Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".
Showing posts with label Tarbiah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiah. Show all posts

Saturday, 20 October 2012

Ustaz @ Ustazah

 بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah menjadi kebiasaan (saya tak kata semua), seorang yang bukan daripada bidang agama apabila dia berpenampilan menutup aurat, maka dia dicop sebagai golongan yang arif tentang agama. Alim katanya. Ilmu agama mesti penuh di dada. Gelaran 'ustaz' dan 'ustazah' diberikan. Walhal, mereka juga sebenarnya masih dalam proses meningkatkan kualiti diri. Adakalanya, mereka juga terkapai-kapai. Adakalanya mereka juga tercari-cari.

Bagi diri yang dipanggil dengan gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' itu, terasa bagai ada satu beban yang terpikul. Terasa diri semacam tidak layak untuk mendapat gelaran sedemikian. Terasa diri terlalu banyak kekurangan. Terasa diri diselaputi dosa. Ditambah lagi dengan bidang yang diambil bukanlah dari cabang-cabang agama yang dijulang, lantas gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' itu terasa sememangnya tidak layak untuk diri. Pernah rasa macam tu?

Saya yakin, mesti ada yang pernah mengalaminya sebab diri ini juga merupakan salah seorang daripadanya. Terasa diri sangat-sangat tidak layak. Ya, mungkin ada yang berpendapat.. "Alaa.. setakat gelaran, apalah sangat.. maksudnya sama jugak macam cikgu ke teacher ke..". Tapi, majoriti mentaliti masyarakat kini tidak mengizinkan pendapat yang mengatakan ianya hanyalah satu gelaran yang sama maksudnya dengan cikgu mahupun teacher.

Sebaliknya, gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' itu membawa bersama-sama maksud bahawa seseorang itu mempunyai ilmu agama yang baik. Seorang yang alim. Bahkan, ada yang berpendapat golongan yang bertudung labuh, berjubah, dan berserban ini merupakan mereka yang mengetahui ilmu bahasa Arab, hafiz mahupun hafizah yakni penghafaz al-Qur'an. Sampaikan pensyarah yang dihormati turut memanggil dengan gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini. Sehinggakan, sekiranya ada apa-apa yang berkaitan dengan bahasa Arab dan agama di bilik kuliah, pendapat kita diraikan dengan bertanya pendapat kita. Namun begitu, hakikatnya begitukah?

Percayalah, bukan semua mereka begitu. Bahkan, ada daripada golongan ini yang tidak pernah sekalipun bersekolah di sekolah agama. Ada yang masih bertatih. Ada yang masih dalam proses membiasakan diri. Pendek kata, masih dalam usia setahun jagung mengenal Allah. Namun begitu, apakah yang membezakan mereka dengan yang lain? Penampilan mereka. Ya. Mereka cuba sedaya upaya untuk mentaati suruhan-Nya. Sekurang-kurangnya mereka sudah terlepas daripada tanggungjawab menutup aurat.

Seterusnya, suruhan-suruhan-Nya yang lain pula cuba dipraktikkan dari semasa ke semasa. Mereka cuba menjaga tutur kata. Mereka cuba menjaga muamalat, iaitu cara bergaul antara bukan mahram dengan sebaik mungkin. Mereka cuba sedaya upaya menjaga habluminannas dan habluminallah. Namun begitu, sebagaimana lazimnya seorang manusia, fitrah mereka tetap ada, yakni imannya bersifat menaik dan menurun. Maka, sekiranya ada kekhilafan dan kealpaan mereka, tegurlah dengan berhikmah sebagaimana yang dituntut agama.

Sehubungan dengan itu, dalam masa yang sama, bagi saya.. mereka yang mendapat gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' ini perlu sebenarnya berterima kasih kepada golongan yang memanggilnya sedemikian rupa. Mengapa? Hal ini demikian kerana, melalui gelaran tersebutlah sebenarnya, sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih menjaga diri, untuk lebih mengawal adab sopan anda, untuk lebih mengawal perlakuan anda. Secara tidak langsung juga sebenarnya, anda telah berdakwah kepada orang-orang di sekeliling anda. Tahniah! Anda telah berjaya melakukan dan menyambung kesinambungan dakwah Rasulullah S.A.W. "Tapi bagaimana? Aku tak buat apa-apa pun?".

Siapa kata anda tidak melakukan apa-apa? Anda sebenarnya telah berdakwah kepada mereka. Secara tidak langsung, anda telah mendidik mereka menyemai satu sifat yang sangat dituntut, iaitu bersangka baik. Uslub dakwah itukan pelbagai!. Buktinya, tanpa perlu anda mengeluarkan sepatah kata sekalipun.. mereka tanpa sedar telah bersangka baik bahawa anda itu baik akhlaknya, baik imannya (kerana ustaz mahupun ustazah itu sangat sinonim dengan akhlak dan hati/iman yang baik, walaupun mungkin bukan semua). Sangkaan yang baik itu akhirnya diluahkan dan diterjemahkan dengan cara memanggil anda dengan gelaran ustaz mahupun ustazah.

Walau bagaimanapun, mungkin ada yang berpendapat gelaran tersebut dipanggil hanyalah kerana ingin memerli individu tersebut. Ya, mungkin sebahagiannya ada yang berfikiran sebegitu. Tapi, percayalah bahawa mereka yang berfikiran sedemikian juga pada asalnya memiliki rasa kagum dan hormat kepada anda. Namun begitu, dek perasaan itu telah diselaputi oleh satu perasaan yang dinamakan 'ego', maka mereka telah bertindak menutup segala rasa tadi. Jadilah mereka golongan yang sukar untuk menerima rasa hati sendiri.

