Khazanah dan kekayaan Allah tidak pernah berkurang.
6- Azab neraka tidak dapat dibayangkan penderitaannya.
7- Nikmat syurga juga tidak dapat dibayangkan kenikmatannya.
8- Allah sangat suka bila hambaNya memohon kepadaNya.
9- Kemuncak kesenangan yang sebenar ialah bila kita dimasukkan ke dalam syurga.
10- Berdoalah kepada Allah agar kita terselamat dari azab neraka.
Semoga Allah merahmati kita semua dan menempatkan kita semua ke dalam syurgaNya di akhirat kelak.
Thursday, 4 August 2011
Zu Al-Bijadain-Pembeli Akhirat Dengan Dunia
Di celah-celah gunung yang terletak berhampiran Yathrib, dilahirkan seorang bayi lelaki bernama Abdul ‘Uzza bin Abd Naham al-Muzaniy. Dia merupakan anak kepada sepasang suami isteri yang miskin dan Allah telah menjemput ayahnya ketika dia masih lagi belum pandai berjalan.
Namun, bayi ini mempunyai seorang bapa saudara yang kaya dan kekayaan itu dilimpahkan kepada bayi tersebut. Abdul ‘Uzza disayangi seperti anak sendiri. Sehinggalah bayi itu meningkat dewasa, dia telah menjadi orang pertama dari kaumnya yang memeluk Islam. Keislamannya dirahsiakan. Harapannya agar bapa saudaranya turut memeluk Islam dan agar keislamannya boleh diumumkan.
Lama pemuda mukmin ini bersabar namun pakciknya tetap jauh daripada Islam. Pemuda ini terlepas peluang demi peluang untuk bersama-sama Nabi Muhammad dalam banyak peristiwa sehinggalah dia nekad, walau apa pun akibatnya, dia akan berterus-terang. Tatkala keislamannya diketahui oleh pak ciknya, inilah yang dikatakan kepada pemuda tersebut.
“Saya bersumpah demi al-Lata dan al-Uzza, jika kamu memeluk Islam, saya akan mengambil kembali segala yang telah saya berikan kepadamu. Saya akan serahkan kamu kepada dunia kepapaan. Saya akan biarkan kamu menjadi mangsa kelaparan”
Namun, pemuda itu tetap dengan akidahnya yang mengesakan Allah. Pemuda bani Muzani ini pun berhijrah dengan agamanya kepada Allah dan Rasulnya. Dia segera ke Madinah kerana rindunya yang membuak-buak kepada Rasulullah. Semasa perjalanan itu, pakaiannya terkoyak dua lantas sebahagian dibuat kain lepas dan sebahagian lagi dipakai. Sampai ke Madinah, dia diberi nama Abdullah oleh Rasulullah.
Rasulullah berkata: “Tinggallah berhampiran dengan rumah saya. Kamu menjadi tetamu saya”.
Sejak hari itu ,dia dikenali sebagai Abdullah. Para sahabat menggelarkannya Zu al-Bijadain (pemilik dua kain kasar) setelah melihat pakaiannya dan mengetahui kisah hidupnya. Sesungguhnya dia meninggal dunia dalam keadaan berhijrah kepada Allah, berjihad di jalan Allah, asing dari negeri dan rumah asal, jauh dari keluarga dan kerabat.
Namun, Allah gantikan dengan gantian yang jauh lebih baik!
Para sahabat yang mulia menggali kubur untuknya.
Rasulullah sendiri yang turun ke dalam kubur.
Kedua tangan baginda yang mulia telah meratakan kuburnya.
Abu Bakar dan Umar r.a yang menghulurkan jenazahnya ke dalam kubur kepada baginda Nabi.
Abdullah bin Mas’ud yang menyaksikan pengebumian tersebut berkata,
“Alangkah bertuahnya jika saya menjadi pemilik lubang (kubur) ini. Demi Allah, saya kepingin kalaulah saya berada di tempatnya. Saya telah memeluk Islam 15 tahun lebih awal daripadanya”
Sinar Cahaya Ilahi
Alhamdulillah.
Moga Allah terus menititipkan buah – buah kekuatan buat kita semua, terutama untuk bersungguh – sungguh beramal dan menjaga mutaba’ah amal kita lebih – lebih lagi dalam ramadhan yang penuh barakah ini. Agar a’mal – a’mal itu yang menggerakkan kita, iAllah.
Moga Allah terus menititipkan buah – buah kekuatan buat kita semua, terutama untuk bersungguh – sungguh beramal dan menjaga mutaba’ah amal kita lebih – lebih lagi dalam ramadhan yang penuh barakah ini. Agar a’mal – a’mal itu yang menggerakkan kita, iAllah.
Suatu pencarian rahmat , keampunan dan pembebasan api neraka.
