Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".
Showing posts with label Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Hikmah. Show all posts

Wednesday, 10 October 2012

Kemanisan Atas Hikmah Sakit



 بسم الله الرحمن الرحيم
“Tidaklah orang Muslim ditimpa ujian berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)
SETIAP orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit . Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.

Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)
Hikmah Sakit

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan diambil dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi menulis ada lima hikmah dari sakit yang dialami manusia. Pertama, sakit merupakan kesempatan untuk beristirahat. Kecendrungan manusia ketika sihat adalah memperlakukan tubuhnya seperti robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan tanpa henti dan tanpa memjaga kesihatan diri sendiri. Ia tidak menyedari bahawa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.


Maka ketika seseorang sakit, dia memperoleh kesempatan untuk beristirahat, sambil melakukan muhasabah diri dan berfikir untuk memperbaiki cara hidupnya setelah dia sembuh kelak.


Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit , ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesihatan. Dia rela mengeluarkan segala yang dimiliki demi menyembuhkan penyakitnya.


Ketika seseorang sakit, dia akan merasakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, dia akan tahu apa yang harus dia lakukan ketika orang lain yang sakit.


Ketiga, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sihat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari tulang dan darah yang dibungkus kulit.


Keempat, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang soleh, sejahat manapun ketika sakit parah tak boleh berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencacimaki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan.

Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadis diterangkan. “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kerumitan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).
Kelima, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, saudara dekat akan semakin dekat, saudara jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.

Alangkah mulianya Allah yang telah meciptakan segala-galanya tanpa sia-sia. Hanya satu sakit yang Dia timpakan kepada manusia. Akan tetapi, begitu banyak kebaikan yang dikandungnya. Kebaikan bagi si sakit yang sabar, kebaikan bagi orang tua dan keluarga yang melayani, kebaikan bagi masyarakat yang datang menjenguk, kebaikan bagi semua doa yang terucap. Subhanallah..


: : Moga bermanfaat ^_^ pssst jangan sesekali mencela sakit..!!! ingat tu..

Monday, 17 September 2012

Istiqarah Dulu Sebelum Dirimu Jatuh Cinta


بسم الله الرحمن الرحيم

REMAJA dan CINTA. Dua perkara yang berkait rapat, amatlah sukar untuk dipisahkan. Sewaktu umur mula mencecah belasan tahun, mulalah hati tertanya-tanya mengenai cinta. Timbullah pula perasaan ingin mencuba. Dan kemudiannya, berlakulah pula cinta sementara; sekadar mainan semata.

Apabila umur mencecah dewasa, semakin didalami dunia cinta. Kini nafsu pula menyulami rasa. Cinta kini bukan sekadar bersifat sementara, malah dibaluti maksiat menambahkan dosa. Tiadalah disedari betapa diri sudah dihanyuti. Apabila saban hari menambah kemurkaan Ilahi, akhirnya tersentap menanyakan diri; apakah benar yang dilakukan ini?

Sedangkan diri mula menyedari, bahawa bersama si kekasih itu hanyalah akan menambahkan dosa-dosa lagi. Namun diri ingin benar pulang ke pangkuan Ilahi. Bagaimana caranya Ya Rabbi? Tinggalkanlah sesuatu itu andai jelas ia hanya akan memberatkan lagi kantung dosamu. Sampai bila ingin berterusan dalam melakukan dosa sebegitu?

Benar. Bukan mudah untuk meninggalkan si dia, apatah lagi cinta yang disulami bertahun-tahun lamanya. Namun sanggupkah dirimu menjadi penghuni neraka hanya kerana ingin menyelamatkan cinta yang belum tentu bakal menjadi milikmu buat selamanya? Kalau benar dirimu sayang pada dirimu sendiri, cinta dan si dia, lepas-lepaskanlah. Andai cinta dan maksiat ini berterusan, sanggupkah dirimu dan dirinya bertarung seksa di neraka Allah kelak?

Tiada gunanya ke hulu ke hilir bersama kekasih tercinta, berpegangan tangan melepaskan rindu tetapi akhirnya tidak berkesudahan yang indah; tidak disatukan dengan si dia. Jodoh bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Kalau dia bukan untukmu, walau bercinta seribu tahun lamanya, kamu tetap tidak akan dapat memilikinya. Namun andai dia benar untukmu, walau tidak pernah bertemu, akan ditemukan jua oleh Allah untuk disatukan apabila tiba masanya.

Sudah begitu banyak cerita perihal jodoh yang baru bertemu pada pertama kali, namun terus disatukan tanpa perlu bercinta terlebih dahulu. Cintanya kemudian, yakni selepas disatukan. Fahamilah bahawa bila Allah sudah menetapkan dia untukmu, usah kau gusar kerana walau satu dunia menolaknya, jodoh itu tetap akan tiba dan engkau juga akan tetap dapat memilikinya.

Oleh yang sedemikian, janganlah engkau sesekali menggadaikan segala-galanya semata-mata untuk menjodohkan dirimu dengannya. Itu hanyalah perkerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kemurkaan si Pencipta. Adalah menyedihkan apabila tiba masanya untuk disatukan dengan jodohmu yang sebenarnya, namun segala-galanya telah hilang kerana telah diserahkan pada kekasih yang terdahulu. Dan lebih menyedihkan andai engkau jelas tahu bahawa engkau sekarang terperangkap dan terhanyut dalam dosa cinta namun tetap berterus-terusan melakukan dosa yang sama.


Tinggalkanlah perkara itu andai ia membawa bibit-bibit dosa dalam hidupmu. Bahagiakah mendapat cinta manusia namun disulami kemurkaan Allah? Berkasih-sayang itu tidak salah. Mencintai seseorang itu juga tidak salah. Yang salah itu adalah apabila cinta itu salah dimanifestasikan.

