Janganlah engkau mengeluh kerana bencana malam hari..Sesungguhnya bencana dunia itu tiada yang kekal ~eiynamanzs~
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Wednesday, 7 November 2012
Antara Kau Dan Aku
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥ Mode : rindu sangat kat mujahid halalku kerana Allah
Friday, 13 July 2012
Kerana kita seorang wanita
Buat Akhwat yang dikasihi ^_^
Walaupun kita akhawat macam singa,
Walaupun kita bekerja seolah-olah tiada siang dan malamnya,
Dan seolah-olah dunia ini ibarat tiada apanya,
Melainkan dakwah, dakwah, dan dakwah,
Dan yang pasti dakwah kerana Allah.~
Namun,
Kita tetap seorang manusia,
Kita tetap seorang wanita.
Wanita yang mahu dsayangi,
Dibelai
Dicintai
dan dihargai selalu..
samada oleh rakan-rakannya
apatah lagi seorang insan istimewa
bergelar suami...
Walaupun ramai melihat kita gagah
Atau seolah-olah tidak punyai perasaan
atau nampak seolah-olah tidak ambil kisah,
Kita tetap seorang wanita,
penuh dengan perasaan
penuh dengan cinta
penuh dengan sebuah harapan
Dan tentunya saat kita mengenali yang bernama ikhwah,
apatah lagi yang belum berpunya
hebat pula di mata dunia dakwah
Gah dalam berkata-kata
mahupun hebat dalam amal serta penulisannya
Kita pasti akan memasang harapan
kita pasti akan memasang impian
kita pasti akan bermimpi akannya
dan berharap sangat-sangat
agar kita dapat menjadi sayap kiri kepada perjuangannya
kerana kita masih seorang wanita,
sekuat mana pun kita
fitrah kita pasti tetap bersuara
dan kita tetap mahukan
yang menjadi pendamping hidup kita
adalah yang terbaik buat kita
Lelaki yang soleh
dan pastinya seorang Abnaul Harakah!
Harganya seolah-olah mahal sekali!
Kerana begitu kurangnya ikhwah di luar sana!
Kerana itu, tidak hairan ada yang berkata,
" Ana memang tak layak dengan muslimin kita, biarlah dengan orang luar je. "
Title Abnaul Harakah itu terkadang amat mahal pula rasanya..
Sedangkan seorang ikhwah itu
Hanyalah seorang manusia jua
hanya seorang manusia
Ramai yang berkata,
' Tak kisahlah, asalkan ikhwah kita, Allah yakin akan istiqamah dalam dakwah ini '
SEDARLAH!!!!!!
Kita takkan kenal betul-betul seseorang itu sehingga kita berkahwin dengannya.
Walaupun sangat cair hati melihat kesegakan dia, mahupun kelajuan dalam dakwahnya, mahupun kepetahan dalam butir bicaranya, apatah lagi tulisannya yang gempak gempita, TETAPI yakinlah bahwa mereka itu tetap seorang manusia.
Seperti kita juga, seorang manusia
yang penuh dengan kelemahan
Jangan letakkan harapan yang menggunung tinggi.
Jangan harap kita akan kuat berkahwin dengan sesama Abnaul Harakah
kerana berkahwin dengan ikhwah itu bukanlah tiket menguatkan diri!
kerana masing-masing perlu super duper hebat
kenal diri sendiri dalam arena dakwah
mempunyai kemahuan dakwah yang serasi
dan itulah yang mensinergikan dakwah
Bagaimana mujtama' muslim bakal terbina
jika baitul dakwah yang dibina
goyah dan tidak kukuh
Hebat itu bukan pada KEPETAHAN berkata atau KEMANTAPAN tulisannya
Tetapi pada setiap juzuk kehidupannya, walau dia mungkin biasa di pandangan manusia
Luar biasa di pandangan Allah. Seluruh kehidupan dia adalah cerminan Al-Quran. Lambang seorang muslim yang lengkap muwasafat tarbiyyahnya.
Walaupun dia tak dikenali dan tak ada orang tahu tentangnya.
Dan ana tahu perasaan enta
kerana ana juga seorang perempuan
Ana tahu perasaan kalian,
Siapa tak nak suami seorang Abanul Harakah?
Yang terjaga solat 5 waktunya
Dakwah adalah kehidupannya
Islam cara hidupnya
Terbaik serba serbi
Apatah lagi yang tahu tanggungjawab seorang suami....
Siapa yang tak nak?
Tetapi, bersama kita benar-benar fahami hakikat ini.