Selain itu, melalui gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini juga sebenarnya mampu menjaga diri kita. Buktinya? Jika ditanya kepada majoriti mereka yang berada dalam situasi ini mengenai gangguan yang diterima, saya yakin bahawa jawapan mereka seakan-akan sama. Jawapan yang bagaimana? Jawapannya, mereka seakan-akan dilindungi, seakan-akan dijaga, seakan-akan dikawal dalam erti kata menjaga tingkah lakunya serta dihormati. Semuanya diperolehi dengan jasa gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' tersebut dengan izin Allah.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Surah al-Ahzaab : 59)

Lihatlah! Allah juga telah memberikan jaminan keselamatan bahawa mereka yang mengikuti suruhan-Nya ini tidak diganggu, dan saya yakin hampir semua orang yang berada dalam golongan ini juga memiliki kisah-kisahnya yang tersendiri yang menjadi bukti kata-kata Allah ini.

Sehubungan dengan itu, melalui gelaran ini juga secara tidak langsung mampu untuk mendidik diri yang digelar itu juga. Bagaimana? Tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan gelaran tersebut mampu untuk menjadi guru kita. Masakan tidak, apabila diri dipanggil dengan panggilan yang sedemikian, masihkah kita sanggup membiarkan diri dihiasi dengan akhlak yang tidak sewajarnya? Akhlak yang tidak melambangkan akhlak Islam? Bagi nurani yang bersih, saya kira tidak sanggup untuk berakhlak sedemikian lagi. Maka, detik demi detik akhlak diri sedaya upaya cuba ditingkatkan, walaupun adakalanya sering tersungkur jatuh. Hal itu bukanlah suatu yang boleh menjadi batu penghalang untuk diri melakukan perubahan paradigma. Masa demi masa, ilmu agama makin ditingkatkan. Bukankah itu satu perkara yang baik?

Maka, saya rasa sangat-sangat wajar sebenarnya ucapan terima kasih ditujukan khas buat mereka yang memanggil dengan gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini. Terima kasih! ^_^



Monday, 13 February 2012

IMPORTANT- "Berlapang DADA"


بسم الله الرحمن الرحيم


Tiba-tiba terdetik pula ingin bercakap soal berlapang dada ni..
Ya, saya tau perkara nilah paling susah kita nak buatkan..

Cuba kita ingat balik..recall balik..
Dalam usrah, perkara ini selalu disebut..
Tingkatan pertama untuk berukhwah adalah dengan berlapang dada.
Jika soal berlapang dada ni pun kita masih tak selesai lagi, susahlah macam tu..
Jika ada sesuatu perkara yang tersimpan dalam hati, luahkanlah dengan cara yang betul..
Jangan pendam dan jangan cakap belakang (peringatan tuk diri sendiri)

Plus, janganlah pulak kita mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati dan perasaan orang lain..
Saya tahu kadang-kadang kita tak sengaja..
Terlepas cakap..biasalah kadangkala saya juga begitu..
Cakap main dan je..tak fikir perasaan orang lain..
Bila dah cakap baru menyesal…(itu memang saya)

Dalam berukhwah ini biasalahkan bab-bab terasa hati ini..
So, don’t take it deep into your heart ^_^..
Tapi saya takdalah menggalakkan kamu2 semua suka-suki ja menggores hati dan perasaan sahabat anda..
Cumanya disini saya ingin menegaskan pada anda semua “berlapang dada tu penting”

Terasa hati terasa jugak..
Tapi jangan bawa sampai mati ok..(opss..agak panas ayat tu)
Bagi pihak yang 1 lagi, silalah berhusnu dzon dengan sahabat anda..
Kamu pun kena berlapang dada jugak ya...

Akhirul kalam,
Apakah kita berlapang dada dengan sahabat kita dan orang disekeliling kita??
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan
P.E.A.C.E. N.O. W.A.R

p/s: Post ini tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati..Sekadar peringatan buat diri ^_^ 

Friday, 10 February 2012

Aku Berdosa, Tetapi Aku Berjaya…(nauzubillah)


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.

Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?Saya yakin tidak..Anda tenang sekarang?Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. 

Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Tuesday, 24 January 2012

Semuanya Milik Allah..Tapi Apa Milik Kita


Suatu hari ustazah bertanya kepada murid-muridnya.
Siapa yang jadikan mata kita ?

Mereka menjawab : Allah

Lalu Ustazah katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Ustazah menambah lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Ustazah berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustazah.. benar (masing-masing menganggukkan kepala)

Ustazah berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhatikan telapak tangan sambil berfikir)

Ustazah berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ? menulis surat cinta ? mencuri ?

Mereka : benar ustazah... Ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Ustazah : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ? Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Mereka : (air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak berbuat dosa kepadaMu.. Aku sombong padaMu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurniakan oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)

Ustazah : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan ?

Mereka : (menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Ustazah : Jika Allah ambil balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada ? Sebenarnya, apa yang kita ada ????

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepadaNya???

...Muhasabahlah wahai diri.... Buat anakanda di LKAYS..Sungguh tangisan mu buat hatiku ikut sedih bersama.namun dikuatkan hati agar diriku nampak tegas di mata kalian..walhal akulah selemah2 hamba di mata Allah :(

Wednesday, 28 December 2011

Suka Sangat Main Agak Agak!!!

Agak- agak la kalau kereta baru kita ubah suai sana ubah suai sini, lama kelamaan akan menjejaskan tak sistem asal kereta tersebut, dan kereta tersebut akan rosak atau tidak apabila dah rosak jika kita hendak dapatkan semula sentuhan asal seperti keluar dari kilang kita mestilah pergi ke kilang asal untuk perbaikinya kerana hanya pembuat kereta tersebut yang tahu membetulkan kerosakkan dengan tepat. 

