"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Wednesday, 5 October 2011

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..


Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

p/s Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.. (^_^)

2 comments:

  1. Adat bukan sesuatu yang muktamad, kadang-kadang ada adat yang sesat, ada yang mudarat, dan tidak kurang yang penuh muslihat... kembalilah kepada ajaran sebenar, insyaAllah selamat ^_^
    Syukron ya dik :)

    ReplyDelete
  2. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Allah mengutuk (melaknat) perempuan yang bertatu atau minta di buat tatu, yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, perempuan yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah." (Hadis riwayat Thabarani dan Ibnu Mas'ud)

    Maksud mengubah ciptaan Allah SWT ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan. Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah SWT yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam. Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah SWT. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah SWT kerana Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

    ReplyDelete