Kalau benar sayangkannya, engkau akan sedaya upaya membawanya ke syurga. Andai tidak berjodoh sekalipun dengannya di dunia, mudah-mudahan engkau berjiran dengannya di sana. Namun andai ke hulu ke hilir bersama tanpa ikatan yg sah, apatah lagi berpegangan tangan dan melakukan perkara yang tidak bermaruah; itu hanya akan menjunamkan kamu berdua ke neraka.  Bercinta sehingga menimbulkan dosa-dosa maksiat itu bukanlah cinta sebenar. Itulah cinta yang diulit syaitan dan kenikmatan yang mengelabukan mata.

Cinta yang sejati ialah apabila cinta yang menemukan kembali dua hati di syurga. Cinta sebegini bukanlah cinta yang hina, malah cinta ini adalah cinta yang diredhaiNya. Oleh yang sedemikian, usahakanlah terlebih dahulu menjadikan dia sebagai cinta yang halal bagimu. Usahakanlah perkahwinan secepatnya; agar kamu berdua lebih terpelihara dan terjaga. Namun andai kata masih lagi terhalang dan belum tiba masanya, amanahkanlah si dia pada Allah. Allah akan mengembalikan dia kepadamu andai dia benar untukmu.

Doakanlah agar sepanjang perjalanan itu Allah melindunginya agar terpelihara dari gangguan yang lain dan pulangkanlah dia dan hatinya kembali kepadamu apabila tiba waktunya. Tidak perlu keluar berdua-duaan untuk menjaga hubungan cinta itu. Tidak perlu menayangkan gambar-gambar yang mendedahkan auratmu untuk meraih dan mengekalkan cintanya.

Tidak perlu meninggalkan mesej menggoda sehingga kesannya boleh menaikkan nafsu. Tidak perlu meluahkan kata cinta yang keterlaluan di Facebook sebagai bukti cintamu. Semua itu tidak perlu. Cukuplah kamu mengamanahkan dia pada Allah.

Namun andai dia berkesudahan dgn orang lain, usahlah kamu bersedih kerana Allah akan menggantikan apa yang kamu kehilangan dgn perkara yang jauh lebih baik.

Ummu Salamah sewaktu suaminya diambil Allah, dia berdoa agar Allah mengurniakan pahala di atas kehilangannya dan supaya Allah menggantikan kehilangan itu dengan perkara yang lebih baik. Waktu itu, tiadalah dia dapat menggambarkan siapakah yang lebih baik dari suaminya, Abu Salamah. Tidak tercapai dek akalnya siapa yang lebih baik dari suaminya itu.Namun tidak lama kemudian, Rasulullah S.A.W pun meminangnya. Benarlah bahawa Allah menggantikan apa yang Ummu Salamah kehilangan dgn yang lebih baik, dan tiadalah manusia yang lebih baik dari Rasulullah S.A.W.
Begitulah juga dengan kisah hidup manusia. Waktu ini mungkin dirimu merasakan bahawa mana mungkin perasaan cinta ini pada si dia ini dapat hilang walaupun dia ditemukan jodohnya dengan orang lain. Tahukah kamu bahawa dirimu sekarang dalam keadaan fikiran yang tidak tercapai dek akal sebagaimana Ummu Salamah tidak dapat membayangkan siapakah yang lebih baik dari suaminya? Namun apabila Allah menggantikan yang lebih baik kepadamu, waktu itu barulah kamu mula akan menyedari bahawa benarlah Allah menggantikan yang lebih baik.

Waktu itu perasaan cinta pada si pengganti yang telah ditetapkan Allah padamu itu akan bercambah dan mekar mewangi. Dirimu akan jauh lebih menyayangi dan mencintainya berbanding si dia yang hanya singgah sebentar dalam hidupmu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk untuk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"(Al-Baqarah:216)
Oleh itu, jangan gusar untuk melepaskan si dia sementara waktu dan mengamanahkan dia pada Allah. Allah pasti akan memberikan yang terbaik kepadamu kerana Dia benar-benar tahu apa yang terbaik bagimu, lebih daripada pengetahuan yang ada padamu. Adalah tidak salah berhubung dan bertanya khabar namun ikhtilat mesti dijaga. Tidak perlu berbual lama di telefon sehingga menimbulkan syahwat, apatah lagi berbual di malam hari. Tidak perlulah mesej 'sayang dan sayang' melampaui batas sehinggakan boleh menyebabkan boleh terjerumus ke kancah maksiat. Ingat, jangan sesekali menghampiri zina.

Simpan itu semua untuk dinikmati selepas disatukan sebagai suami isteri. Waktu itu tidak perlu takut-takut lagi, malah mendapat pahala kerana menyayangi si dia yang halal bagimu. Jangan ragu-ragu untuk meninggalkan perkara yang jelas mendatangkan dosa. Tinggalkanlah sahaja kerana Allah, dan agar engkau tidak menzalimi diri sendiri. Dan juga, berisitikharahlah. Keputusan jodoh ini adalah sesuatu yang besar dalam hidup seseorang insan, dan oleh itu serahkanlah pada Allah untuk menentukannya kerana Dia tahu apa yang terbaik untukmu.

Jawapan istikharah tidak semestinya datang dari mimpi, bimbang mimpi itu dipengaruhi keinginan hati dan gangguan syaitan. Hasil istikharah itu sebenarnya ketenangan hati yang tidak berbelah bahagi dan juga jalan yang dipermudahkan Allah. Jangan mendesak Allah untuk memberikan jawapan. Beristikharahlah sehingga hatimu tenang dan mendapat jawapan yang jelas. Sabarlah sementara menunggu keputusan dariNya. Dan apapun yang terjadi selepas dirimu beristikharah, ingatlah bahawa setiap yang terjadi itu adalah yang terbaik untukmu dan untuknya, sebagaimana apa yang didoakanmu sewaktu dirimu beristikharah. Ingatlah juga, bahawa Allah ada bersamamu. Yakinlah pada Dia dan setiap perancanganNya.