Sama juga dengan masakan, agak agak la jika kita pandai pandai menokok tambah pada masakan yang dah sedap dan secukup rasa masakan tersebut akan jadi lain tak rasanya atau akan rosak tak masakan tersebut, kerana yang memasak itu adalah seorang tukang masak yang sangat handal seantero dunia. Kenapa kita yang tak tahu apa apa ni pandai pandai nak main tambah tambah pulak ikut sesuka hati sendiri dalam sesuatu pekara yang kita tak arif kan lebih baik makan ja terus dan menikmati hidangan tersebut. Sama juga dengan kereta tadi kan lebih baik guna ja seperti mana keadaan asal keluar dari kilang. 

Kalau ada yang beralasan nak kereta sukan tu..tak reti reti nak kumpul duit dan terus beli yang sukan..kalau dah tak ada duit tu buat la cara tak ada duit..jangan ikut kan nafsu.
 
Sama la dengan kita sebenarnya yang suka mengikut nafsu yang kita sendiri tak kenal yang selalu bercakap cakap kat dalam diri kita sendiri..kita ingatkan kita berfikir walhal kita sedang berdialog dengan diri kita sendiri..itu lah bahayanya.

Bahayanya ialah kita akan wujud sikap keakuan..iaitu sikap yakin pada diri sendiri dan bukanya yakin pada ALLAH Swt. Kerana dalam setiap pekara kita akan merujuk hanya pada diri kita sendiri yang kita tak kenal sebenarnya.

Kita dah terlupa hendak merujuk kepada ALLAH Swt,  al- quran atau hadis atau bermohon petunjuk daripada ALLAH Swt. Sifat ini juga akan menjadikan kita syirik kepada ALLAH Swt iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan sebab itu lah kita mesti sentiasa mengingati ALLAH Swt didalam hati.
  
Apabila kita banyak berzikir pada ALLAH Swt didalam hati, secara automatik kita akan berhenti bercakap dengan diri kita sebenarnya dan apabila dalam kesulitan kita akan terus bermohon pada ALLAH Swt untuk cari jalan penyelesaian kerana kita dah terbiasa mengingati ALLAH Swt didalam hati.

* cuba berhenti baca entri dengar apa dalaman kita berkata dan cuba banyakkan berzikir dengan pula apa dalaman kita berkata..


Kerana kejadian kita pada empat bulan didalam kandungan ibu kita ALLAH Swt telah tiupkan sebahagian roh nya pada kandungan ibu kita dan beserta dengan qarinn (teman/umarah)..qarin itu lah yang kita tak kenal dan yang selalu kita berbual sebenarnya. Hanya dengan banyak mengingati ALLAH Swt sahaja dapat membezakan antara ajakan yang baik dan ajakan yang buruk.
 

Asasnya tetap pada apa yang disampaikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad Saw daripada wahyu ALLAH Swt iaitu al quran 30 juzuk..kerana sifat para nabi ialah menyampai kalimah ALLAH Swt..bukannya mengajar, sebab itu jika Nabi Saw mengajar tentu lah al quran itu akan menjadi lebih daripada 30 juzuk..
 
Tetapi sikap kita zaman sekarang ini yang suka menyangka dah pandai, suka suka ja menokok tambah didalam hukum hakam ALLAH..malah ada yang tak mahu ikut atau laksanakan terus pun ada..
 

Itu lah hebatnya kita pada zaman ini..jika ALLAH Swt dah berfirman didalam al quran "Aku telah sempurnakan agama islam sebagai agama Ku" maka kita harus ikut sahaja sebagaimana Nabi Saw tunjukkan melalui hadis hadis dan sirah. 

Pasti akan rosak agama islam jika kita pandai- pandai menokok tambah. Jika didalam al quran ALLAH Swt firman pasal hudud maka laksanakanlah hudud..dan jika yang tidak ada ALLAH Swt berfirman didalam al quran jangan lah kita buat pulak..
 

Sama juga dengan al hadis..jika didalam hadis ada Nabi Saw bersabda ,kita ikut lah dan jika tak ada Nabi Saw bersabda , jangan lah kita pandai pandai adakan pulak..
 
Disebabkan hati yang dikuasai oleh umarah (qarin) kerana tidak mengingati ALLAH Swt..
kalau berzikir pun bukanya ikhlas tetapi mengharapkan sesuatu tak ada maknanya. 

Masalah hati lah kita dizaman sekarang..dah tak ada orang yang tekan kan pasal kebersihan hati pasal menjaga hati kerana hati itu ialah raja didalam badan manusia. Jika hati itu rosak maka rosak lah keseluruhan perwatakkan manusia itu. Kerana sesuatu niat datang dari hati..barulah perlaksanaan terjadi, seperti niat nak lakukan perkara baik seperti nak solat maka tubuh badan akan laksanakan solat dan jika niat nak lakukan maksiat pasti tubuh badan akan laksanakan maksiat.

Disinilah pentingnya mengingati ALLAH Swt didalam hati setiap masa kerana hanya dengan banyak mengingati ALLAH Swt sahaja hati akan menjadi tenang, baru lah niat niat yang baik akan terlaksana..
 

Ana teringat satu sirah selepas perang badar kalau tak salah, para sahabat sedang bergembira kerana telah menang didalam peperangan tersebut..tetapi rasullallah bersabda "jangan kamu gembira dahulu"  kenapa tanya salah seorang sahabat ,bukankah kita telah menang didalam peperangan dan hampir syahid..bersabda lagi baginda Saw
"ada lagi jihad yang labih besar" terkejut para sahabat mendengar kata kata rasullallah bahawa ada jihad yang lebih besar daripada syahid dalam peperangan..jadi bertanya lagi para sahabat kepada baginda Saw > jihad apakah ya rasullallah, jawab baginda rasullallah "jihad akhbar iaitu jihad melawan hawa nafsu sendiri" 

~tak ingat dalilnya...nanti ana cari..
 
