Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Wednesday 15 January 2014

Kesempurnaan Nikmat Allah Kepada Kita

Bersyukurlah dengan nikmat Allah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, Allah masih lagi pinjamkan kita hambaNYA dengan boleh bernafas lagi hari ini untuk kita terus menghambakan diri kita kepadaNYA..yakni melakukan ibadah kepadaNYA dan melakukan suruhan-suruhanNYA. Alhamdullillah Allah masih lagi bagi peluang kita bertaubat kepadaNYA.

Nikmat Allah S.W.T. yang sebenarnya diberikan kepada hamba-hambaNya yang taat patuh kepada-Nya semata-mata, di setiap masa dan tempat. Dasar kita adalah satu sahaja. Dasar inilah yang perlu kita bawa dan hayatinya di mana-mana sahaja, iaitu "Kita Tidak Akan Mengabdikan Diri Kepada Yang Lain Selain Allah S.W.T."

Perkara  ini sebenarnya telah semakin pudar di dalam masyarakat kita seluruhnya. Oleh yang demikian dasar tersebut perlulah diproses lain, guna untuk melahirkan pengabdian yang sebenarnya. Oleh yang demikian kita perlu kepada manusia yang berjiwa bersih sebagai tenaga penggerak, yang bergerak di dalam satu jamaah yang padu. 

Tenaga penggerak yang mempunyai jiwa yang bersih ini hanya akan lahir dari satu program Tarbiyyah (pendidikan) Akidah yang sebenarnya. Dengan cara ini barulah kesempurnaan nikmat Allah S.W.T. kepada kita itu dapat dirasai. Barulah disedari bahawa nikmat Allah S.W.T. tidak terkira. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T. sebesar-besar punca kenikmatan.

Bagi mereka yang mengetahui persaudaraan mukmin, mereka akan berusaha untuk menegakkan Islam, di tengah masyarakat yang leka dengan kemungkaran ini. Tertegaknya Islam merupakan obor kepada seluruh Ummat. Keadilan akan tercapai. Kezaliman,kemungkaran, kedurhakaan kepada Allah S.W.T. akan dibenteraskan. Untuk itu kita perlu kepada kesabaran. Kita sebagai tenaga penggerak Islam, perlulah bersikap sabar. Jika belum ada masyarakat Islam, kita perlu bersabar untuk mengwujudkannya.

Sikap sabar yang melahirkan natijah yang sebenarnya, hanya akan lahir melalui Tarbiyyah (pendidikan) Imaniyyah yang jelas. Bila ini kita hendak lakukan, kita perlu melihat dan merujuk kepada rangka perjuangan Islam yang pertama dahulu. Hal ini telah dijelaskan oleh asy-Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya, Mu'alim Fi at-Tariq. 
Tidak lain contoh bagi kita yang ingin menghayati Islam selain dari Ummah yang telah dibentuk oleh Rasulullah S.A.W..
Dalam rangka kita mengejar nikmat Allah S.W.T. ini, sikap kesihan perlu ada. 
  1. Kita kesihan terhadap mereka yang terikut-terikut melakukan mungkar. 
  2. Kita kesihan melihat manusia yang masih mendewa-dewakan makhluk ciptaan Allah S.W.T.. 
  3. Kita kesihan melihat mereka yang masih melakukan apa yang Allah S.W.T. larang dan meninggalkan apa yang Allah S.W.T. perintahkan. 
Atas dasar kasihan inilah kita perlu bertindak merubah, menolong serta membantu mereka agar tidak meninggalkan kemungkaran lagi. Punca kemungkaran itulah perlulah kita hancurkan. Bagi mereka yang mendewa-dewakan makhluk itu kita jelaskan tentang pengertian (konsep) makhluk itu. Bahawa makhluk itu bukan untuk didewa-dewakan, perlulah dijelaskan kepada mereka. Inilah pengakhiran kasihan kita kepada mereka.

Tiada kerehatan bagi kita dalam memperkatakan Islam ini. Kita mesti terus mengenengahkan perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan laranganNya. Sekiranya kita ditentang oleh pendokong kemungkaran, kita perlu menghadainya dengan penuh persediaan. Rintangan yang dicipta oleh mereka perlulah kita pecahkan. Di sinilah perlu kita memahami mereka dengan sebenar-benarnya. Kita juga perlu menilai kekuatan yang ada pada kita, iaitu kekuatan Iman.