Akhir kalam, jangan sesekali biarkan dirimu terus hanyut dalam dosa kemaksiatan. Cintalah Allah terlebih dahulu sebelum dirimu mencintai makhlukNya. Wallahu'alam.

Moga Allah sayang dan redha ^_^

Friday, 7 September 2012

Telah Tertulisnya Takdir..Yakinlah Pada Allah



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Teruji sekeping hati dengan kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman. Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan. Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan. Hati mana tidak berbunga harapan.

Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan. Namun, tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian. Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.

Di saat hatimu teruji dengan ujian yang sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan. Namun, kita harus percaya pada takdir dan ketentuan. Setiap segala yang berlaku diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung telah mengaturkan semuanya.

Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita, berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah. Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya.

Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah. kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-galanya adalah milik Allah. Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita jua dariNya. Bersyukurlah. Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita. Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.

Ibnu Atoillah : “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian. Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya. Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram. Cubalah sedaya upaya untuk menepis setiap godaan. Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita. Begitu jua lah sebaliknya.

“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”

Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya. Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.

InsyaAllah…yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan.

Monday, 13 February 2012

IMPORTANT- "Berlapang DADA"


بسم الله الرحمن الرحيم


Tiba-tiba terdetik pula ingin bercakap soal berlapang dada ni..
Ya, saya tau perkara nilah paling susah kita nak buatkan..

Cuba kita ingat balik..recall balik..
Dalam usrah, perkara ini selalu disebut..
Tingkatan pertama untuk berukhwah adalah dengan berlapang dada.
Jika soal berlapang dada ni pun kita masih tak selesai lagi, susahlah macam tu..
Jika ada sesuatu perkara yang tersimpan dalam hati, luahkanlah dengan cara yang betul..
Jangan pendam dan jangan cakap belakang (peringatan tuk diri sendiri)

Plus, janganlah pulak kita mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati dan perasaan orang lain..
Saya tahu kadang-kadang kita tak sengaja..
Terlepas cakap..biasalah kadangkala saya juga begitu..
Cakap main dan je..tak fikir perasaan orang lain..
Bila dah cakap baru menyesal…(itu memang saya)

Dalam berukhwah ini biasalahkan bab-bab terasa hati ini..
So, don’t take it deep into your heart ^_^..
Tapi saya takdalah menggalakkan kamu2 semua suka-suki ja menggores hati dan perasaan sahabat anda..
Cumanya disini saya ingin menegaskan pada anda semua “berlapang dada tu penting”

Terasa hati terasa jugak..
Tapi jangan bawa sampai mati ok..(opss..agak panas ayat tu)
Bagi pihak yang 1 lagi, silalah berhusnu dzon dengan sahabat anda..
Kamu pun kena berlapang dada jugak ya...

Akhirul kalam,
Apakah kita berlapang dada dengan sahabat kita dan orang disekeliling kita??
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan
P.E.A.C.E. N.O. W.A.R

p/s: Post ini tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati..Sekadar peringatan buat diri ^_^ 

Friday, 10 February 2012

Aku Berdosa, Tetapi Aku Berjaya…(nauzubillah)


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.

Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?Saya yakin tidak..Anda tenang sekarang?Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. 

Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Thursday, 2 February 2012

Serahkan Hatimu Sepenuhnya Kepada DIA



بسم الله الرحمن الرحيم 


~lama dah blog ni besawang (^_^) Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis..dan berpesan-pesan..moga ianya bermanfaat untuk pembaca.


"Ya Allah, kuatkan diriku, bantulah aku menghadapi ujian ini"
"Bimbinglah daku Ya Allah menuju jalanMu............."
"Tiada tempat untuk ku mengadu selain dariMu Ya Allah......"


Inilah antara bait-bait status update sesetengah individu di dinding muka buku mereka. Tempat mengadu segala masalah, tempat bercerita segala masalah. Memberitahu semua friends bahawa diri sedang di landa masalah, dan memohon kekuatan dariNya. Segala doa pengharapan kepadaNya pantas di taip diwall fb.

Namun teman, untuk apa semua itu? Hilangkah masalah yang bersarang dengan cara begitu. Lantas engkau mengadu pada teman-temanmu...hati masih tidak tenang, perlukan tempat bercerita, perlu meluahkan pada seseorang. Semakin banyak engkau mengadu pada manusia, semakin jauh engkau dari ketenangan.

Teman, mungkin kau hampir lupa, tempat untuk mengadu segala masalah, meluahkan segala apa yang terbuku di hati sudah tersedia buatmu. Allah sentiasa bersama kita. Luahkanlah padanNya, ceritakanlah padaNya, menangislah dihadapanNya.

Serahkanlah hatimu kepada Yang Maha Mencipta, dan Dia akan mengaturkan segala yang terbaik buatmu. Dengarlah teman, usah dicanang ujian Tuhan pada kita, kerana itu hanyalah sedikit cuma. Pandanglah mereka yang lebih lagi di uji hatinya, apalah sangat pada ujian kita. Bersyukurlah kau masih di uji. Itu tanda Allah masih memberikan perhatian padamu. Bersedihlah jika diri dibiarkan alpa begitu sahaja.

p/s: segala apa yang Allah berikan nikmat, kaya, miskin, sedih, gembira, sakit mahupun sihat itu semua adalah ujian dariNya.

Tuesday, 24 January 2012

Semuanya Milik Allah..Tapi Apa Milik Kita


Suatu hari ustazah bertanya kepada murid-muridnya.
Siapa yang jadikan mata kita ?