Ketaqwaan itu yang kita kejar dalam madrasah tarbiyyah ramadhan ini iAllah
Ketaqwaan itu yang kita kejar dalam madrasah tarbiyyah ramadhan ini iAllah
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”
(Al-baqarah, 2:183)
(Al-baqarah, 2:183)
Buat hati – hati yang ingin menginfaqkan seluruh hidup kita untuk jalan Allah, kadangkala kita tercari – cari kekuatan yang kadangkala lesu, pudar dan hilang. mencari mutiara mutiara tarbiyyah , kemanisan iman yang acap kali kita rasai selaku memiliki jiwa yang beriman, tarbiyyah diri yang kadangkala tidak tercater, terutama pabila masuk musim cuti, kerja da’wah yang tak putus-putus, malah meruntun segala jiwa, fikiran, harta dan masa kita, email yang beratus – ratus masuk dalam inbox kita yang mengkhabarkan apa yang berlaku di dunia nyata,
Allahuakbar. Kadangkala kita pun boleh rasa lost, terasa perlahan pergerakannya, bahkan kita merasakan tidak betul-betul kuat untuk menapaki jalan da’wah yang mulia ini.
jiwa ini juga selalu begitu, saat kita merasai betapa dahaganya jiwa kita akan sentuhan-sentuhan tarbawi,
apatah lagi sentuhan murobbi, saat itulah kita perlu bangkit, menjaga level iman kita agar sentiasa dalam keadaan stabil dan meningkat, merasai kemanisan berhubung dengan Allah, apatah lagi bercinta dengan Allah.
apatah lagi sentuhan murobbi, saat itulah kita perlu bangkit, menjaga level iman kita agar sentiasa dalam keadaan stabil dan meningkat, merasai kemanisan berhubung dengan Allah, apatah lagi bercinta dengan Allah.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran”
(Al-Baqarah, 2:186)
(Al-Baqarah, 2:186)
Ayuh, kita sama-sama kembali kepada Allah, meluruskan niat-niat kita untuk apa kita melakukan semua ini.
Kita sangat fahami, jalan da’wah ini sajalah yang menghantar kita ke syurgaNya, tiada jalan lain.
Ayuh, sama-sama kita kuatkan hati – hati kita, biarpun terlalu banyak kelemahan – kelemahan yang kita ada,
Allah telah memuliakan kita dengan risalah agung ini,
Allah telah memilih hati – hati kita untuk mengemban da’wah yang suci ini,
Masakan tiada ujian yang diberikan olehNya buat hamba-hambaNya yang beriman.
Kita sangat fahami, jalan da’wah ini sajalah yang menghantar kita ke syurgaNya, tiada jalan lain.
Ayuh, sama-sama kita kuatkan hati – hati kita, biarpun terlalu banyak kelemahan – kelemahan yang kita ada,
Allah telah memuliakan kita dengan risalah agung ini,
Allah telah memilih hati – hati kita untuk mengemban da’wah yang suci ini,
Masakan tiada ujian yang diberikan olehNya buat hamba-hambaNya yang beriman.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,
“Kami telah beriman,”, dan mereka tidak diuji?”
(Al-Ankabut, 29:2)
“Kami telah beriman,”, dan mereka tidak diuji?”
(Al-Ankabut, 29:2)
Bukan kita saja yang merasai keperitan ujian, bahkan generasi terdahulu sudah pun merasai yang lebih dasyhat.
Buat kita yang baru setahun jagung dalam dunia da’wah dan tarbiyyah, sangat perlu menguatkan jiwa-jiwa kita untuk terus tegar berada dalam jalanNya.
Buat kita yang baru setahun jagung dalam dunia da’wah dan tarbiyyah, sangat perlu menguatkan jiwa-jiwa kita untuk terus tegar berada dalam jalanNya.
Bukankah kita ingin betul – betul menjadi individu-individu muslim yang sempurna muwasafatnya
lalu menjadi bongkah – bongkah tapak asas ke atas kemenangan islam di atas muka bumi Allah ini.
lalu menjadi bongkah – bongkah tapak asas ke atas kemenangan islam di atas muka bumi Allah ini.
Moga Allah terus memberikan kekuatan-kekuatan buat kita,
kekuatan iman yang mendalam lalu menggerakkan menjadi amal insyaAllah.
Sungguh jalan da’wah ini tidak mudah, apatah lagi payah, meruntun pengorbanan jiwa, harta, fikiran, masa dan segala-galanya.
kekuatan iman yang mendalam lalu menggerakkan menjadi amal insyaAllah.
Sungguh jalan da’wah ini tidak mudah, apatah lagi payah, meruntun pengorbanan jiwa, harta, fikiran, masa dan segala-galanya.
Makin lama kita di jalan ini, makin banyaak pertanggungjawaban yang wajib kita galasi.
Lantas, kitaaa wajibb menyiapkan diri – diri kita dengan bekalan-bekalan agar kita tak kan termengah-mengah dipertengahan jalan ataupun terberhenti di mana – mana persimpangan. Nauzubillah.
Lantas, kitaaa wajibb menyiapkan diri – diri kita dengan bekalan-bekalan agar kita tak kan termengah-mengah dipertengahan jalan ataupun terberhenti di mana – mana persimpangan. Nauzubillah.
Moga Allah memberikan kita thabat, istiqamah dan syahid di dalam jalanNya.
Moga kita terus mensucikan jiwa-jiwa kita untuk kembali padaNya.
Kembalilah pada Allah, minta dan rayulah padaNya, punca segala kekuatan.