Iman yang kuat lagi padu ini tidak boleh kita dapati melalui ceramah yang bersemangat semata-mata. Ini juga tidak lahir melalui ilmu yang banyak tanpa amal. Iman yang berfungsi inihanya akan lahir melalui satu program Tarbiyyah Islamiyyah yang tulen. Untuk melalui Tarbiyyah Imaniyyah yang tulen, perlulah kita merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah serta sejarah parasahabat dalam seluruh perkara dan ketika.Bahan-bahan rujukan ini sangat perlu kita tetapkan. Jika lari dar ibahan-bahan rujukan ini ketulenan tidak akan deperolehi. Walaupun begitu jika campurkan bahan-bahan Tarbiyyah dalam peringkat pembentukan natijahnya akan kabur.

Setelah kita dapat melatih diri kita dalam program Tarbiyyah Islamiyyah yang tulen ini, dengan bahan-bahan yang jelas barulah dapat kita mengenali yang mana patut dikasihani dan yang mana pula pendokong kemungkaran. Ketika ini barulah kita boleh mengatur langkah penyeruan Islam. Di sini jelaslah Tarbiyyah Islamiyyah Sohihah itulah yang akan menentukan kita dapat atau tidak kenikamatan yang telah Allah S.W.T. sempurnakan untuk kita. Pernyataan ini telah berlalu 14 abad yang lalu dan akan terus tetap hingga hari kiamat. Ia tidak akan berubah. Kitalah perlu merubah apa yang ada pada diri kita untuk memenuhi kehendakNya bagi memperolehi kenikatan yang hakiki.

Renungilah Firman-Firman Allah S.W.T. yang berikut sebagai panduan untuk kita dalam hal ini:

1. Terjemahannya:-
“ Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. "(Surah ar-Ra'd: ayat 11.)
2.Terjemahannya:-
" Dan kamu tidak membalas dendam dengan menyiksa kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. (Mereka berdoa) : Ya Tuhan kami! Limpahlah kesabaran kepada kami dan wafatlah kami dalam keadaan kami menyerah diri (kepada-Mu)."(Surah al-'Araf: ayat 126.)
3. Terjemahannya:-
" Tatkala Jalut dan tenteranya telah nampak oleh mereka, merekapun berdoa : Ya Tuhan kami! Limpahlah kesabaran kepada kami dan kukuhlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. "(Surah al-Baqarah: ayat 250.)
4. Terjemahannya:-
" Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Bahawa sesungguhnya ia tidak berputus asa darirahmat Allah, melainkan kamu yang kafir. "(Surah Yusuf: ayat 87.)
5. Terjemahannya:-
" Ibrahim berkata : Tidak yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat."
(Surah al-Hijr: ayat 56.) `

Monday 11 November 2013

Kelahiran Secara Caesarian


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis lagi sekian lama menyepi...

cakkkk!!! usia anak ummi kini (11/11/13) dah masuk 2 bulan 1 hari ^__^ 

mujahid cilik ummi umur 1 hari (13.9.13)

usia 1 bulan 5 hari  17/10/13
Terdetik hati nak kongsikan pengalaman saya masa melahirkan mujahid cilik saya secara Caesarian...

Ini adalah anak pertama buat kami suami isteri..saya lewat dalam 9 hari dari tarikh due yang sepatutnya 4.9.13..kuasa Allah..tiada sapa boleh halang dan duga.

12.9.13 saya dimasukkan di wad bersalin ..graf baby memang agak membimbangkan..kejap ok..kejap tak...sungguh masa tu sakitnya memang dah tak tertahan..

13.9.13 jam 3.30petang saya di bawa ke dewan bersalin (normal) 4 jam dalam dewan bersalin graf baby mula nya ok..ntah jap 7lebih malam tiba graf menurun sangat-sangat...sakit sangat-sangat dah masa tu..dalam masa yang sama suami ada kat sebelah temankan..cian tangan suami kena gemgam kuat-kuat masa kontraksi berlaku..pintu rahim masih buka 4cm..graf dah menurun..ntah tiba keadaan jadi kelam kabut sedikit..doktor bagitahu pada suami saya perlu ke dewan bedah...keadaan baby seakan lemas..... zuppppp saya yang pada masa tu kena demam dan tak bermaya terus dibawa ke dewan bedah dengan tangan kiri kanan kena cucuk jarum tambah air.

Ada orang kata ibu yang melahirkan anak secara czer ini tak mencabar langsung...tak dpt pahala jihad lah kalau meninggal semasa melahirkan dsb...tapi jap lagi anda sendiri lah fikir ya mencabar atau  tak mencabar...pasal pahala tu saya tak berani nak komen sebab itu semua urusan Allah...apa pun pada saya, ibu yang sedang dibedah juga bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya...

Okay, jom sambung pasal pengalaman czer saya ya...
Owh, Di hospital kerajaan prosedur  lebih terperinci (pada saya lah ya..).