Mereka menjawab : Allah

Lalu Ustazah katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Ustazah menambah lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Ustazah berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustazah.. benar (masing-masing menganggukkan kepala)

Ustazah berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhatikan telapak tangan sambil berfikir)

Ustazah berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ? menulis surat cinta ? mencuri ?

Mereka : benar ustazah... Ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Ustazah : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ? Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Mereka : (air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak berbuat dosa kepadaMu.. Aku sombong padaMu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurniakan oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)

Ustazah : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan ?

Mereka : (menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Ustazah : Jika Allah ambil balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada ? Sebenarnya, apa yang kita ada ????

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepadaNya???

...Muhasabahlah wahai diri.... Buat anakanda di LKAYS..Sungguh tangisan mu buat hatiku ikut sedih bersama.namun dikuatkan hati agar diriku nampak tegas di mata kalian..walhal akulah selemah2 hamba di mata Allah :(

Tuesday, 17 January 2012

Berusaha Untuk Menjadi Baik


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah,tiba-tiba hati ingin menggerakkan tangan untuk berkongsi sesuatu..Thank you to Allah, Yang menyedarkan hati dan menggerakkan jari jemari ini.

Seringkali terdengar..samada secara langsung (diucapkan terus kpd diri) atau tidak langsung (diucapkan kepada orang lain & telinga ini mendengar)...

"sapa la aku...aku tak layak...bukan baik pun.."

"aku ni biasa ja..ilmu dah la tak banyak..sekolah pun biasa ja, mana la layak nak tegur2 orang, nak buat kerja2 dakwah ni....haish, baik suruh orang lain...tu,tu...ha,dia tu bagus..kalau aku? janganla....rosak ja nanti.."

Hmm, nak kata memang selalu sangat dengar ucapan ni..dari dulu, sampai sekarang...dan di sini, saya sebagai orang biasa, dari sekolah biasa (bukan agama), ilmu biasa-biasa, bakat biasa-biasa, cakap biasa-biasa, personaliti biasa-biasa, tapi di sudut hati ingin selalu menjadi 'luar biasa'.

Dari di sudut hati tu, saya ingin berusaha semampunya supaya 'luar biasa' itu tercapai..bukan hanya disimpan rapi di sudut hati..tapi, cuba dikeluarkan melalui tindakan semampunya.

Tujuan Hidup..

Kalau di tanya, apa tujuan hidup kita? majoritinya semua dapat jawab dengan baik....
Dari mana kita datang..
Untuk apa kita datang (diciptakan)..
Ke mana kita akan kembali..

Jawapannya hanya satu....

~ALLAH~

Allah yang bukan sekadar kalimah, tapi 'DIA lah ALLAH, Yang Maha Esa'..[Al-Ikhlas: 1-4]
Tuhan sekalian alam, sekalian makhluk.

Di mana kini, kalimah agung Al-Jalalah itu menjadi isu hangat di tanah air Malaysia.. Yang mungkin dengan penggunaan kalimah itu oleh mereka yang memohon itu adalah salah satu strategi untuk merosakkan umat islam..berhati-hatilah saudara seaqidahku dengan strategi 'mereka' yang tidak akan berpuas hati dengan kita selagi kita tidak mengikuti agama mereka..[Al-Baqarah: 120]

Moga para ahli 'ilmu dan pemimpin yang faqih dapat tampil bersama-sama, berbincang dan mencari solusi yg paling berhikmah dalam menyelesaikan isu aqidah ini dan memberi pendedahan kepada masyarakat muslim..bukan sekadar perbalahan kosong, utk kepentingan diri atau politik serta tindakan tak bermaruah yang makin merunsingkan dan membakar hati. Mereka ligat mencari helah, kita harus lebih hebat & bijaksana mencipta strategi..

Ok..kembali kepada objektif penulisan kali ni...Semua tahu Allah yg menciptakan kita, tahu apa tujuan kita diciptakan..tahu siapa kita..

Siapa kita?

Hamba dan Khalifah (pemimpin)

Hamba..semua orang kebanyakannya sudah sedar dia adalah hamba..solat 5 waktu, semua orang tahu kewajiban dia..segala ibadah wajib dan sunnah hanya untuk dirinya, untuk menambah berat penimbang amal soleh di SANA nanti..kerana tahu dia hamba.

Cuma, kadang- kadang terlupa dia hamba. Itu yang terjadinya kes kufur nikmat (tak bersyukur), tak redha, tak sabar, sombong dan sebagainya..

Tapi, tak ramai yg sedar dia adalah khalifah yg ditaklif (diamanahkan) oleh Allah di atas muka bumi ni..
Tanggungjawab pertama (hamba) dia dah settle, yang kedua belum lagi...Dia BELUM SEDAR dia adalah pemimpin...

Pemimpin kepada diri sendiri..
Pemimpin kepada keluarga, sahabat, teman dan semuanya..
Pemimpin yg selain dari dirinya yg dipanggil juga--pendakwah..

Berat kedengaran...tapi,cuba ringankan dengan merasakan tanggungjawab untuk melaksanakan amar makruf, nahi mungkar' atau paling mudah..cuba mendidik diri untuk selalu 'ingin memberi'...

Situasi ini yang semakin ku lihat kini, dalam usaha peng'kader'an adik-adik baru ke dlm platform dakwah & tarbiyah di sini..alhamdulillah, ramai yg dapat menerima, hanya sedikit yg masih di dlm konflik diri..

Wasiat Luqman Al-Hakim..

Luqmanul Hakim, namanya terukir dalam Al-Quran. Seorang sosok yg dianugerahkan hikmah oleh Allah... Sang ahli hikmah, lelaki biasa, bukan nabi..nasihat- nasihat nya berharga, hingga di abadikan dalam Al-Quran oleh Allah, dan dalam As-sunnah oleh Nabi Muhammad SAW..

Salah 1 wasiat Luqman kpd anaknya..adalah "amar ma'ruf nahi mungkar".