Terang terang kita boleh nampak pada zaman sekarang ini..anak anak muda yang rosak akhlak bercampur tak kira muhrim, semuanya daripada didikkan ibu bapa jika ibu bapa sendiri tak amalkan..bagaimana nak sampaikan pula kepada anaknya..jadi dibiarkan sahaja anaknya mengikut arus sosial semasa. 


Tak rumit sebenarnya kita mulakan dengan diri kita dahulu..perbanyakkan mengingati ALLAH Swt didalam hati disamping menjaga solat fardu, buatlah dengan ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu hanya mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH Swt sahaja insyAllah hala tuju kita akan dilorong oleh ALLAH Swt. Lepas itu barulah kita ajak isteri kita, suami kita, kemudian anak anak kita, mak ayah dan mentua kita, jika lagi semangat ajaklah jiran jiran kita dan seterusnya sekampung kita ajak, baru lah islam akan tertegak

Maka marilah kita kembali kepada ALLAH Swt kerana kita dah rosak hanya dengan mendekatkan diri kepada ALLAH sahaja dapat membetulkan diri kita yang tak betul ini. Kerana ALLAH Swt yang ciptakan kita, jadi kepada nya lah kita kembali mencari rahmat dan redha bukanya rahmat dan redha dari makhluk.

p/s Pesanan ni buat diri, anak2 jagaan LKAYS, pelajar2 LKAYS, Sahabat Blog, Sahabat FB, Sahabat Qarib ana..komen lah jika ada yang tak berkenan ya ~ penulisan yang santai buat kalian dan muhasabah diri..^^ wallahualam~

Saturday, 24 December 2011

Keberkatan ^_^

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

Sekian, wallahualam. Semoga yang baik datang daripada Allah dan yang buruk dari kesilapan sendiri. 

Friday, 23 December 2011

Dugaan Celaan dan Kritikan ^^, Nikmati Dengan Senyuman

Kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan tampak jelas tatkala dirinya ditimpa kritik, celaan, atau penghinaan orang lain. Bagi orang yang lemah akal dan imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah. Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan menghabiskan waktu untuk memikirkan kemungkinan melakukan pembalasan. Mungkin dengan cara-cara mengorek-ngorek pula aib lawannya tersebut atau mencari dalil untuk membela diri, yang ternyata akhir dari perbuatannya tersebut hanya akan membuat dirinya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.

Persis seperti orang yang sedang duduk di sebuah kerusi sementara itu di bawahnya ada seekor ular berbisa yang hendak mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahu bahaya yang bakal mengancam dirinya itu. Yang seorang menyampaikannya dengan cara halus, sedangkan yang lainnya dengan cara kasar. Namun, apa yang terjadi? Setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulkannya, bukan kepada ular namun kepada orang-orang yang memberitahu akan adanya bahaya tersebut.

Lain halnya dengan orang yang memiliki kejernihan hati dan ketinggian akhlak. Ketika datang badai kritikan, celaan, serta penghinaan seberat atau sedahsyat manapun, dia tetap tegar, tak goyah sedikit pun. Malah ia justeru dapat menikmati kerana yakin betul bahawa semua musibah yang menimpanya tersebut semata-mata terjadi dengan izin Allah Azza wa Jalla.

Allah Maha Mengetahui segala aib dan cela hambaNya dan Dia berkenan memberitahunya dengan cara apa saja dan melalui apa saja yang dikehendakiNya. Terkadang terbentuk nasihat yang halus, adakalanya melalui perbualan dan senda gurau seorang teman, bahkan tidak jarang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan. Ia pun dapat muncul melalui lisan seorang guru, ulama, orang tua, sahabat, adik, musuh, atau siapa sahaja. Terserah Allah.

Jadi, kenapa kita harus menyusahkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi kita? Padahal seharusnya kita bersyukur dengan sebesar-besar kesyukuran kerana tanpa kita bayar atau kita member gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala keburukkan dan aib yang mengancam amal-amal sholeh kita di akhirat kelak.

Kerananya, jangan hairan jika kita saksikan orang-orang mulia dan ulama yang soleh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya, mereka malahan bersikap penuh dengan kemuliaan, memaafkan dan bahkan mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atas pemberitahuan ehwal aib yang justeru tidak sempat terlihat oleh dirinya sendiri, tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang yang tidak menyukainya.

Sahabat, bagi kita yang berlumuran dosa ini, haruslah senantiasa berwaspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat boleh hadir dengan berbagai bentuk.

Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritikan:

Pertama : Kritiknya benar dan caranya pun benar.
Kedua : Kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan.
Ketiga : Kritiknya tidak benar dan caranya pun menyakitkan.

Bentuk kritik yang manapun datang kepada kita, semuanya menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan kita dihadapan sesiapapun, sekiranya sikap kita dalam menghadapinya penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah SWT. Kerana, sesungguhnya kemuliaan dan keredhaanNyalah yang menjadi penentu itu. Allah SWT berfirman, "Dan janganlah engkau berduka cita kerana perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." QS.Yunus[10]:65

Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina kita, kalau Allah menghendaki kemuliaan kepada diri kita, maka tidak akan membuat diri kita menjadi jatuh ke lembah kehinaan. Apalah ertinya kekuatan sang makhluk dibandingkan Khaliknya? Manusia memang sering lupa bahawa Kudrat dan Iradat Allah itu berada di atas segalanya. Sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia dan isinya ini berada dalam genggaman tangannya. Naudzubillaah!!!