Bersyukurlah atas ni’mat ukhuwwah fillah yang superr cool,
sahabat-sahabat seperjuangan yang juga merasai ujian-ujian Allah ini, biarpun dalam skala yang berbeza.
berukhuwwah dan berkasih sayang di atas aqidah yang satu.
Moga kita terus mensucikan jiwa-jiwa kita untuk kembali padaNya.
Kembalilah pada Allah, minta dan rayulah padaNya, punca segala kekuatan.
Bersyukurlah atas ni’mat ukhuwwah fillah yang superr cool,
sahabat-sahabat seperjuangan yang juga merasai ujian-ujian Allah ini, biarpun dalam skala yang berbeza.
berukhuwwah dan berkasih sayang di atas aqidah yang satu.
Moga kita sentiasa memiliki himmah aliyyah dan iradah qowiyyah.
Moga Allah mendengar rintihan – rintihan kita di balik tikar sejadah dan gelap malam. Motivasi terbaik itu datangnya dari Allah.
Moga Allah mendengar rintihan – rintihan kita di balik tikar sejadah dan gelap malam. Motivasi terbaik itu datangnya dari Allah.
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
(At-Taubah, 9:111)
(At-Taubah, 9:111)
Sunday, 31 July 2011
Orang Tidak Sabar Suka Berfikiran Pendek
AL MULK (KERAJAAN)
Bukankah itu menunjukkan logik bahawa ada Satu Kekuasaan Yang Maha Agung?
Dan untuk menguji manusia, Dia hanya berikan dua nilai yang berbeza. Bukan tiga, empat, lima atau lebih. Hanya dua sahaja Allah suruh kita pilih. Sebab itu di dalam alam ini diciptakan berpasangan iaitu ada pasangan baik atau buruk, hidup atau mati, bijak atau bodoh, mulia atau keji dan sebagainya.
Terpulanglah kita hendak berfikir secara waras memilih nilai-nilai mana yang kita fikirkan logik untuk mendapat hidup yang bahagia. Jika kita anggap dengan menjadi seorang yang keji, hati kita akan tenang dan bahagia, teruskanlah bersikap begitu. Kelak setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan.
Hidupkanlah hati kita dengan membangunkan akal sehingga kita waras berfikir. Bukannya sekadar berfikir pendek. Orang yang tidak sabar sahaja suka berfikiran pendek.
atau orang tak sabar adalah orang pendek akal?
1. Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,Jika kita berfikir secara logik dan kritikal dengan melihat kesempurnaan ciptaan-ciptaan Allah di semesta alam, kita dapat merasai getaran Kehebatan kerajaanNya. Bagaimana sistem solar boleh berfungsi dengan penuh keteraturan.
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
Bukankah itu menunjukkan logik bahawa ada Satu Kekuasaan Yang Maha Agung?
Dan untuk menguji manusia, Dia hanya berikan dua nilai yang berbeza. Bukan tiga, empat, lima atau lebih. Hanya dua sahaja Allah suruh kita pilih. Sebab itu di dalam alam ini diciptakan berpasangan iaitu ada pasangan baik atau buruk, hidup atau mati, bijak atau bodoh, mulia atau keji dan sebagainya.
Terpulanglah kita hendak berfikir secara waras memilih nilai-nilai mana yang kita fikirkan logik untuk mendapat hidup yang bahagia. Jika kita anggap dengan menjadi seorang yang keji, hati kita akan tenang dan bahagia, teruskanlah bersikap begitu. Kelak setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan.
Hidupkanlah hati kita dengan membangunkan akal sehingga kita waras berfikir. Bukannya sekadar berfikir pendek. Orang yang tidak sabar sahaja suka berfikiran pendek.
Bila berfikiran pendek, hati manusia itu akan mati. Hati yang mati hanya suka guna mata zahir untuk menilai orang lain sebab mata hatinya tertutup untuk menilai dirinya sendiri.Berlakulah keadaan suka mencari keburukan dan mencela keburukan orang lain.Adakah orang pendek akal adalah orang tak sabar?
atau orang tak sabar adalah orang pendek akal?