"Ya bunayya (wahai anakku), dirikanlah solat & suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik, dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yg mungkar.." [Luqman: 17]

'Ya bunyya'..panggilan manja dan mesra seorang ayah kepada anaknya..Berpesan pada anak-anaknya, untuk mengajak kepada kebaikan..mencegah segala keburukan..Tidak kira dia siapa pun..kewajiban jatuh di atas bahunya..

"Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yg ma'ruf, mencegah dari yang mungkar.."[At-taubah: 71]

Ma'ruf adalah segala yang sesuai dengan Al-Quran & Sunnah..Mungkar adalah segala yang bertentangan dengan Al-Quran & As-sunnah.

Rasanya semua dah tahu..sedangkan Lim Guan Eng pun pandai sebut dah..huhu.Mungkin makna yang difaham lain..hanya buat baik, dan jangan buat jahat. Semua agama mahu penganutnya begitu bukan?

Tapi, Islam perlu lebih dari mereka, sebab kita ada Al-Quran & As-Sunnah : The best guidance~

Allah SWT pun memuji umat Islam.."Kamu adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma'ruf, dan mencegah dari mungkar serta beriman kpd Allah..." [Ali Imran: 110]

Pujian 'umat terbaik' kepada kita seharusnya di hargai..dibuktikan, bukan merendah-rendahkan diri sedangkan Allah sendiri yakin dengan kita..patutnya,kita ambil sebagai motivasi & pembangkit semangat~

Sasaran kita adalah manusia, hati manusia yang perlukan sentuhan yang berseni..kerana objek sasaran kita adalah pelbagai. rambut sama nampak hitam..tapi hati ada yang lembut, ada yang keras, ada yang suka mee, ada yang suka bihun...jadi,cara perlu lah kreatif dan pelbagai..dan itu juga perlukan ilmu..ilmu memikat.

Contohnya, bab memberi nasihat..
~sebaiknya secara sembunyi..personal dengan org yg nak dinasihatkan..> dari Abu Darda',

"siapa yg menasihati saudaranya terang-terangan, dia telah mencelanya, siapa yg menasihati saudaranya secara sembunyi, dia telah memperindahkannya.."

Jadi..bila nasihat diberi secara personal tak diendahkan & tak berhasil, terus saja nasihat secara terbuka. Terutama bila dia melakukan maksiat secara terang-terangan..dan ilmu2 lainnya....

5 Bekal..

5 bekal bagi orang yang melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar..

Pertama ~ Niat..dilandasi dengan niat IKHLAS kerana ingin membantu agama Allah. Kerana niat, menjamin seseorang itu boleh terus berada dalam jalan 'erti hidup pada memberi'.

Ke-2 ~ Ilmu..jadilah tamak dengan segala ilmu. Segala sesuatu yang baru, yang membawa kebaikan itu adalah ilmu. Ikutlah peredaran zaman, jangan masih ditakuk lama. Ilmu agama paling penting..disamping ilmu ilmu yang kita ambil sekarang. Zaman semakin mencabar, ilmu lah yang boleh dijadikan senjata & perisai diri..namun, ilmu tanpa amal, takkan sempurna dan sia-sia.

Ke-3 ~ Hikmah..bijaksana, lemah lembut, kasih sayang, belas kasihan & tiada kekerasan.

Ke-4 ~ Sabar..Sabar itu cahaya.Sabar itu indah..Allah sendiri berfirman dlm wasiat luqman, "dan cegahlah mereka dari perbuatan mungkar & bersabarlah dengan apa yg menimpa kamu.." [Luqman: 17]. Mengajak kepad kebaikan mudah berbanding mencegah kemungkaran..keran di situ UJIAN sedang menunggu.

Ke-5 ~ Amal..jangan jadi si ketam yg mengajar anaknya berjalan..sedang dia sendiri jalan tak betul lagi..suruh orang lain buat baik, tapi diri sendiri tak buat..[2: 44]. Mulakan dari diri sendiri~ Allah akan menguji apa yg kita katakan..jadi, berhati-hati dan beringatlah selalu. Moga kita dijauhkan dari perkara yang mengaibkan diri..

Erm, perlu berubah? Keikhlasan dan kebaikan itu boleh bermula dari keterpaksaan..berubahlah dalam keterpaksaan untuk suatu perubahan yang kekal suatu hari nanti. Harapnya~Tak salah memaksa diri utk mendapat redha Allah bukan..cuma jangan lupa betulkan & perbaharui niat selalu..sikit-siki..lama-lama jadi 'bukit'..utamakan 'keselamatan'.Jgn pula tersasar..

Pesan Cik Kura: 'Biar lambat, asalkan selamat (sampai tujuan--redha Allah)

Wahai Si pemberi kebaikan..

Wahai orang yang memberi pengajaran & nasihat kepada orang lain..hendaklah kamu menasihati diri kamu sendiri..

Kamu memberi ubat kepada orang yang sedang sakit..sedang kamu sendiri sedang sakit..

Kami melihat kamu berusaha memperbaiki akal kami dengan memberi petunjuk, namun ketahuilah usahamu itu takkan berhasil, kerana dirimu sendiri jauh dari petunjuk tersebut...

Mulailah dari diri sendiri, cegahlah diri sendiri dari perkara yang menyimpang..maka kamu orang yang bijaksana..kamu akan diterima untuk memberikan nasihat, ucapan dan..ajaran kamu layak utk diikuti..

Jangan kamu mencegah suatu perbuatan, sedang kamu sendiri melakukannya..ia merupakan aib yang teramat besar jika kamu melakukannya...

Rasulullah dengan wajah tenang dan bercahaya pernah menegaskan..