Padahal, Allah Azza wa Jalla telah berfirman, "Katakanlah, Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang Kau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Kau kehendaki. Engkau muliakan yang Kau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Kau Kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu." QS. Ali 'Imran [3] : 26

Friday, 16 December 2011

Lumrah Seorang Insan - Kesabaran

Setiap manusia pasti akan merasai kekecewaan dan juga kegembiraan. Itu adalah lumrah dalam kehidupan dan sebagai mukmin kita kena hadapi dengan tenang dan sabar. Kesabaran adalah senjata bagi orang islam. Tidak kira kecewa dalam pelajaran, pertandingan dan sebagainya. Itu adalah adat dan lumrah seorang insan.


Dalam melayari bahtera kehidupan, kita kena terima apa saja yang berlaku. Perjalanan kembara kehidupan pastinya akan temui kesusahan, kesenangan, kegembiraan dan kekecewaan. Perjalanan hidup biasanya kita merancang dengan sebaiknya tetapi kadang- kadang perancangan kita tak tercapai dan gagal dalam misi kita. Bagi orang yang beriman pastinya akan terima dengan hati yang terbuka dan ada hikmah di sebalik kejadian dan bagi orang yang fasik / munafik pastinya tidak akan boleh terima dan akan kedengaran la "bunuh diri" dan sebagainya.


Ujian yang kita terima pada hari ini tidaklah sama dengan ujian yang di terima seperti Nabi Nuh a.s,Nabi Ibrahim a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w sehingga nama-nama baginta tercatit dalam Al Quran..Walaupun tidak mungkin kita dapat atasi kekecewaan dan ujian seperti Nabi-Nabi Allah tetapi belajarlah bersabar dan tabah seperti mana kekasih-kekasih Allah bersabar walaupun sedikit.


Allah sayang pada hambaNya yang bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian.


ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين
"Kita Merancang..Allah juga Merancang..Allah Jualah Sebaik Baik Perancang" 

Thursday, 15 December 2011

♥ ♥ ♥Jadilah Orang Yang Memberi Kebahagiaan♥ ♥ ♥

Pedang paling kuat dan tajam adalah logam besi yang mendapatkan tempaan paling keras pada nyala api yang sangat panas, maka jangan kamu berharap menjadi kuat jika tidak berani hadapi ujian dan kerasnya hidup ini.

Sebatang mancis tidak akan bernyala,bercahaya dan bermanfaat sebelum ia terbakar..jangan pernah harap kejayaan tanpa perjuangan dan pengorbanan tidak akan berhasil seseorang sebelum merasakan kegagalan.

Jadilah orang yang selalu memberikan kebahagian..walaupun hanya dengan sapaan, salam dan sebuah senyuman, jangan pernah mementingkan diri sendiri.

Belajarlah dari Matahari yang mampu untuk bersinar lebih lama lagi…
Tetapi dia tetap memberi peluang untuk sang bulan untuk menunjukkan diri..

Sahabat….
Kemenangan adalah saat dimana kita dalam keterbatasan..tetapi masih sanggup menghasilkan karya terbaik yang mengagumkan..kemenangan adalah saat kita ikhlas memberikan jalan-jalan kebahagiaan kepada orang-orang yang begitu memerlukan pertolongan

Sahabat….
Kemenangan adalah saat kita mampu memaafkan kesalahan..meskipun kita telah dikecewakan dengan begitu dahsyatnya

Kemenangan adalah saat kejujuran lebih kita utamakan..daripada mendahulukan ego dan kepentingan diri sendiri

Kemenangan adalah saat kita mampu memberikan yang terbaik..meskipun kita dalam keadaan yang apa adanya.

Sahabat….
Jika kamu tidak tahu atau bingung..tentang siapa yang kamu sangat sayangi..Ingatlah saat-saat dimana kamu berada..dalam suasana yang tidak ingin kamu kenang disitulah kamu mengenali dirimu sebenarnya..disitulah kamu juga tahu siapa yang paling kamu sayangi

Cara membalas dendam terbaik adalah hidup dengan lebih baik..daripada orang yang membenci atau menyakiti kita..♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥

Tuesday, 13 December 2011

Aku ~ Muhasabah Diri

Semalam terleka dengan gambar lama..sayu dan pilu hanya mampu ku kongsikan padaNYA..sebak sangat-sangat dalam bermuhasabah diri..Takut untuk menasihati kerana takut diri tidak ternasihat, sedih untuk menegur kerana diri masih punya untuk ditegur, gementar takut kata-kata hanya tinggal kata-kata, menangis kerna takut diri dibenci.

Didalam kita malakukan dakwah terdapat banyak perkara yang perlu diteliti, banyak perkara yang perlu dimuhasanahkan, sebelum memulakan pembersihan hati manusia yang lain, hati sendiri perlu dibersihkan sebersih-bersihnya, perbuatan pendakwah perlu berganda dari suruhannya contohnya jika pendakwah menyeruh kepada 1 kebaikkan, pendakwah itu sendiri perlu melakukan 2 kali kebaikkan.

Apabila pembersihan sudah dilakukan InsyaAllah, bantuan dari-Nya akan muncul. Didalam melakukan kerja-kerja dakwah, kita tidak dapat mengelak dari perkara-perkara negative yang mungkin akan muncul baik dari kerja baik kita ataupun sebaliknya, jadi pendakwah perlu bersedia untuk menghadapai kedua-duanya, jangan mudah tertipu dengan amal yang sedikit dan jangan pula mengambil mudah tanggapan manusia kerana biarpun tanggapan itu berdasarkan benda baik yang kita lakukan, namun seeloknya didalam kita berdakwah elakkanlah dari munculnya tanggapan ini, mohonlah pada-Nya agar segala keaiban kita disembunyikan dengan itu, kerja dakwah berjalan lancar.