Jodoh itu rahsia Allah
Ianya itu ketentuan Allah
Ianya juga rezeki dari Allah
Kita boleh jadi orang yang paling hebat dalam dakwah, tapi mungkin berkahwin dengan orang biasa/bukan Abnaul Harakah..
atau kita boleh jadi orang yang paling biasa sahaja dalam dakwah, tapi berkahwin dengan Abanul Harakah yang hebat...
Kerana Jodoh ini benar-benar rahsia Allah..
Ianya juga adalah ujian dari Allah..
Kita tak tahu siapa yang terbaik buat kita.
Dan kita tak tahu,
Mungkin jodoh kita di dunia
ataupun di akhirat nanti..
Tidak salah berharap apatah lagi berusaha untuk mendapatkannya.
Cuma, jangan jadikan harapan kita untuk berkahwin dengan seorang Abanul Harakah itu, melarutkan diri kita pada sebuah mimpi-mimpi, yang melekakan kita..
Sedangkan, walaupun dia seorang Abnaul Harakah, mungkin dia bukanlah orang yang terbaik untuk kita
Kerana, ALLAH, nak kita betul-betul menyediakan diri kita sebagai seorang isteri, walaupun dengan siapapun kita berkahwin..
Kerana di jalan dakwah kita bernikah, kerana Allah bukan sesiapa..
Kahwin dengan Abnaul harakah pun ada ujiannya. Banyak perkara yang kita nampak ideal sebelum kahwin. Rupanya selepas kahwin, amat sukar dilaksanakan...
Begitu juga jika berkahwin dengan yang bukan ikhwah, ada juga ujian tetapi lain pula ujiannya.
Rasa dah ready nak menjadi pendamping seorang lelaki?
Betul dah ready?
Betul ni?
Ready dengan segala aspek, ready dengan kesabaran, ready dengan tawakkal, ready dengan niat yang benar, berkahwin sebab dakwah, ready dengan menerima segala kekurangannya..
Jodoh ini, benar-benar kerja Allah..
Kita harus berusaha, berdoa dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah.
Dan saat kita telah berusaha, melebih kebiasaan seorang wanita biasa
Namun tetap tidak berjaya
Kita harus redha dan pasrah menerima
Takdir Allah itu ada nilaiannya..
Janji Allah itu benar!
Tak perlu kita bermimpi untuk memiliki dia, dan ramai tahu siapa dia yang kita sukai itu..
Kerana, jika benarlah jodohnya adalah kita, semua manusia cuba menghalang pun, tetap akan menjadi jodoh kita..Tetapi, jika dia bukan jodoh kita, kita berusaha bagaimana pun, melalui cara apa pun, kita tetap takkan menjadi milik dia..
Lihat sahaja bagaimana Asiah boleh mnjadi isteri Firaun?
Begitu juga Zulaika ketika mendapatkan Yusuf?
Juga kisah Saidina Ali dan Fatimah yang saling memendam?
Bukankah jodoh itu di tangan Allah?
Tidak perlu terlalu sibuk mencari..
Sibukkanlah diri dengan berusaha..
Usahakan apa yang telah Allah wajibkan pada kita..
Dakwah dan menjadi hambaNya..
Dan bilamana kita all out sebegitu, adakah Allah akan tinggalkan kita?
Ini janji Allah!
“Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)”
Memang seronok dan semua ingin mendampingi bidadara dunia
Namun sedarlah hidup ini terlalu unik aturannya..
Yakinlah, Allah takkan abaikan kita..
Asalkan kita benar-benar menjaga dan memperjuangkan agamaNya..
Kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita..
Moga selepas ini, kita akan lebih fokus dalam dakwah, lebih banyak menangis, lebih banyak berdoa, lebih banyak bergantung, jodohmu, sepenuhnya kepada Allah.
Jika sudah tersuka pada seseorang, kurangkanlah sedikit-sedikit membaca, melihat fb atau membuat benda-benda yang akan membuakkan lagi perasaan cinta kepada dia.
Memang susah, sangat susah. Namun inilah jalan MUJAHADAH!
Sebab itu, Allah ajarkan kita cintakan Dia, cintakan dakwahNya, dan akhirnya masa itu akan tiba. Bila masa itu hadir, kita boleh mencintai pasangan hidup kita itu, hanya kerana Allah ...
Demi manfaat bersama, dari ana dan untuk semua..
~ MUJAHADAHLAH, KELAK KAU TEMUI KEMANISAN DARINYA ~
Wednesday, 18 January 2012
Impian Hati
بسم الله الرحمن الرحيم
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagi ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.
Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.
Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Bukan itu yang ku impikan.Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan orang tuaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawabmu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku…
Saturday, 1 October 2011
Indahnya Ukhwah Filah
Melewati kesepian, teringat sahabat-sahabat lama yang sudah jarang kelihatan..program pun tidak banyak yang ana dapat turut sertai. Sibuk tugasan di pejabat dan belajar memang amat memeritkan..tapi akan ada kepuasan bila datangnya Ikhlas menemani. Jika akan ada pun, belum tentu ana dapat pergi, melainkan dengan tenaga yang berbaki..jika ada persoalan/ perbualan pun, ana akan cuba menjawab dan berhubung ketika benar-benar free~..tidak mahu mengganggu.. apatah lagi menyinggungkan perasaan. Iyalah, mereka pun semakin banyak tugas & tanggungjawab juga..apatah lagi tugas dengan masyarakat & dakwah yang memerlukan komitmen tinggi..salute la..
Dari kejauhan ana hanya dapat menitip doa..melihatkan kemajuan mereka pun sudah cukup untuk membuatkan ana tersenyum & bahagia..namun terus terang.. dalam kesibukan waktu, ana tetap tidak dapat melupuskan rasa RINDU..rindu sahabat & teman ana..
Rasanya cukup setakat itu..
sekurang-kurangnya dapat juga melegakan rasa terpendam di jiwa ini..
sememangnya selagi hidup kita tidak dapat lari dari masalah..
kita mesti menyelesaikannya atau hadapi dengan cara yang baik..
sungguh..
kesedihan /' emo melampau hanya akan mengundang penyakit & tidak memajukan..
penat berhujan air mata hampir setiap malam.. akhirnya rosak mood sendiri untuk belajar..
oh agak sia-sia.. [sikit-sikit takpa lagi, lumrah untuk melepaskan tekanan..hu~]
"Ketahuilah dengan "zikrullah" (mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati manusia"
Ana mahu hadapi hidup ini dengan kebahagiaan..
kebahagiaan itu tak semestinya perkara baik yang berlaku untuk diri sendiri..
melihatkan rakan, sahabat & teman pun dapat membuahkan kebahagiaan..
Kebahagiaan dari ikatan kekeluargaan, berkongsi rasa dengan ibu bapa dan adik beradik..
Kebahagiaan dalam mempelajari ilmu dunia & akhirat..
Kebahagiaan dalam menghadapi pelbagai jenis insan..
dan yang utamanya kebahagiaan merasai nikmat Iman, melihat keindahan ciptaan Allah, seisi alam ini..
betapa indahnya ukhwah yang dikurniakan olehNya apabila menghadapi kesukaran / kesenangan bersama cara hidup Islam.. dan.. ana sedari, adalah satu kesalahan ana untuk melupakan kenangan lalu.. yang memang kini sentiasa terpatri indah, hingga ke akhir hayat ana..
~buang yang keruh, ambil yang jernih.. ambil iktibar dari yang lalu~
moga tabah & dipermudahkan menghadapi hidup ini.. wahai diri & para pembaca sekalian... InsyaAllah.. ana mohon ampun & maaf

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." ~Surah At-Taghabun, Ayat 11~
Tuesday, 19 July 2011
Pesanan buat aku dan kamu
Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sungguhan sujudku, cuma istikharah jua yang bisa merungkai identiti kamu itu....
Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu.
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah.
Ya Tuhan kami lindungi kami..
Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke syurga. Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi muslimah yang mencintai DIA lebih dari segala...
Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini lebih mencintai Allah, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku , berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan.Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita untuk menyambung perjuangan rasulullah SAW. Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku wahai suamiku.. Dari awal lagi ku cuba didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku.. kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi Islam dari rahim ini.
Wahai bakal suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dan istikharah..
Monday, 27 June 2011
Berkasih Sayang Dalam Islam
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (al-Bukhari)
Huraian; Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata- mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari- hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram.
Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia...