"waktu aku di isra' kan oleh Allah, aku melihat orang-orang yang bibirnya dipotong dengan gunting api neraka,kemudian aku bertanya, 'wahai Jibril, siapakah mereka itu?'. jawab Jibril, 'mereka adalah para pembicara dari umatmu, yang mengajak kepad kebaikan, akan tetapi mereka melupakan dirinya sendiri.Padahal mereka membaca Al-Quran, apakah mereka tidak berfikir..?" [HR Ahmad & Ibnu Hibban]

Serulah kpd kebaikan...
Cegahlah dari kejahatan...

Andai engkau melihat kemungkaran..
ubahlah ia dengan tanganmu..
jika tidak bisa dengan tanganmu..
ubahlah ia dengan lidahmu..
jika tidak bisa dengan lidahmu..
ubahlah ia dengan hatimu..(membenci & berdoa)
yang demikian adalah selemah-lemah iman..


**Sama2 kita berusaha..anda mampu mengubahnya~!(^_^)

Tuesday, 10 January 2012

~Not Weak~


بسم الله الرحمن الرحيم


"Ya Allah... Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui.Penuh onak dan duri,jalannya berliku..Durinya tajam,amat2 menusuk.. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah." Maka di saat ini, mari kita berkongsi pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..
Sesekali terjatuh itu biasa apatah lagi jika berkali kali jatuh. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat buat diri ini juga.Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.
Wahai hati Janganlah berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.Kita tetap lemah hanya pergantungan pada Allah menjadikan kita kuat tanpa disedari...
p/s semakin kita kuat, semakin kita diuji...Allah menutup 1 pintu dan akan memberi pintu lain utk kita dan sesungguhnya pintu itu lebih baik dr yg sebelumnya.InsyaAllah....

Friday, 6 January 2012

~Takdir dan Usaha~


بسم الله الرحمن الرحيم


Banyak pertanyaan yang timbul dalam masyarakat kita. Kenapa kita harus berusaha sedangkan Allah telah menetapkan takdir pada kita? Inilah yang harus dijawab supaya umat Islam tidak menjadi umat yang statis jika kita salah memahami konsep takdir.

Takdir dan usaha adalah dua sisi yang berbeza, dimana takdir berhubungan dengan amalan hati sedangkan usaha adalah amalan fisik, tidak salah jika menggabungkan keduanya.

Ambil contoh perbezaan antara amalan hati dan fisik. Mengimani Allah tidak bererti meninggal ibadah padaNya. Mengimani rasul tidak bererti meninggalkan sunnahnya. Mengimani Quran tidak bererti meninggalkan membacanya, memahami,  melaksanakan hukum hukumnya serta berhenti memperjuangkan tegaknya perintahnya. Demikian  pula mengimani taqdir tidak diertikan meninggalkan usaha dan kerja keras. Itulah sebab mengapa mengimani qada dan qadar (takdir) dimasukan pada rukun iman yang enam
bukan pada rukun Islam.

Sungguh bijak ungkapan Imam Al Juazi. Jika ada orang yang bertanya : Mengapa kita harus berusaha sedang takdir telah mendahului kita? Maka katakanlah pada orang itu :  Mengapa kita tidak berusaha sedang yang membuat takdir menyuruh kita berusaha?

Benarlah firman Allah SWT Apabila sudah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (Al Jumu'ah : 10 )

Dari ayat ini dapat dibuat kesimpulan bahawa mengingati Allah banyak banyak tidak bermakna meninggalkan usaha. Disinilah perlunya umat  Islam memahami quran secara syumul agar tidak di otak atik (dipersendakan) oleh musuh-musuh Islam.

Napoleon Banaparte ketika memasuki Mesir sempat mengunakana dalil takdir untuk melemahkan perlawanan umat dengan ucapannya yang terkenal Kalian memang ditakdirkan untuk dijajah! Namun masih ada yang dapat membalas
ucapan ini : Jika dijajah adalah takdir maka melawan penjajahan juga takdir. Mungkin mereka para pahlawan Islam itu mengambil dari ucapan Umar bin Khatab. Lari dari takdir Allah kepada takdir Allah.

Pemahaman takdir secara separuh akan mengakibatkan keterlambatan umat dalam  mengejar ketinggalannya. Maka selamanyalah umat Islam dibawah telapak kaki kafir.

Sirah Rasul jelas mengatakan bahawa beliau tidak meninggalkan usaha dengan alasan
takdir ,sedangkan beliau SAW adalah manusia yang paling bertawakkal pada Allah. Demikian pula Nabi sebelum beliau tidak satupun hanya duduk menunggu pertolongan dan rezeki dari langit.

Benarlah ucapan ulama: Bertawakkal adalah jiwa Rasulullah sedangkan kerja keras adalah Sunnahnya.

Wallahualam...

Monday, 2 January 2012

Mukadimah 2012


بسم الله الرحمن الرحيم 
SubhanAllah.. Alhamdulillah berkesempatan lagi menulis kali ni bagi pembukaan tahun baru 2012..moga amal ibadah kita dapat ditingkatkan..moga niat untuk memulakan sesuatu di tahun baru kali lebih bermakna dari tahun-tahun lepas.

Berbicara kembali di Sutera Qasih kali ni mungkin lebih akan kepada titipan rohani.. Hikmahnya kehidupan ini, ujian yang menjadi intipati, perjuangan yang tak kenal henti..bukan untuk kita simpan, bukan untuk kita keluh-kesahkan, bukan untuk kita benci pada Tuhan.. Tetapi carilah hikmah atas kejadian yang berlaku itu, syukurinya dan redhainya..kerana jaminannya hanyalah satu, iaitu "Syurga".

So, jangan malas-malas !!

InsyaAllah, selepas ni ana cuba untuk menulis kembali, tetapi mungkin ada perubahan sedikit dari sudut isinya. Ana tidak tahu bagaimana ingin ana beritahu perubahan tersebut. Ana serahkan kepada pembaca untuk menilai dan melihat perubahan itu. insyaAllah..