Kesenangan diri sendiri perlu diambil kira sebagai golongan kedua, jangan memikirkan kesusahan diri, namun fikirlah ganjaran disana nanti insyaAllah……



Ingat lagi masa bermulalah sessi muhasabah dalam satu program motivasi, suasana pilu menyelubungi dewan. Dengan alunan lagu instrumental dimainkan oleh juru teknikal, teresak-esak terdengar rintihan dan air mata mula berlinang disetiap anak-anak yang ada mana tidaknya, ibunya hanya berada disebelah. Ada anak-anak yang malu-malu dihadapan ibunya. Namun suasana makin mencapai klimaks apabila ustaz memainkan peranan. Dipanggilnya ibu-ibu untuk bercakap dihadapan menyatakan harapan, bersaksikan Alquran dan rakan fasilitator. Sejurus itu, dipanggil pula anak-anak yatim menyatakan hasrat dan janji. Suasana bertambah pilu dengan ucapan ikhlas anak-anak yatim, berkata-kata..... terkadang terhenti percakapan akibat sedihnya ucapan. Ramai yang sebelum ini terlalu ego untuk mengeluarkan air mata mula menipiskan egonya. Masing-masing berada didunia masing-masing. Mengenangkan peristiwa sedih dalam setiap helaian kehidupan mereka..

~rindu nak buat aktiviti dan program..rindu nak berkongsi dan merasa ukhwah ikhlas dari hati-hati si kecil

Sunday, 4 December 2011

Ya Allah Lembutkanlah Hati-Hati Kami

Bismillahirrahmanirrahim

Aku tahu. Aku insan biasa. Ilmuku langsung tiada sampai walau sesuku titisan air di dunia ini. Aku tahu, aku bukan lah ahil agama yang punya ilmu yang mantap. Namun, berbekalkan ilmu yang ada ini tidak bolehkah untuk aku mengamalkannya...melaksanakannya dalam kehidupanku ini?

Kenapa sukar benar, untuk KEBENARAN itu dilaksanakan?

Apakah salah untuk aku menolak sebuah perkara atau perancangan manusia yang bakal menjadi fitnah kepada diriku sendiri?

Yang seterusnya bukan sahaja pada diriku bahkan kepada agamaku sendiri. ISLAM.

Entahlah..Aku tidak kisah kalau kalian mahu kata apa tentang aku. Aku tahu apa yang aku lakukan. Cuma aku sedih. Kalian perlakukan aku sebegini. ALLAH.. Tidak mengapa.. Demi sebuah undangan, ku tetap ke sana. Moga ku lakukan hanya keranaMu ALLAH..

Lembutkanlah hati2 kami dalam mentaati segala perintahMu..meninggalkan segala laranganMu..

Saturday, 3 December 2011

Mujahadah

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah SWT dgn limpah dan kurniaNYA..hri ini kita masih diberi peluang, peluang apa? untuk meneruskan tugas sbgai khalifah di muka bumi ini...namun..adakah kita menjalankan tugas atau erti kata lain tnggjwb kita yang sebenarnya kepada Yang Maha Esa??Rasulullah SAW telah bersabda " Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yg tidak akan sesat sesiapa yg berpegang pada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnahku". Namun, apa yang telah berlaku detik ini????

Adakah jiwa kta merasa nikmat ALLAH?? nikmat sebagai seorang mukmin sejati??Atau kerana dek terlalu cintakan dunia sehingga kita tdak dapat merasa nikmat ISLAM...ISLAM itu hanya bersumberkan dari al-Quran dan Sunnah...ini yang telah digariskan oleh Ya Rabb untuk kita mencri redhaNYA...mngecapi manisnya Iman...Firman Allah SWT " Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".(Surah Al-Baqarah:62).

Namun hari ini, dapat dilihat Islam dicampur dan ditokok tambah dengan peraturan yang dbuat oleh manusia itu sendri mngkut selera msing2...walaupun kita sdar hanya KalamNYA dan sunnah dari kekasih Allah sahaja yang diterima...Tapi fenomena hari ini, manusia mula hilang jati diri, hilang skap kemanusian, hilang maruah dri, leka dek keseronokan dunia dan tamakkan takhta dan harta...maka hukum dan aturan agama dikotak katikkan.dan ditentang smada secara terbuka, senyap dan melalui dalaman skp kita sendri..hukum agama diambil mudah...yang haram kita halalkan... yg sunnah kta lebihkan sdangakn yg wajib kta abaikan...Nauzubillah...Allah swt telah berfirman dan mengingatkan umatnya iaitu...

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya pasti mendapat kehinaan sebagaimana orang-orang yang sebelum mereka telah mendapat kehinaan. Sesungguhnya Kami telah menurunkan bukti-bukti yang nyata. Dan bagi orang-orang kafir ada siksa yang menghinakan."(surah Mujaadilah:5)

Oleh  itu, sama-sma kita bermujahadah agar kita tdak leka dgn keseronokan arus dunia dan peraturan yg kita ciptakan sendri...sedangkan kita sedia maklum...manusia itu tdak sempurna,, mka hendaklah kta beriman dan taat padaNYA sahaja.....setiap apa yg dilakukan hendaklah kita ikat kerana Allah SWT, berlandaskan Al-Quran dan sunnah...agar kita dapat mengecapi kebahgian hakiki yang telah dijanjiNYA kelak....Allahuakbar...

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Monday, 21 November 2011

Ada Masa Kita Berada Di Atas, Ada Masa Akan Berada Di Bawah.