Friday, 29 July 2011
TUNTUTAN BERSAHUR
Para ulama telah ijmak tentang keutamaan dan berkenaan sunnahnya bersahur. (Fathul Bari 4/139. Ibnu Hajar) Rasulullah bersabda:
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَسَحَّرُوْا فَاِنَّ فِى السَّحُوْرِ بَرَكَةً
“Dari Anas berkata: Bersabda Rasulullah: Bersahurlah kamu sekalian, kerana dalam bersahur itu terdapat barakah”. (Hadis Riwayat Bukhari 4/120. Muslim 1059. Diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Nasaii dan Ibn Majah)
Keutamaan Bersahur
تَسَحَّرُوْا وَلَوْ بِجُرْعَةٍ مِنَ الْمَاءِ
“Bersahurlah walaupun hanya dengan meminum seteguk air”. (Hadis Riwayat Abu Ya’la 3340. Ibnu Hibban No 884. Hadis Hasan)
اَلسَّحُوْرُ أَكْلُهُ بَرَكَةٍ ، فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ اَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَاِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ
“Bersahur makanannya diberkahi, janganlah meninggalkan sahur walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang bersahur”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah 2/8. Ahmad 3/12,44)
اَلْبَرَكَةُ فِى ثَلاَثَةٍ ، اَلْجَمَاعَةُ ، والثَّرِيْدُ ، وَالسَّحُوْرُ
“Keberkatan itu pada tiga perkara: Jamaah, Sayuran dan makan sahur”. (Hadis Rriwayat Thabrani (dalam al-Kabir) 6127. Al-Khatib (dalam Mawadah) 1/263)
اِنَّهَا بَرَكَةٌ أَعْطَاكُمُ اللهُ اِيَّهَا فَلاَ تَدَعهُ
“Sesungguhnya bersahur itu adalah berkah yang Allah berikan kepada kamu maka janganlah kamu tinggalkannya”. (Hadis Riwayat Nasaii 4/145. Ahmad 5/270. Sanadnya sahih)
إِنَّ اللهَ جَعَلَ الْبَرَكَةَ فِى السَّحُوْرِ وَالْكَيْلِ.
“Sesungguhnya Allah telah memberi keberkatan pada makan sahur dan takaran (timbangan)”. (Diriwayatkan oleh Asy-Syirazi. Lihat: Jami’ as-Sagir 1715)
هَلُّمَ اِلَى الْغَدَاءِ الْمُبَارَكِ : يَعْنِيْ السَّحُوْرُ
“Marilah menuju ke makanan yang berkah: Iaitu bersahur”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/133. Ibnu Hibban 223. Nasaii 4/146. Sanadnya sahih)
Perbuatan Bersahur Membezakan Dengan Puasanya Ahli Kitab
Perbuatan Bersahur Membezakan Dengan Puasanya Ahli Kitab
فَضْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
“Perbezaan puasa kami dan puasa Ahli Kitab ialah bersahur”. (Hadis Riwayat Muslim, 1096)
Bersahur Dengan Kurma
Jenis makanan sahur yang afdal/utama ialah buah kurma. Rasulullah bersabda:
Bersahur Dengan Kurma
Jenis makanan sahur yang afdal/utama ialah buah kurma. Rasulullah bersabda:
مَنْ أَرَادَ أَنْ يَصُوْمَ فَلْيَتَسَحَّرْ بِشَيْءٍ
“Barangsiapa mahu berpuasa hendaklah bersahur dengan sesuatu”. (Hadis Riwayat Abi Syaibah 3/8. Ahmad. 3/367. Abu Ya’la 3/438. Al-Bazzar 1/465)
نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2/303. Ibnu Hibban 223. Baihaqi 4/237. Sanadnya sahih)
Melewatkan Makan Sahur
Adalah sunnah mensegerakan berbuka dan melewatkan makan sahur, kerana ‘Amr bin Maimun al-Audi dia berkata:
Adalah sunnah mensegerakan berbuka dan melewatkan makan sahur, kerana ‘Amr bin Maimun al-Audi dia berkata:
“Para sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah orang-orang yang paling cepat berbukanya dan yang paling lambat makan sahurnya”. (Hadis Riwayat Abdulrrazzak, dalam al-Musannaf, 7591. Hadis ini disahihkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 4/199. Dan Al-Haitami dalam Majma’ Zawaid 3/154
Menjalankan Ibadah Sesuai Tuntutan-Fiqih Imam Syafi'i
Madzhab Syafi’i, satu dari sekian banyak madzhab fiqih yang sampai saat ini masih mendapat apresiasi luar biasa dari majoriti kaum muslimin di dunia. Keunggulan utama Madzhab Syafi’i terletak pada sifatnya yang moderat. Di awal pertumbuhannya, pendiri madzhab ini, Muhammad bin Idris asy-Syafi’i (150-204 H), mengakomodasi dua aliran hukum Islam yang berkembang saat itu, iaitu aliran tekstualis (madrasatul hadits) dan aliran rasionalis (madrasatur ra’y). Hasil kolaborasi keduanya dapat dilihat dari produk hukum Imam Syafi’i yang selalu mengacu pada substansi nash (al-Qur’an dan as-Sunnah), dan dalam kes tertentu dipadukan dengan dalil analogi (qiyas).
Sebagai Bapa Ushul Fiqih, Imam Syafi’i mewariskan metode istimbath hukum yang berfungsi untuk menganalisa beragam kes hukum baru yang terjadi di kemudian hari. Dari tangan Imam Syafi’i lahir ribuan ulama yang berterusan menafsirkan, menyebarkan, dan mengembangkan pemikiran beliau dalam ribuan halaman karya ilmiah di bidang hukum Islam. Tidak hairan jika dinamika perkembangan Madzhab Syafi’i mengatasi madzhab yang lainnya.
Buku ini membawa anda menyelami lebih dalam fiqih Imam Syafi’i yang dipaparkan oleh para mujtahid madzhab dan mujtahid Madzhab Syafi’i. Ribuan kes yang dimuat di dalamnya dapat memperkaya wawasan anda akan khazanah hukum Islam, dan membimbing anda mengharungi horizon keilmuan yang baru.