Saturday, 18 June 2011
AyahTersayang- Allahyarham Sawal bin Haji Bakar
Allah bagi kita ayah,
walaupun ayah tidak melahirkan kita.
tapi separuh daripada diri kita berasal darinya..
setelah lahir,ayahlah yang akan mengazankan atau meng iqamatkan kita...
ayah akan pastikan setelah kita lahir, kita akan mendengar laungan azan..
dan pujian terhadap Allah..
semua tu atas rasa syukur ayah kerana dikurniakan seorang anak yang sangat comel..
semasa kita bayi, ayah pun turut sama tidak tidur malam..
apabila ibu penat melayan keranah kita setiap hari,
ayah pun akan menjaga kita..
ayah bekerja setiap hari....bersengkang mata..di marah bos...
tapi ayah tak pernah merungut...
balik kerja..ayah pasti akan mengawal anak-anaknya..
walaupun ayah jarang bercakap..
tapi ayah,tidak pernah mengeluh pasal kerja di hadapan anak2
jauh sekali mengucapkan perkataan '' tak cukup duit''
selalunya jika anak-anaknya tidak cukup duit pasti ayah akan akan bertanya
berapa yang tak cukup?
lantas terus memberikan wang itu kepada kita tanpa banyak soal..
kerana ayah percayakan anaknya....
ayah akan pastikan segala keperluan rumah terjaga...
walaupun dia terpaksa bekerja sehingga matanya merah kerana tidak cukup tidur.
siang bekerja....malam pun kerja...
bila kita tertinggal bas ..dan tak dapat pergi ke sekolah..
ayahlah yang akan memandukan kita ke sana..
ibu dan ayah..sama2 mahukan yang terbaik untuk anaknya...
bila ayah sakit,dia sembunyikan daripada anak2..
dia tak mahu,anak2nya tertekan dengan keadaan itu...
ayah tanggung seorang diri....segalanya...
kuatnya ayah menempuh semua itu..
hanya kerana mahukan kami semua gembira...
ayah......sekarang ayah telah pergi meninggalkan kami...
sudah hampir 5 tahun ayah pergi...menghadap yang maha esa
belum puas kami hidup denganmu..engkau telah pergi dulu..
semoga ayah mendapat ganjaran syurga di sana...
Al-fatihah-
p/s : Ayah terima kasih atas segalanya
Thursday, 9 June 2011
Sifat Perempuan Menjadi Tumpuan
1.) Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2. 2.) Keanak-anakkan
3.) Penuh Pengertian
4.) Menghargai
5.) Menjaga Penampilan
6.) Pandai berbicara
7.) Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8.) Menghormati Diri Sendiri
9.) Simpati dan prihatin
Kesimpulan, adalah mustahil untuk lelaki mendapatkan wanita yang mempunyai semua ciri--ciri idaman ini, namun lelaki juga harus paham bahawa wanita juga menilai mereka! Artikel akan datang dalam masa terdekat..
Sudi Tak Awak Jadi Isteri Kedua Saya
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Iman tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Aiza merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Iman dengan suara tersekat-sekat. Mata Iman liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Aiza. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Aiza langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Aiza mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Aiza dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Aiza semakin tinggi, setinggi egonya. Iman diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Aiza’ di sebalik Aiza yang dia kenal
selama ini.
Aiza bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung berwarna hijau. Dalam hatinya, Iman seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Iman muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya.
Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. "Ada hikmah," bisik hati kecil Iman, sekecil pandangannya terhadap Aiza.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Iman sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Iman berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis gadis dalam persatuannya. Malah, Iman dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Aiza terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Iman. Bagi Iman, Aiza seperti pelengkap kepada dirinya.
Namun, hanya sehingga saat Iman melamarnya menjadi isteri kedua. Iman masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Ina nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Aiza, namun sikap Aiza yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Iman tersebut.
Bagi Aiza , Iman tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Iman berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Iman semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.
Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Iman sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Iman.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Iman dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Ina. Iman sekali lagi gusar takut-takut Ina tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Iman menemui Tuhannya, namun, Ina yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Aiza atau tidak? Iman bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Ina ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Ina daripada beberapa sahabat terdekatnya, Iman berjumpa dengan Ina bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Iman mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Aiza.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Iman tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Ina ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Iman menerima jawapan Ina yang tenang dan yakin. Ina mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Iman.
"Kenapa saya?" tanya Iman ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Ina yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Iman tersenyum.
Akhirnya, Iman dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Ina, Iman terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Ina sangat membantu gerak kerja Iman semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Iman membawa Ina untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Ina. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Iman. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Ina juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Ina dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Iman sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Ina yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Iman menoleh sedikit ke arah Ina, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Ina riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Iman dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Ina, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Iman yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Iman aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Iman membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Iman berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Ina yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Iman menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Ina mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Iman.
"Tak nampak pun," Ina meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Ina sangat berdebar. Iman tersenyum lebar, memandang Ina penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Iman.