Hidup ini umpama putaran roda, ada masa kita berada di atas, ada masa akan berada di bawah. Menjadi pelajar, akhirnya saya berpeluang untuk mendalami ungkapan ayat tersebut. Memang ianya kena pada banyak situasi. Dulu, saya sering mengaitkan ayat tersebut kepada golongan artis  (waktu itu saya gila membaca Majalah MEDIA). Ya lah, kehidupan artis kan tidak selamanya berada di zaman popular, ada masa akan jatuh juga dan akhirnya akan hilang dalam ingatan masyarakat.


Bila menjejaki alam kerjaya, saya mula mengaitkan ungkapan ini dengan situasi yang lebih real, iaitu situasi di persekitaran kerja. Dalam sesebuah organisasi, kita maklum adanya tingkat-tingkat kepimpinan. Ada yang menjadi ketua, ada yang menjadi pekerja biasa. Ada ketua yang baik, ada ketua yang dihormati, ada ketua yang disegani, ada ketua yang ditakuti, ada ketua yang langsung tidak dipandang oleh golongan bawahan dan sebagainya.


Tetapi yang biasa terjadi ialah – ketua yang ditakuti tapi tidak dihormati. Golongan seperti ini selalu wujud dalam organisasi. Ketua yang ditakuti biasanya mempunyai kebolehan untuk mewujudkan suatu perasaan takut atau tertekan di kalangan pekerja bawahan atau rakan sekerja. Takut untuk bekerjasama.


Ketua seperti ini juga sangat suka mengarah-arah. Sangat suka ikut campur dalam setiap perkara dan suka juga memalukan rakan sekerja di hadapan rakan sekerja yang lain. Ya lah, sudah ada pangkat sebagai ketua. Mestilah dia boleh bertindak sesuka hatinya dan akhirnya mewujudkan situasi takut dan tidak senang (benci) di kalangan orang bawahan atau rakan sekerja.


Lalu, ramai yang ternanti-nanti dan berharap-harap ketua seperti ini menjadi pekerja biasa dan bukan lagi ketua.


Baru-baru ini berlaku sedikit perubahan organisasi di tempat saya bekerja dan si ketua yang jahat ini tidak lagi menjadi ketua.


Apa yang terjadi bila ketua yang jahat ini menjadi pekerja biasa?


Seperti dia tidak wujud dalam organisasi tersebut. Tidak ada lagi yang takut kepadanya. Apakan lagi hormat, sebab selama ini dia sendiri tidak menerapkan nilai hormat itu dalam dirinya dan juga orang lain.


Tahap kedudukanya pada masa ini adalah seperti berada di bahagian roda yang paling bawah sekali. Entah bila lagi akan berada di atas.


Nota sampingan: Maaf jika tulisan ini agak celaru. Saya sengaja menulis begitu agar tidak jelas sangat. Apa yang pasti, kisah si ketua jahat ini menjadi suatu pengajaran kepada diri saya sendiri agar sentiasa berpada-pada dalam segala situasi. Dan rasa syukur saya panjatkan bila mendapat ketua baru yang lebih baik dari sebelum ini dan disamping banyak menerapkan nilai keislaman dalam organisasi...dan paling saya kagum dengan ketua baru sekarang dia lebih suka menganggap pekerjanya sebagai kawan..sering memberi nasihat, memberi tunjuk ajar dan menegur pekerjanya dengan cara yang berhemah..

Saturday, 12 November 2011

TETAPI YANG SEPATUTNYA (CINTA ADD KASIH ADD SAYANG ADD HATI)

CINTA :
(sebelum kahwin)
Cubit kiri, kanan rasa.
Impian indah ibarat syurga.
Nikah impian utama.
Taat setia membawa bahagia.
Awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
Cuka yang dituang pada luka.
Iblis yang merosak minda.
Nafsu semata-mata.
Tuba yang dibalas semula.
Api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
Kongsi semua suka duka.
Abang adik, ayang anja.
Sumpah janji di bibir sentiasa.
Istana bahagia dah dicipta.
Hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
Kaki tangan naik kat kepala.
Abuk pun tara, nak makan apa??
Simpati langsung tak ada.
Ironi membakar jiwa.
Hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
Sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
Asal free mesti nak jumpa.
You lap me, I lap you!
Apa saja sanggup diduga.
Nak itu, nak ini... mesti dapat.
G ula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
Salah sikit kiamat dunia..!!
Air tak sedap, basahlah mata.
Yang betul dia je.
Ada takde, bagi anak reti la.
Nak dilawan, digelar derhaka.
Gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
Hanya dikau yang daku cinta.
Air paip pun manis macam gula.
Tak jumpa sehari boleh jadi gila.
Igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
Hantu jembalang lagi sempurna.
Air mata jadi teman setia.
Tempat mengadu dah tak ada.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

TETAPI YANG SEPATUTNYA (CINTA ADD KASIH ADD SAYANG ADD HATI)

Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama.
Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan.
Timang cahaya mata sebagi pengikat kasih sayang.
Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

Kasih berputik dikala pertunangan diikat.
Akad dilafaz cinta berbunga.
Suami disanjung-tinggi.
Isteri disayangi.
Harumlah kasih sepanjang zaman.

Sayangkan Isteri kasihkan suami.
Ada masalah, dibincangkan bersama.
Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Amalkan hidup bertoleransi.
Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama.
Gaduh sesekali tu perkara biasa.

Hati suami mesti dijaga.
Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh.
Tanggung-jawab dipikul bersama.
Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti.

Sunday, 30 October 2011

Didik Hati



Langkah-langkah hidup akan menemukan kita dengan persinggahan yang pelbagai. Setiap persinggahan pula akam melakarkan kenangan yang akan ditinggalkan. Hidupkan kenangan-kenangan itu sebagai pengajaran di masa mendatang.