Kelebihan yang anda dapat dari buku ini:
Menghurai seluruh permasalahan hukum Islam secara lengkap dan terperinci.
Mengacu pada dalil al-Qur’an, hadits, dan ijma’ ulama.
Mengulas kes hukum dari berbagai perspektif dengan segala penganalogian yang mungkin terjadi.
Dilengkapi jadual dan diagram untuk mempermudahkan pemahaman.
Mengungkap pendapat ulama Syafi’iyah yang diklasifikasikan dalam beberapa qaul dan wajh.
Sebagai Bapa Ushul Fiqih, Imam Syafi’i mewariskan metode istimbath hukum yang berfungsi untuk menganalisa beragam kes hukum baru yang terjadi di kemudian hari. Dari tangan Imam Syafi’i lahir ribuan ulama yang berterusan menafsirkan, menyebarkan, dan mengembangkan pemikiran beliau dalam ribuan halaman karya ilmiah di bidang hukum Islam. Tidak hairan jika dinamika perkembangan Madzhab Syafi’i mengatasi madzhab yang lainnya.
Buku ini membawa anda menyelami lebih dalam fiqih Imam Syafi’i yang dipaparkan oleh para mujtahid madzhab dan mujtahid Madzhab Syafi’i. Ribuan kes yang dimuat di dalamnya dapat memperkaya wawasan anda akan khazanah hukum Islam, dan membimbing anda mengharungi horizon keilmuan yang baru.
Kelebihan yang anda dapat dari buku ini:
Menghurai seluruh permasalahan hukum Islam secara lengkap dan terperinci.
Mengacu pada dalil al-Qur’an, hadits, dan ijma’ ulama.
Mengulas kes hukum dari berbagai perspektif dengan segala penganalogian yang mungkin terjadi.
Dilengkapi jadual dan diagram untuk mempermudahkan pemahaman.
Mengungkap pendapat ulama Syafi’iyah yang diklasifikasikan dalam beberapa qaul dan wajh.
Shahih Tafsir Ibnu Katsir
Tafsir Ibnu Katsir merupakan kitab yang sangat penting yang ditulis dalam masalah tafsir al-Qur-an al-’Azhim, kitab ini paling banyak diterima dan tersebar di tengah umat ini. Imam Ibn Katsir telah menghabiskan waktu yang sangat lama untuk menyusunnya. Tidak mengherankan jika penafsiran beliau sangat kaya dengan riwayat (baik hadits maupun atsar), bahkan hampir seluruh hadits periwayatan Imam Ahmad yang terdapat dalam kitab al-Musnad tercantum dalam kitab tafsir ini.
Beliau juga menggunakan rujukan-rujukan penting lainnya yang sangat banyak, sehingga sangat kaya akan manfaat dalam berbagai disiplin ilmu agama (sepert ‘Aqidah, Fiqih dan Iain-lain). Sangat wajar apabila Imam as-Suyuthi berkata: Belum pernah ada kitab tafsir yang semisal dengannya.
Selain itu, metode beliau dalam penyusunan kitab yang sangat bermanfaat ini adalah dengan cara menyebutkan ayat terlebih dahulu, kemudian menyatakan maknanya secara umum, selanjutnya menafsirkannya dengan ayat, hadits atau perkataan Sahabat dan Tabi’in. Terkadang beliau menjelaskan seputar hukum yang berkaitan dengan ayat, dengan dukungan dalil-dalil lain dari al-Quran dan as-Sunnah serta dilengkapi dengan pendapat-pendapat para ahli fiqih disertai dalilnya.
Akan tetapi banyak dijumpai riwayat dalam kitab ini adalah riwayat yang tidak shahih, oleh karena itu Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfuri memimpin suatu kumpulan untuk meringkasnya, memberikan judul pada tiap-tiap pembahasannya serta menisbatkan hadits kepada rawi yang meriwayatkannya, menampilkan hadits-hadits shahih dan hasan saja, menjauhkan hadits dhaif dan maudhu serta membuang kisah-kisah israilliyat.
Kitab asli dari buku terjemah ini adalah: Al Misbaul Muniir fii Tahdzib At Tafsir Ibnu Katsir. Dalam edisi terjemahan ini, terdapat kelebihan-kelebihan diantaranya yaitu:
1. Pencantuman nombor ayat dan surat,
2. Takhrij semua hadits yang tercantum didalamnya. Dalam hal ini merujuk pada takhrij oleh Syaikh Hani Al Haaj baik dari sisi penomboran maupun pengesahan hadits. Apabila pengesahan berasal dari kitab Syaikh Albani -rahimahullah- , maka dicocokkan dengan penomboran dari kitab tersebut, apabila hadits-hadits tersebut pengesahannya dalam kitab al imam al muhadits Syaikh Al Albani itu tidak ada, maka dirujuk pada kitab aslinya disertai pengesahan dari ulama terkemuka.
3. Dan masih banyak kelebihan lainnya yang dimiliki cetakan ini.
Beliau juga menggunakan rujukan-rujukan penting lainnya yang sangat banyak, sehingga sangat kaya akan manfaat dalam berbagai disiplin ilmu agama (sepert ‘Aqidah, Fiqih dan Iain-lain). Sangat wajar apabila Imam as-Suyuthi berkata: Belum pernah ada kitab tafsir yang semisal dengannya.