Sebelum di czer, doktor tanya dulu sama ada saya dah buang air besar ke tak? pukul brapa last makan? sekurang-kurangnya kena puasa minimum 8 jam, baru doktor leh operate...tp kalau emergency takpa kot...rasanya doktor takut kita muntah teruk or mungkin takut ada infection...

Pada mulanya, pakar bius akan cucuk di bahagian tulang belakang...( haa..saya czer separuh sedar ya...jadi saya memang sedar apa yang berlaku sepanjang tempoh pembedahan)... Sedikit sedikit...badan bermula dari pinggan ke hujung kaki akan rasa kebas...tapi bila org usik kaki kita, kita rasa org tu cuma tak rasa sakit bila dicubit..dicucuk dsb...

Masa di dewan bersalin doktor dah masukkan  tiub ke dalam pundi kencing..sebabnya nanti kalau kita terkencing takdalah bersepah...mereka akan masuk ikut saluran tiub tu ke dalam pek kencing...jadi masa di dewan bedah time kita kebas, kencing memang tak rasa....tau tau ja pek kencing tu dah penuh... Kemudian barulah doktor suruh baring sebab nak belah dah rahim kita Masa pisau menoreh perut kita memang tak rasa sakit langsung. Yang paling BEST pada saya ialah masa doktor dok 'godek-godek' perut untuk keluarkan baby kita...saat baby keluar je dari perut...perghhh...rasa lega sangat sebab terasa perut cam kosong tetiba...

APA PERASAAN time ni? Tak tahu nak gambarkan....rasa risau yang menggunung tadi hilang sebaik dengar tangisan baby.......Alhamdulillah....lepas baby dicuci mereka tunjukkan kat saya baby saya..sungguh..Anugerah Allah yang saya amat syukuri.

Dah siap uri dikeluarkan dan darah dibersihkan serta luka dijahit...tetiba doktor kata 'puan, dah settle'..
Actually lepas bayi dikeluarkan, doktor akan suntik morfin untuk bagi kita tidur sebab nak kita berehat...(lama jugak saya tidur) tambah-tambah lagi kesejukan sampai tahap mengigil.

Rasa kebas kat perut ni lama jugakla bertahan....dah keesokkan harinya barulah mula nak rasa sakit sikit sikit...takla sakit teruk sgt sebab dari semasa ke semasa, kita akan diberi ubat tahan sakit...pada mula nak bangunkan diri dari katil ada rasa macam perut nak terburai tapi takda apa pun, tu sebab ada ketulan darah kotor yang nak keluar...macam period tu..hadoiii...lepas tu ok ja,..sakitla tapi boleh lagi la nak tahan....nak dukung anak, nak breastfeed anak...nak berjalan gi toilet... (hihi...bila doktor datang periksa masa tu kemain lagi aktif..hihii..sebabnya nak cepat balik :P)

14.9.13 dah boleh keluar hospital..baby ok..saya pun ok..Alhamdulillah.

~ kelak sambung lagiiii..time menyusu anak daaaa ^_^

Thursday 14 March 2013

Perbezaan Antara Perempuan & Muslimah

~PEREMPUAN~

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.

TETAPI SEORANG...

~MUSLIMAH~

Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.

Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari.

Wednesday 16 January 2013



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Berkat DOA yang berterusan.. setelah 7 bulan KAMI berkahwin, syukur Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki yang KAMI nantikan dan harapkan.

Sungguh teliti perancangan Allah swt...

8 Januari 2013 jumpa Dr, katanya kandungan dah masuk minggu ke lima, Alhamdulillah ^__^

Mohon doa sahabat semua, semoga segalanya dipermudahkan Allah swt

: : Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.. cepat atau lambat itu semua kerja Allah. Yakin setiap aturanNYA.

Wednesday 7 November 2012

Antara Kau Dan Aku


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥ Mode : rindu sangat kat mujahid halalku kerana Allah

Sunday 4 November 2012

Bukan Milik Kita Tapi Milik Dia


Bismillah walhamdulillah.. Allohumma solli a'la Muhammad..

Ambil peluang yang ada untuk menggarap sesuatu sebelum membiarkan kanvas maya ana ni sepi buat beberapa ketika. Andai ini yang terakhir, biarlah ianya tidak ditinggalkan kosong tanpa apa-apa manfaat.

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Nikmat Allah buat si hamba tak putus-putus.. Moga nikmat yang terbesar, iaitu nikmat Iman dan Islam terus dikekalkan..insyaallah.

Melangkah di hari baru. Pasti ujian yang dihidangkan juga, ujian yang baru.. Tapi nikmatnya hanya Allah yang tahu. Ujian, mehnah dan tribulasi tu, sunnah untuk si hamba.