Setiap persinggahan akan berbeza ceritanya, berlainan plotnya. Ada kisah gembira dan akan ada kisah gulana. Namun kalau ketemu insan-insan yang menyeksa kehidupan, belajarlah untuk tidak menyalakan api kebencian.


Bagaimana? Fikirkan begini…setiap yang Allah ciptakan tiada satu pun yang sia-sia melainkan kita yang selalu mensia-siakan kurnian Allah. Segalanya dengan hikmah yang terahsia. Hikmah itu yang perlu dicari dan digali. Ingatlah segala yang ada disekeliling kita adalah sesuatu yang Allah kirimkan sebagai rahmat, tapi sekadar pinjaman sementara yang akan pergi pada bila-bila masa.


Ada insan yang Allah kirimkan agar menjadi orang yang membantu segala sesuatu. Ada insan yang Allah hantar untuk memberikan ilmu, mengajarkan makna hidup, paling tidak pun menjadi teman-teman agar hidup ini tidak membosankan. 


Cuma, versinya berbeza kerana subjek kehidupan bukan seperti kuliah yang ada peperiksaan dihujung semester. Makna hidup perlukan pengalaman, penilaiannya setiap saat dan hasil ujiannya hanya ada di Mahsyar.


Pasti pernah ada ketika hadir manusia-manusia yang sengaja menyakitkan. Datang membawa seribu satu beban dan kemarahan. Berbicara dengan lidah melukakan hingga memberi tekanan dan kadang-kadang menyebabkan air mata berlinangan. Andai datang saat ini, belajarlah bersabar. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar. Memang dia dikirimkan untuk menguji kesabaranmu. 


Redhakanlah hati bahawa diri ini bukanlah insan yang sempurna jadi mengapa mengharap semua orang yang ada dalam hidup kita ini adalah baik-baik belaka. Berikanlah kemaafan atas kesilapannya kerana dia juga insan sepertimu yang sedang mencari makna kehidupan. Mungkin dia khilaf kerana dia tidak tahu. 


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Sesungguhnya dengan memberi kemaafan engkau meringankan beban mu sendiri. Jika terasa terlalu payah maka titipkanlah namanya dalam bait doa-doamu. Agar kebencian dihatinya pudar bertukar kasih.


Janganlah tatkala berhadapan dengan insan seperti ini, kau lawan dengan api kebencian, tiada siapa yang akan menang. Kelak akan membawa kepada permusuhan yang panjang.Janganlah hati nan sekeping ini dicemari rasa benci. Diri sendiri yang akan rugi. 


Bukankah nabi pernah berpesan; “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya” (riwayat Bukahri dan Muslim)


p/s Didiklah hati, jangan hidupkan perasaan benci..

Friday, 28 October 2011

Bahaya Lidah


Sedikit renungan pendek untuk kita hayati bersama-sama. ...

Pepatah mengatakan, lembut lidah tidak bertulang, tetapi kata-katanya menusuk seperti belati. Berhati-hati, jenayah menggunakan lidah tidak akan kita nampak dosanya di hadapan mata, tetapi dosa-dosa ini akan diperlihatkan di kampung akhirat nanti.

Lidah untuk berkata-kata tetapi adakah kita menggunakan lidah untuk meluahkan perkataan yang elok-elok? Sebabnya yang sering berlaku, kita menggunakan lidah untuk berbual kosong, mengumpat, bercakap perkara sia-sia sehingga kadang kala melampaui batas.

Jenayah lidah juga menjadi 
racun yang mematikan kasih sayang dalam pergaulan sesama insan, menyuburkan benih dendam dan kebencian dalam persaudaraan. Apabila manusia terdedah kepada bahaya fitnah, saling mencela, berprasangka buruk atau menghina secara terang-terangan maka akan rosaklah kehidupan yang asalnya aman dan damai.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud,
“Sesungguhnya seorang hamba Allah mengucapkan satu perkataan yang dibenci Allah ia tidak ambil hirau, menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka (jahanam).” (Hadis riwayat Bukhari)

Banyak sekali peringatan mengenai bahaya lidah ini. 
Dalam bahasa kita, istilah yang kita gunakan adalah mulut jahat. Lidah memang tidak bertulang, mudah berkata tetapi kadang kala percakapan itu menolak seseorang ke jurang neraka.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud, “Tidak ada sesuatu yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka kecuali dosa-dosa percakapan kotor dan jahat.” (Hadis riwayat ahli sunnah dan Ahmad)

Berbahasa kasar dan mulut jahat bukan tabiat orang beriman. Hal ini seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Seseorang mukmin bukan seorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan dia juga tidak bersifat jahat di samping ia tidak bersikap buruk.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda bermaksudnya,
“Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” (riwayat Ahmad)

Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah SWT. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. 
Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.

Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Oleh itu, peliharalah lidah sebaik-baiknya. Strategi paling berkesan bagi menghindari maksiat lidah sudah diajar Baginda SAW melalui penyaksian Ummul Mukminin Aisyah yang berkata, “Sesungguhnya Rasulullah sentiasa berzikir kepada Allah setiap saat.” (Hadis riwayat Muslim)


Alangkah eloknya apabila kita boleh memujuk diri dan membulatkan tekad untuk sentiasa berzikir seperti mana amalan Baginda SAW. Walaupun tujuan sebenarnya ialah untuk menghadirkan Allah pada setiap perbuatan, supaya lurus segala amal zahir dan batin, amalan zikrullah juga diyakini boleh menyibukkan lidah dan hati sehingga keduanya tidak berpeluang melakukan maksiat. Zikrullah menjamin hati yang sempurna, hati yang hidup dan jasad sentiasa bergerak untuk kebaikan.

Renung-renungkan!

Hadis Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)