Selain itu, metode beliau dalam penyusunan kitab yang sangat bermanfaat ini adalah dengan cara menyebutkan ayat terlebih dahulu, kemudian menyatakan maknanya secara umum, selanjutnya menafsirkannya dengan ayat, hadits atau perkataan Sahabat dan Tabi’in. Terkadang beliau menjelaskan seputar hukum yang berkaitan dengan ayat, dengan dukungan dalil-dalil lain dari al-Quran dan as-Sunnah serta dilengkapi dengan pendapat-pendapat para ahli fiqih disertai dalilnya.
Akan tetapi banyak dijumpai riwayat dalam kitab ini adalah riwayat yang tidak shahih, oleh karena itu Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfuri memimpin suatu kumpulan untuk meringkasnya, memberikan judul pada tiap-tiap pembahasannya serta menisbatkan hadits kepada rawi yang meriwayatkannya, menampilkan hadits-hadits shahih dan hasan saja, menjauhkan hadits dhaif dan maudhu serta membuang kisah-kisah israilliyat.
Kitab asli dari buku terjemah ini adalah: Al Misbaul Muniir fii Tahdzib At Tafsir Ibnu Katsir. Dalam edisi terjemahan ini, terdapat kelebihan-kelebihan diantaranya yaitu:
1. Pencantuman nombor ayat dan surat,
2. Takhrij semua hadits yang tercantum didalamnya. Dalam hal ini merujuk pada takhrij oleh Syaikh Hani Al Haaj baik dari sisi penomboran maupun pengesahan hadits. Apabila pengesahan berasal dari kitab Syaikh Albani -rahimahullah- , maka dicocokkan dengan penomboran dari kitab tersebut, apabila hadits-hadits tersebut pengesahannya dalam kitab al imam al muhadits Syaikh Al Albani itu tidak ada, maka dirujuk pada kitab aslinya disertai pengesahan dari ulama terkemuka.
3. Dan masih banyak kelebihan lainnya yang dimiliki cetakan ini.
Monday, 25 July 2011
Di ambang RAMADHAN 1432H
Di dalam al-Quran tidak menyebut bulan Muharram tetapi kita membuat sambutan meriah sambutan Maal Hijrah. Demikian juga dalam al-Quran tidak menyebut bulan Rabiul Awal tetapi umat Islam menyambut Maulidur Rasul dengan penuh kehebatan. Bagaimanapun Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. Firman Allah swt dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185:
Maksud:
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)..”
Berdasarkan ayat ini maka jelas bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang perlu umat Islam mengejar mengambil kesempatan. Ketika mengulas kelebihan ini Rasulullah bersabda:
Mafhumnya: “ Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berert telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.(Hadis Riwayat Ahmad).
Kadang kala terdapat di kalangan kita mengamalkan ibadah puasa berpuluh puluh tahun atau berbelas belas tahun tetapi tidak berupaya membentuk insan soleh. Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW melalui sabdanya mengingatkan umat Islam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang mafhumnya:
“Terdapat umat Islam berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa kecuali sekadar lapar semata-mata. Betapa ramai orang bersolat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa melainkan sekadar berjaga malam semata-mata.”
- Persoalan besar timbul ialah mengapa kita berpuasa, bersolat dan mengamalkan ibadat yang lain tetapi tidak dapat memenuhi standard piawaian yang ditetapkan Allah dan hukum syarak. Berdasarkan pemerhatian mimbar, keadaan ini berlaku kerana ibadah itu dibuat tanpa ilmu, tidak membuat persiapan teliti dan dibuat sekadar ikut-ikutan.
Dalam usaha untuk menyambut Ramadhan seminggu lagi marilah kita mengambil langkah berikut:
Pertama: Membuat persediaan dari sudut ilmu. Kita perlu faham tentang selok belok hukum puasa, syarat-syarat sah dan batal puasa dan amalan-amalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan seperti membaca al-Quran, adab-adab beriktikaf dalam masjid, qiyamullail, sedekah dan lain-lain ibadah. Pemahaman yang jelas tentang puasa akan memberi kesan yang mendalam kepada diri seseorang.
Kedua: Mulai sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan rohani untuk menghadapi suasana Ramadhan yang secara intensif melatih umat-Nya mendekati Allah dan membentuk akhlak yang mulia.
Ketiga: Membuat persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan bagi memastikan tahap kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik akan menentukan kita boleh melaksanakan ibadah dengan sempurna. Oleh itu pastikan kualiti dan mutu makanan itu berzat, makan secara sederhana, persekitaran rumah yang bersih dan tidur yang cukup.
Keempat: Kita perlu berjimat cermat dan amalan ini akan membolehkan kita melaksanakan zakat dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya.
Kelima: Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menentukan ahli keluarga membuat persiapan teliti serta mewujudkan suasana keimanan seperti berjemaah solat fardu dan berjemaah tarawih di rumah atau di masjid.