Bukan pujian, balasan, mahupun ganjaran yang ku inginkan,
tetapi yang ku impikan adalah REDHA dari ALLAH hu RAHMAN..
Kerana ini adalah antara bekalan yang mampu ku usahakan,
yang amat ku perlukan di Hari Kemudian..

Moga Kau pandu setiap gerak geri kami, Ya Allah.. =(

~Selamat Tahun Baru 2012 Buat Pembaca~

Wednesday, 28 December 2011

Suka Sangat Main Agak Agak!!!

Agak- agak la kalau kereta baru kita ubah suai sana ubah suai sini, lama kelamaan akan menjejaskan tak sistem asal kereta tersebut, dan kereta tersebut akan rosak atau tidak apabila dah rosak jika kita hendak dapatkan semula sentuhan asal seperti keluar dari kilang kita mestilah pergi ke kilang asal untuk perbaikinya kerana hanya pembuat kereta tersebut yang tahu membetulkan kerosakkan dengan tepat. 

Sama juga dengan masakan, agak agak la jika kita pandai pandai menokok tambah pada masakan yang dah sedap dan secukup rasa masakan tersebut akan jadi lain tak rasanya atau akan rosak tak masakan tersebut, kerana yang memasak itu adalah seorang tukang masak yang sangat handal seantero dunia. Kenapa kita yang tak tahu apa apa ni pandai pandai nak main tambah tambah pulak ikut sesuka hati sendiri dalam sesuatu pekara yang kita tak arif kan lebih baik makan ja terus dan menikmati hidangan tersebut. Sama juga dengan kereta tadi kan lebih baik guna ja seperti mana keadaan asal keluar dari kilang. 

Kalau ada yang beralasan nak kereta sukan tu..tak reti reti nak kumpul duit dan terus beli yang sukan..kalau dah tak ada duit tu buat la cara tak ada duit..jangan ikut kan nafsu.
 
Sama la dengan kita sebenarnya yang suka mengikut nafsu yang kita sendiri tak kenal yang selalu bercakap cakap kat dalam diri kita sendiri..kita ingatkan kita berfikir walhal kita sedang berdialog dengan diri kita sendiri..itu lah bahayanya.

Bahayanya ialah kita akan wujud sikap keakuan..iaitu sikap yakin pada diri sendiri dan bukanya yakin pada ALLAH Swt. Kerana dalam setiap pekara kita akan merujuk hanya pada diri kita sendiri yang kita tak kenal sebenarnya.

Kita dah terlupa hendak merujuk kepada ALLAH Swt,  al- quran atau hadis atau bermohon petunjuk daripada ALLAH Swt. Sifat ini juga akan menjadikan kita syirik kepada ALLAH Swt iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan sebab itu lah kita mesti sentiasa mengingati ALLAH Swt didalam hati.
  
Apabila kita banyak berzikir pada ALLAH Swt didalam hati, secara automatik kita akan berhenti bercakap dengan diri kita sebenarnya dan apabila dalam kesulitan kita akan terus bermohon pada ALLAH Swt untuk cari jalan penyelesaian kerana kita dah terbiasa mengingati ALLAH Swt didalam hati.

* cuba berhenti baca entri dengar apa dalaman kita berkata dan cuba banyakkan berzikir dengan pula apa dalaman kita berkata..


Kerana kejadian kita pada empat bulan didalam kandungan ibu kita ALLAH Swt telah tiupkan sebahagian roh nya pada kandungan ibu kita dan beserta dengan qarinn (teman/umarah)..qarin itu lah yang kita tak kenal dan yang selalu kita berbual sebenarnya. Hanya dengan banyak mengingati ALLAH Swt sahaja dapat membezakan antara ajakan yang baik dan ajakan yang buruk.
 

Asasnya tetap pada apa yang disampaikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad Saw daripada wahyu ALLAH Swt iaitu al quran 30 juzuk..kerana sifat para nabi ialah menyampai kalimah ALLAH Swt..bukannya mengajar, sebab itu jika Nabi Saw mengajar tentu lah al quran itu akan menjadi lebih daripada 30 juzuk..
 
Tetapi sikap kita zaman sekarang ini yang suka menyangka dah pandai, suka suka ja menokok tambah didalam hukum hakam ALLAH..malah ada yang tak mahu ikut atau laksanakan terus pun ada..
 

Itu lah hebatnya kita pada zaman ini..jika ALLAH Swt dah berfirman didalam al quran "Aku telah sempurnakan agama islam sebagai agama Ku" maka kita harus ikut sahaja sebagaimana Nabi Saw tunjukkan melalui hadis hadis dan sirah. 

Pasti akan rosak agama islam jika kita pandai- pandai menokok tambah. Jika didalam al quran ALLAH Swt firman pasal hudud maka laksanakanlah hudud..dan jika yang tidak ada ALLAH Swt berfirman didalam al quran jangan lah kita buat pulak..
 

Sama juga dengan al hadis..jika didalam hadis ada Nabi Saw bersabda ,kita ikut lah dan jika tak ada Nabi Saw bersabda , jangan lah kita pandai pandai adakan pulak..
 
Disebabkan hati yang dikuasai oleh umarah (qarin) kerana tidak mengingati ALLAH Swt..
kalau berzikir pun bukanya ikhlas tetapi mengharapkan sesuatu tak ada maknanya. 

Masalah hati lah kita dizaman sekarang..dah tak ada orang yang tekan kan pasal kebersihan hati pasal menjaga hati kerana hati itu ialah raja didalam badan manusia. Jika hati itu rosak maka rosak lah keseluruhan perwatakkan manusia itu. Kerana sesuatu niat datang dari hati..barulah perlaksanaan terjadi, seperti niat nak lakukan perkara baik seperti nak solat maka tubuh badan akan laksanakan solat dan jika niat nak lakukan maksiat pasti tubuh badan akan laksanakan maksiat.