Nikmat ukhwah di jalan Allah..tak tergambar manisnya..^_^...Kemanisan inilah yang menutupi perit dan pahitnya jalan-jalan ujian. Nikmat memiliki sahabat-sahabat yang baik.. Masyaallah..

Alhamdulillah..berakhirnya sebuah penantian. Berbalasnya sebuah kerinduan.

Sahabat... Di jalan yang sama kita melangkah..Di laluan ini kita susuri, laluan yang bakal menemukan kita dengan duri-duri yang perit..Tapi jangan sesekali kita lupa janji Allah dalam firman Nya yang Maha Benar..
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
[surah Muhammad:ayat7]

Insyaallah.. Yakin dan percaya.. Setiap pilihan dan aturan Allah itu yang terbaik.

Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat dan datang dari arah yang tak disangka-sangka.

Bilamana dengar kisah tentang sahabat-sahabat seperjuangan yang Allah jemput awal, masyaallah... Tak tahu nak kata macam mana.. Beruntungnya mereka..Dalam hati kata,

"ya Allah..Nak ikut........"

Tetapi, sedar hakikat diri.. Tiada apa yang terbaik untuk dipersembahkan pada Allah.. Duhai diri.. Jom-jom.. Muhasabah..Cek diri..!!! ..Usaha capai 'al mautu fisabillillah..'

Insyaallah, moga-moga jalan yang dipilih ni jalan yang Allah redha..^_^

~Meskipun diri ini penuh dengan kehinaan, kedhaifan..tapi ku punya sekeping hati.. Untuk Allah pandang dan nilai.. ~

p/s mood sayu :-(

Sanah Helwah Kakak

BANQUET
ADMIN PUSAT

Sanah Helwah..buat Rakan seperjuangan di LKAYS "Cik Nooraijahi binti Bairi"

Bismillahirahmanirahim... selawat serta salam buat Rasul junjungan nabi Muhammad S.A.W...

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran buat pemilik rasa cinta dan kasih sayang..

Mengambil sedikit kesempatan untuk mencoret sedikit dedikasi teristimewa buat seorang insan yang bergelar sahabat..

SANAH HELWAH YA UKHTI IJAH !!!

~Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan SAHABATku..
Allah selamakan kamu..~

2 November 2012..Meningkat lagi usia sahabat ku yang dikasihi..menjengah ke usia 32 tahun.. mabruk!!!

Seiring bertambahnya usia di jalan permusafiran ini, moga bertambah matang dalam mengenal pahit manis liku-liku hidup..

makin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yang dikirimkan.. tanda kasih nya ALLAH..agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan NYA kelak..

semoga di limpahi keberkatan pada setiap helaan nafas dan denyut nadi.. keberkatan pada rezeki dan ilmu..

mohon ALLAH permudahkan segala urusan mu menuju kebaikan..

Sahabat,

sesungguhnya diri ini tiada yang istimewa untuk di hulurkan...hanya doa yang mampu dikirimkan dari kejauhan.. moga dirimu sentiasa di redhai ALLAH...

-jadilah hamba yang solehah buat Pencipta kita
-anak yang solehah buat kedua orang tuamu
-adik yang solehah buat kekanda-kekanda mu
-ibu saudara yang baik dimata anak-anak saudaramu
-sahabat yang setia saat suka duka temanmu
-insan yang bermanfaat buat ummah dan agamamu..
-bakal bidadari penyejuk mata buat mujahid hati...^_~ (one day,insyaallah..)

selamat..selamat semuanya..insyaallah..

TERIMA KASIH...untuk sebuah persahabatan..Tiada yang ditakdirkan ALLAH itu sia-sia.. Insyaallah, banyak yang ku temui dalam tali persaudaraan ini..

hanya ALLAH yang layak menerima pujian..seinfiniti kesyukuran buat pemilik roh dan jasad kerana sudi menganugerahkan seorang SAHABAT seperti mu..ALHAMDULILLAH..

Sahabat,

andai satu masa nanti, tali persahabatan ini di uji, terlebih dahulu ku hulurkan salam kemaafan.. tegurlah diriku yang daif ini..sedarkan aku andai langkahku tersasar..

mohon maaf untuk setiap keterlanjuran,kesilapan,kekurangan dari sahabatmu ini...

semoga ukhwah yang terjalin ini terus kekal mewangi..andai tiada lagi peluang untuk bersua muka di dunia, doaku moga ALLAH masih izinkan untuk kita bertemu di jannah NYA.. insyaallah..


akhir kata..salam sayang salam rindu...dari sahabat, buatmu sahabat ku yang dikasihi... teruskan dengan juang 5S mu.. ^__^