Dalam mengukuhkan keimanan kepada Allah swt maka kita hayati firman Allah dalam surah al-Ankabuut ayat 58:
Maksudnya: “ Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh “.
(Petikan dari Khutbah Jakim)
Sunday, 24 July 2011
Kitab Lauhul Mahfudz
Sejauh ini, kita telah menyaksikan kesimpulan ilmu pengetahuan tentang alam semesta dan asal-usul makhluk hidup. Kesimpulan ini adalah bahwa keseluruhan alam semesta dan kehidupan itu sendiri diciptakan dengan menggunakan cetak biru informasi yang telah ada sebelumnya.
Kesimpulan yang dicapai ilmu pengetahuan modern ini sungguh sangat bersesuaian dengan fakta tersembunyi yang tercantum dalam Alquran sekitar 14 abad yang lalu. Dalam Alquran, Kitab yang diturunkan kepada manusia sebagai Petunjuk, Allah menyatakan bahwa Lauhul Mahfuzh (Kitab yang terpelihara) telah ada sebelum penciptaan jagat raya. Selain itu, Lauhul Mahfuzh juga berisi informasi yang menjelaskan seluruh penciptaan dan peristiwa di alam semesta.
Lauhul Mahfuzh berarti “terpelihara” (mahfuzh), jadi segala sesuatu yang tertulis di dalamnya tidak berubah atau rusak. Dalam Alquran, ini disebut sebagai “Ummul Kitaab” (Induk Kitab), “Kitaabun Hafiidz” (Kitab Yang Memelihara atau Mencatat), “Kitaabun Maknuun” (Kitab Yang Terpelihara) atau sebagai Kitab saja. Lauhul Mahfuzh juga disebut sebagai Kitaabun Min Qabli (Kitab Ketetapan) karena mengisahkan tentang berbagai peristiwa yang akan dialami umat manusia.
Dalam banyak ayat, Allah menyatakan tentang sifat-sifat Lauhul Mahfuzh. Sifat yang pertama adalah bahwa tidak ada yang tertinggal atau terlupakan dari kitab ini:
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kcuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daupun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauhul Mahfuzh). (QS. Al An'aam, 6:59)
Sebuah ayat menyatakan bahwa seluruh kehidupan di dunia ini tercatat dalam Lauhul Mahfuzh:
Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun di dalam Al Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan. (QS. Al An'aam, 6:38)
Di ayat yang lain, dinyatakan bahwa “di bumi ataupun di langit”, di keseluruhan alam semesta, semua makhluk dan benda, termasuk benda sebesar zarrah (atom) sekalipun, diketahui oleh Allah dan tercatat dalam Lauhul Mahfuzh:
Kami tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Alquran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun seeasr zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebi besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauhul Mahfuzh). (QS. Yunus, 10:61)
Segala informasi tentang umat manusia ada dalam Lauhul Mahfuzh, dan ini meliputi kode genetis dari semua manusia dan nasib mereka:
(Mereka tidak menerimanya) bahkan mereka tercengang karena telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri, maka berkatalah orang-orang kafir: “Ini adalah suatu yang amat ajaib”. Apakah kami setelah mati dan setelah menjadi tanah (kami akan kembali lagi)?, itu adalah suatu pengembalian yang tidak mungkin. Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang dihancurkan oleh bumi dari (tubuh-tubuh) mereka, dan pada sisi Kamipun ada kitab yang memelihara (mencatat). (QS. Qaaf, 50:2-4)
Ayat berikut ini menyatakan bahwa kalimat Allah di dalam Lauhul Mahfuzh tidak akan ada habisnya, dan hal ini dijelaskan melalui perumpamaan:
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. Luqman, 31:27)
Fakta-fakta yang telah kami paparkan dalam tulisan ini membuktikan sekali lagi bahwa berbagai penemuan ilmiah modern menegaskan apa yang diajarkan agama kepada umat manusia. Keyakinan buta kaum materialis yang telah dipaksakan ke dalam ilmu pengetahuan ternyata malah ditolak oleh ilmu pengetahuan itu sendiri.
Sejumlah kesimpulan ilmu pengetahuan modern tentang “informasi” berperan untuk membuktikan secara obyektif siapakah yang benar dalam perseteruan yang telah berlangsung selama ribuan tahun. Perselisihan ini telah terjadi antara paham materialis dan agama.
Pemikiran materialis menyatakan bahwa materi tidak memiliki permulaan dan tidak ada sesuatu pun yang ada sebelum materi. Sebaliknya, agama menyatakan bahwa Tuhan ada sebelum keberadaan materi, dan bahwa materi diciptakan dan diatur berdasarkan ilmu Allah yang tak terbatas.
Fakta bahwa kebenaran ini, yang telah diajarkan oleh agama-agama wahyu – seperti Yahudi, Nasrani dan Islam – sejak permulaan sejarah, telah dibuktikan oleh berbagai penemuan ilmiah, merupakan petunjuk bagi masa berakhirnya atheis yang sebentar lagi tiba. Umat manusia semakin mendekat pada pemahaman bahwa Allah benar-benar ada dan Dialah yang “Maha Mengetahui.” Hal ini sebagaimana pernyataan Alquran kepada umat manusia dalam ayat berikut:
Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauhul Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah. (QS. Al Hajj, 22:70)
Wajib Mencari Rezeki Yang Halal Walau Dalam Keadaan Apa Sekalipun
HAKIKATNYA nasib manusia di dunia tidak sama dari segi kekayaan, penguasaan ilmu dan darjat kerana Allah mencipta keadaan itu supaya manusia saling memanfaatkan antara satu sama lain.