Disinilah pentingnya mengingati ALLAH Swt didalam hati setiap masa kerana hanya dengan banyak mengingati ALLAH Swt sahaja hati akan menjadi tenang, baru lah niat niat yang baik akan terlaksana..
 

Ana teringat satu sirah selepas perang badar kalau tak salah, para sahabat sedang bergembira kerana telah menang didalam peperangan tersebut..tetapi rasullallah bersabda "jangan kamu gembira dahulu"  kenapa tanya salah seorang sahabat ,bukankah kita telah menang didalam peperangan dan hampir syahid..bersabda lagi baginda Saw
"ada lagi jihad yang labih besar" terkejut para sahabat mendengar kata kata rasullallah bahawa ada jihad yang lebih besar daripada syahid dalam peperangan..jadi bertanya lagi para sahabat kepada baginda Saw > jihad apakah ya rasullallah, jawab baginda rasullallah "jihad akhbar iaitu jihad melawan hawa nafsu sendiri" 

~tak ingat dalilnya...nanti ana cari..
 
Terang terang kita boleh nampak pada zaman sekarang ini..anak anak muda yang rosak akhlak bercampur tak kira muhrim, semuanya daripada didikkan ibu bapa jika ibu bapa sendiri tak amalkan..bagaimana nak sampaikan pula kepada anaknya..jadi dibiarkan sahaja anaknya mengikut arus sosial semasa. 


Tak rumit sebenarnya kita mulakan dengan diri kita dahulu..perbanyakkan mengingati ALLAH Swt didalam hati disamping menjaga solat fardu, buatlah dengan ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu hanya mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH Swt sahaja insyAllah hala tuju kita akan dilorong oleh ALLAH Swt. Lepas itu barulah kita ajak isteri kita, suami kita, kemudian anak anak kita, mak ayah dan mentua kita, jika lagi semangat ajaklah jiran jiran kita dan seterusnya sekampung kita ajak, baru lah islam akan tertegak

Maka marilah kita kembali kepada ALLAH Swt kerana kita dah rosak hanya dengan mendekatkan diri kepada ALLAH sahaja dapat membetulkan diri kita yang tak betul ini. Kerana ALLAH Swt yang ciptakan kita, jadi kepada nya lah kita kembali mencari rahmat dan redha bukanya rahmat dan redha dari makhluk.

p/s Pesanan ni buat diri, anak2 jagaan LKAYS, pelajar2 LKAYS, Sahabat Blog, Sahabat FB, Sahabat Qarib ana..komen lah jika ada yang tak berkenan ya ~ penulisan yang santai buat kalian dan muhasabah diri..^^ wallahualam~

Friday, 28 October 2011

Bahaya Lidah


Sedikit renungan pendek untuk kita hayati bersama-sama. ...

Pepatah mengatakan, lembut lidah tidak bertulang, tetapi kata-katanya menusuk seperti belati. Berhati-hati, jenayah menggunakan lidah tidak akan kita nampak dosanya di hadapan mata, tetapi dosa-dosa ini akan diperlihatkan di kampung akhirat nanti.

Lidah untuk berkata-kata tetapi adakah kita menggunakan lidah untuk meluahkan perkataan yang elok-elok? Sebabnya yang sering berlaku, kita menggunakan lidah untuk berbual kosong, mengumpat, bercakap perkara sia-sia sehingga kadang kala melampaui batas.

Jenayah lidah juga menjadi 
racun yang mematikan kasih sayang dalam pergaulan sesama insan, menyuburkan benih dendam dan kebencian dalam persaudaraan. Apabila manusia terdedah kepada bahaya fitnah, saling mencela, berprasangka buruk atau menghina secara terang-terangan maka akan rosaklah kehidupan yang asalnya aman dan damai.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud,
“Sesungguhnya seorang hamba Allah mengucapkan satu perkataan yang dibenci Allah ia tidak ambil hirau, menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka (jahanam).” (Hadis riwayat Bukhari)

Banyak sekali peringatan mengenai bahaya lidah ini. 
Dalam bahasa kita, istilah yang kita gunakan adalah mulut jahat. Lidah memang tidak bertulang, mudah berkata tetapi kadang kala percakapan itu menolak seseorang ke jurang neraka.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud, “Tidak ada sesuatu yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka kecuali dosa-dosa percakapan kotor dan jahat.” (Hadis riwayat ahli sunnah dan Ahmad)

Berbahasa kasar dan mulut jahat bukan tabiat orang beriman. Hal ini seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Seseorang mukmin bukan seorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan dia juga tidak bersifat jahat di samping ia tidak bersikap buruk.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda bermaksudnya,
“Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” (riwayat Ahmad)

Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah SWT. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. 
Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.

Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Oleh itu, peliharalah lidah sebaik-baiknya. Strategi paling berkesan bagi menghindari maksiat lidah sudah diajar Baginda SAW melalui penyaksian Ummul Mukminin Aisyah yang berkata, “Sesungguhnya Rasulullah sentiasa berzikir kepada Allah setiap saat.” (Hadis riwayat Muslim)


Alangkah eloknya apabila kita boleh memujuk diri dan membulatkan tekad untuk sentiasa berzikir seperti mana amalan Baginda SAW. Walaupun tujuan sebenarnya ialah untuk menghadirkan Allah pada setiap perbuatan, supaya lurus segala amal zahir dan batin, amalan zikrullah juga diyakini boleh menyibukkan lidah dan hati sehingga keduanya tidak berpeluang melakukan maksiat. Zikrullah menjamin hati yang sempurna, hati yang hidup dan jasad sentiasa bergerak untuk kebaikan.

Renung-renungkan!

Hadis Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)