Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".
Showing posts with label Sedekah. Show all posts
Showing posts with label Sedekah. Show all posts

Saturday, 24 December 2011

Keberkatan ^_^

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

Sekian, wallahualam. Semoga yang baik datang daripada Allah dan yang buruk dari kesilapan sendiri. 

Monday, 1 August 2011

Jika Aku Telah Tiada

Bertebaran daun kering dalam perjalanan selepas gugurnya dari dahan....
Mungkin kita bersama hari ini..
Tapi tidak kupasti bagaimana kan terjadi hari esok...

Bilamana aku sudah tidak lagi disisi,
Jangan diratapi cinta yg bukan milik kita..
Semua harus berakhir namun bukan ditangan kita bagaimana ia berlalu...
Yang pastinya jangan ditangisi pemergian itu..
Mungkin nanti kita bersama diatas sana..
Biar aku setia menjaga cintamu sahabat....

Aku pinta, yg baik semasa hayatku kau titip sebagai kisah pedoman..
Dan yg buruk itu kau kuburkan terus bersama air kasih sayang dipusara ku...
Selamanya..

Bilamana jasad ini sudah kaku,
Satu yg banyak manfaatnya kupohon..doakan aku mengadapNya dengan penuh keyakinan..
Doamu kepada pemergian aku kepadaNya yg lebih aku mahukan...

Khabarkan pada teman-teman seperjuangan..
Gugurnya bunga mawar dalam juangnya srikandi itu..
Bukanlah beerti lilin nya terpadam sekali...
Nyalakan ia agar gegak gempita itu sampai biar hingga ke pelusuk lorong yg gelap..
Agar apa yg berguna itu sampai...
Jangan kau lupa sahabat-sahabat..Jika aku sudah tiada,
kenangan itu akan tetap tersemai didalam jiwa masing-masing..
Untuk saat ini didunia ini, mungkin kita tidak bersama lagi....
Tapi kita yakinlah berdiri diatas tali yg sama...
Pasti akan bersua suatu hari nanti..
Biarpun kita tidak akan kenal satu sama lain dimasa itu nanti...

Apa yg kutorehkan...harap ampunkan aku..
Apa yg ku terambil...harap dihalalkan...
Apa yg aku perkatakan....moga tidak merentap sanubarimu...
Izinkan aku mengucap sayangku pada kalian kerana menjadi sebahagian dari warna hidupku....
Inilah yg aku harapkan pabila aku sudah tiada.....

Sunday, 31 July 2011

Allah Jadikan Dunia Itu Cantik

Dunia, ALLAH jadikan cantik pada pandangan mata. Ia dihias dengan pelbagai nikmat, keindahan, dan kebahagiaan - rumah-rumah kediaman, taman-taman bunga, makanan yang lazat-lazat, anak-anak yang menghiburkan, dan lain-lain.

Antara seorang dengan seorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dapat dimilikinya. Ada yang dapat memiliki rumah besar, pangkat tinggi, memperoleh sanjungan manusia, boleh bertukar ganti pakaian selalu, makan makanan yang seap. Tapi ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang dan makan sekedar untuk alas perut. Apakah maksud ALLAH tidak memberi dunia sama banyak dan sama rata kepada setiap hamba-Nya?

Sebenarnya tentulah setiap hamba itu mendapat kasih sayang serta rahmat ALLAH, kerana setiap yang ALLAH jadikan, ALLAH kasihi melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Tapi takdir yang ditentukan ALLAH tetap tidak sama dan seringkali berbeza, bahkan sebahagiannya di luar kehendak hamba itu sendiri. Kasih sayang ALLAH akan dimiliki oleh hamba-hamba-Nya yang dapat tunduk kepada takdir ALLAH. Baik dia ditakdirkan untuk jadi orang yang senang, atau sebaliknya ditakdirkan menjadi miskin, dia tetap rela dan tidak merengut suatu apa pun.

Dia tahu bahawa sesungguhnya ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Kalaulah takdir yang ditentukan itu baik, maka disinilah peluangnya untuk menjadi hamba yang bersyukur, yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehnya itu bukan untuk dirinya seorang, tapi agar dapat dirasakan bersama oleh orang lain.

Kalaulah ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu dia akan dapat membantu orang susah, anak-anak yatim, janda dan fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan. Sehingga dia menjadi lebih dekat kepada ALLAH dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka ALLAH akan balas dengan rahmat-Nya. ALLAH akan hiburkan dengan mengurniakan kekayaan hati.

Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikit pun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya, segala kejadian dan keadaan yang ada itu membuat dia terus bergantung hati, bertawakkal, dan berserah diri pada ALLAH. Dia yakin ALLAH itu Maha Bijaksana.

Maha Suci ALLAH dari salah dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hamba-Nya. ALLAH Maha Adil. Kerana itu, apa saja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil dari sifat adil-Nya. Jesteru itu akan membuat hatinya makin redha, merendah diri, dan semakin dekatlah hatinya dengan ALLAH. Seorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya, seolah- olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan ALLAH. Seolah-olah menganggap ALLAH tidak tahu kehendak hatinya. Padahal kerana Maha Tahu- nya ALLAH, yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, maka ALLAH pasti memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hamba-Nya. Walaupun pada pandangan si hamba takdir itu tidak baik, tetapi kalau dia betul-betul berserah diri pada ALLAH dia akan mendapat keuntungan dari takdir itu. 

Sebaliknya, kalau seseorang setelah diberi rezeki dengan takdir yang baik dalam hidup ternyata membuat dia terlalu gembira dan bangga, hingga dia lalai dan lupa kepada Yang Memberi, maka takdir yang dia anggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya lagi. Dia sudah berada jauh dari ALLAH disebabkan kelalaiannya. Janganlah merasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang telah ALLAH tentukan terhadap orang lain sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya.

Kerana apa yang diperuntukkan ALLAH kepada seorang hamba-Nya itu pasti tidak sama dan tidak dimiliki oleh hamba-Nya yang lain, yang tidak tertulis sebagai penerima takdir itu, meski dia berusaha mati-matian untuk menggapai, mencapai dan mendapatkannya. Apa yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir ALLAH, baik yang dianggap baik atau tidak.

Kerana, pada hakikatnya, setiap yang ditakdirkan dan ditentukan oleh ALLAH itu adalah yang baik-baik (the God is not common mistake). Cuma, yang membezakan baik atau tidak itu (menurut manusia) ialah hawa nafsu manusia sendiri. Mana-mana yang sesuai dengan kehendak nafsu dan hatinya dianggap baik. Sebaliknya yang menyusahkan dan nafsunya merasa tidak senang, dikatakan tidak baik. 

Janganlah kita mengukur takdir dengan mengikuti hawa nafsu yang hanya mengajak kita menjadi ingkar dan memusuhi ALLAH. Ikutilah penilaian dan ukuran ALLAH. Kalau kita dapat menghadapi setiap takdir dengan banyak berserah, berharap, dan takut pada kemurkaan-Nya, tentulah setiap takdir itu akan menguntungkan kita.

Untungnya, kerana ia boleh mendekatkan diri kita dengan ALLAH.
Orang yang dekat dengan ALLAH akan diberi ketenangan hati, rasa aman dan tenteram serta anugerah-anugerah lain yang hanya dirasakan oleh manusia itu sendiri sehingga menambah rasa syukur kita. Kerana sesungguhnya sebagian besar dari anugerah Allah itu tidak dapat dilihat oleh mata tapi hanya dapat dirasakan oleh hati terlebih lagi yang benar-benar memahami Allah SWT.

Wassalaam…

Monday, 13 June 2011

KEBULURAN...


Kenapa perkara sebegini berlaku

cukup ke dengan ucapan kesian

Pepatah Melayu ada berpesan.:
'Beringat sebelum kena
Berjimat sebelum habis'
( Sejauh mana kebenaran pepatah ini...)

Dalam rezki kita ada hak milik orang lain..bersedekahlah...


p/s  Ada masa senang dan ada masanya kita susah. Kita malah kadang-kadang mencebik bibir seakan mencemuh mereka ini yang mungkin di mata kita tidak berharga sedikit pun, benar di mata manusia yang penuh dengan dosa, golongan yang tidak bernasib baik ini yang mungkin merempat dan tidak ada apa-apa membawa erti tidak bernilai langsung, tetapi ingatlah, di mata Tuhan, kita semua sama.

Sama-sama kita ingatkan diri kita yang semakin lupa terhadap golongan kurang bernasib baik ini, mendermalah dengan sepenuh hati dan seikhlasnya, walaupun hanya 1 sen sahaja, nilai keikhlasan itu tidak akan dapat ditandingi.

Lupakah kita? Disaat kita susah kita memerlukan bantuan tetapi disaat kita senang, kita tidak ingin membantu. Derma bukan datang dalam bentuk wang dan material, tetapi boleh saja dalam bentuk doa sekiranya anda tidak mampu.

Dermalah sejenak biarpun dalam bentuk doa. Semoga Tuhan memberkati kita semua.