Pengajaran:
Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam! Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan… Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya. Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…
Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

Labels:
HATI,
Hikmah,
kasih sayang,
keluarga,
rumahtangga
Wednesday, 8 June 2011
Dia Bukan No.1
Bayangkan setiap 15 minit berlaku perceraian … Begitulah rapuhnya rumah tangga umat Islam di Malaysia. Rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah, di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi. Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat… tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya.
Entah apa yang diburu oleh manusia ini… yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam.
Manusia-manusia itu seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya. Sudah ramai yang terhantuk lalu jatuh bergelimpanagan di lantai… namun kelkatu yang lain masih terus terbang menuju tempat yang sama. Tidak pernah ada yang mengambil iktibar daripada korban-korban yang telah bergelimpangan. Maka begitulah suami atau isteri yang tertipu ini, memburu cinta bagaikan kelkatu memburu cahaya…
Percayalah, tujuanmu tidak akan tercapai, bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup.
Mengapa kau zalimi anak mu, isteri atau suami mu? Apakah dosa mereka terlalu besar hingga kau tidak sudi lagi memaafkan? Apakah kau tidak menyedari bahawa pasangan mu adalah cermin kepada diri mu sendiri? Maksudnya, siapa pasangan kita ditentukan juga oleh siapa kita yang sebenarnya? Dirimu dan pasanganmu saling mencorakkan. Ketika palitan hitam kau katakan ada pada wajahnya, sedarkah engkau bahawa kau juga yang pernah melakarkannya? Jadi, bertanggung jawablah. Jangan lari. Binalah semula rumah tangga mu… kerana cinta yang ada di tanganmu kini adalah nyata, manakala yang kau buru itu mungkin hanya fotomorgana.
Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!
Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.
Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!
Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!
Mukadimah Penentu Natijah
Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.
Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial.
Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.
Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat.
Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.
Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.
114 Ayat Cinta
Tidak kira di tahap manapun rumah tangga kita; di permulaan, pertengahan atau pengakhiran, marilah bermuhasabah. Apakah rumah tangga kita benar-benar diasaskan oleh cinta kelas pertama atau masih dibelenggu oleh cinta kelas kedua? Jika kelas pertama, syukurlah. Insya-Allah cinta itu akan kekal selama-lamanya. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita benar-benar diasaskan kepada cinta ini?
Jawapannya mudah. Cuba nilai, apakah seluruh isi keluarga lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat kita dan anak-anak semua? Bagaimana dengan al-Quran? Sudahkah kedengaran suara kita (ayah ibu) dan anak-anak membaca al-Quran? Jangan jadikan rumah kita kuburan kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa rumah yang penghuninya tidak membaca al-Quran umpama sebuah kubur!
Padahal semasa kita mula membinanya dahulu kita katakan membina masjid. Jika suami atau isteri payah hendak diajak membaca al-Quran, kenapa kita tidak memulakannya dahulu? Ironinya, kita kekadang lebih banyak menatap surat-surat lama pasangan kita semasa hangat bercinta dahulu, konon untuk memperbaharui rasa cinta. Malangnya, ramai yang mengalir air mata, sedih, sayu, pilu apabila mengenangkan kata-kata mesra dan rindu dahulu kini sudah tiada.
Mengapa menanti sesuatu yang tidak tiba? Mengapa merajuk pada yang tidak kasih? Tinggalkan dahulu surat cinta yang lama, carilah semula 114 surat cinta daripada Allah (al-Quran). Siapakah yang dapat menandingi kemesraan, kasih sayang dan cinta Allah buat hamba-Nya yang terpapar dalam 114 surah al-Quran? Bacalah ayat Manzil, al-Ma’thurat, Yasin, al-Mulk atau apa-apa sahaja. Sama ada yang diambil secara bersanad daripada guru-guru yang thiqah ilmunya ataupun sekadar diambil daripada kitab-kitab atau buku-buku yang dipercayai kesahihannya.
Jika tidak mampu baca banyak, bacalah sekadar satu muka surat atau paling lekeh sekadar lima ayat. Tetapi istiqamahkan amalan ini. Barulah syaitan akan kecut untuk menggoda hati ahli keluarga kita supaya terlibat maksiat. Atau mengacah-acah kita dengan prasangka sehingga sering berbalah walaupun dalam soal-soal yang kecil. Bayangkan hanya kerana hendak masak apa hari ini, berebut saluran televisyen atau hanya tersilap istilah atau cakap, sudah bergaduh sampai tinggi-tinggi suara atau pukul-memukul. Ini angkara siapa? Tentu syaitan.
Bentuk Cinta Kelas Pertama
Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat “Pak Ustaz” halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.
Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.
Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!
Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.
p/s : Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!
Subscribe to:
Posts (Atom)