Namun, ia tidak bermakna yang mendapat kurang mesti berserah kepada takdir semata. Manusia diberikan akal untuk berfikir berusaha memenuhi keperluan hidup dan mencapai keadaan lebih baik dalam kehidupan seharian.
Teori ekonomi menyebut tiga keperluan asas manusia adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Individu atau keluarga yang tidak mampu memenuhi keperluan asas tergolong sebagai amat daif dan memerlukan bantuan pihak lain untuk meneruskan kehidupan seharian.
Bagi umat Islam, dalam usaha mendapatkan keperluan asas atau kehendak lain, wajib diperoleh dengan cara halal. Kemiskinan bukan alasan untuk menghalalkan perbuatan yang salah.
Kemiskinan menghampirkan diri kepada kekufuran. Ia umpama bom jangka bila-bila masa boleh meletup menimbulkan malapetaka dalam masyarakat. Masyarakat yang lebih banyak didiami golongan miskin sentiasa berdepan situasi tegang, terancam dan cemas.
Perbuatan salah mendedahkan diri kepada keadaan yang lebih buruk. Pelakunya berdepan dengan hukuman buatan manusia di dunia ini dan di akhirat pula, akan menerima balasan lebih pedih, melainkan pelakunya sempat bertaubat dan melakukan banyak kebaikan.
Batasan haram dikecualikan hanya dalam keadaan terlalu terdesak atau darurat. Pun begitu, keadaan itu tidak berlaku di negara kita. Golongan miskin berpeluang mendapat bantuan daripada pihak kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan penderma individu.
Justeru, tidak ada alasan untuk rakyat di negara ini mengatakan dia terpaksa melakukan perbuatan ditegah agama kerana terlalu terdesak untuk memenuhi keperluan hidup.
Rakyat Malaysia bernasib baik kerana peluang pekerjaan masih terbuka luas di negara kita. Berjuta-juta rakyat negara lain datang ke Malaysia mencari rezeki yang dikatakan sebagai lubuk emas.
Kekuatan rohani dan jasmani penting dalam usaha mencari rezeki. Kita mesti berfikir dengan positif dan gunakan kekuatan fizikal untuk melakukan usaha bersesuaian. Keyakinan terhadap kemampuan diri penting bagi menjana semangat melakukan usaha kebaikan.
Rasa keyakinan diri termasuk dalam erti bersyukur. Kita berasakan apa yang dikurniakan Allah dari segi kekuatan akal, fizikal, masa hidup dan peluang yang ada sebagai satu anugerah perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Ada individu serba kekurangan dari segi fizikal, tetapi dapat hidup berdikari. Mereka tidak menjadikan kecacatan sebagai alasan untuk mendapat simpati orang ramai. Justeru, mengapa pula individu yang sempurna fizikal tidak dapat melakukan lebih baik daripada itu?
Yakin diri lahir daripada individu yang mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kelebihan dianugerah Allah adalah amanah untuk melakukan kebaikan.
Individu yang mencipta kejayaan cemerlang memulakan usaha dengan yakin pada diri. Semangat berdikari dan tidak mudah menyerah kalah.
Jika berdepan masalah atau kegagalan, itu satu kenyataan yang mesti diterima dengan hati dan fikiran terbuka. Apa yang penting, jangan mudah patah semangat. Pertolongan Allah akan datang daripada segenap penjuru yang tidak disangka membantu mereka yang tidak berputus asa.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf, ayat 87)
Biarpun Islam menggalakkan umatnya mencari harta, tetapi Islam melarang keras mengumpul harta melalui jalan yang salah. Harta diperoleh secara salah, tidak ada keberkatannya. Bila-bila masa ia akan bertukar menjadi satu bebanan dan hilang tanpa disangka.
Keberkatan bermaksud kebahagiaan hasil apa yang diperoleh atau dilakukan. Ia juga membawa maksud bertambah dan semakin baik. Harta yang diberkati akan terus berkekalan dan mencukupi untuk membiayai hidup walaupun jumlahnya sedikit saja.
Justeru, kita perlu berusaha dengan ikhlas dan mengikut jalan yang diredai Allah dengan sentiasa memohon keberkatan daripada-Nya. Tidak guna memperoleh kekayaan yang banyak, sedangkan tidak berkat.
Soal keberkatan tidak boleh diambil mudah. Biarlah tidak berpeluang memiliki harta banyak, asalkan apa yang dimiliki, biarpun sedikit tetapi diberkati. Kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)
Justeru, jangan bersifat pasif dalam usaha mencari rezeki. Usaha mesti dilipat gandakan dan bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah. Manusia digalakkan supaya berdoa memohon kepada Allah untuk mendapat kehidupan lebih baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)












