Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Monday 10 October 2011

imTihan

Kadang-kadang perjalanan hidup ini tidak selalunya indah. Adakala diri ini perlu diuji. Walaupun tidak tahu kenapa ianya terjadi. Sedih, kesal dan kecewa membuatkan kita akan lebih banyak berfikir dan merancang laluan hidup yang baru. Rasa teraniya dan kecewa sudah cukup untuk buat diri berhenti sejenak dan tarik nafas panjang sebelum mula langkah baru. Walaupun nafas yang ditarik ini penuh sendu. 

Namun hati ini tetap yakin Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Ini tanda kasih sayangNya. Cinta ini sudah cukup dan lebih bermakna dari segala-galanya. Walaupun tiada manusia yang menyangi kita.

Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Mungkin ada hikmahnya. Diuji dengan rasa kecewa dan sedih bercampur tekanan membuatkan diri lebih banyak berfikir dan menangis ketika bersamaNya. Diri lebih benyak mengadu padaNya. Mungkin Allah ingin diri ini dekat padaNya terutama pada Ramadhan yang mulia ini. Dan yakinlah masalah ini akan selesai dengan cara terbaik. Terbaik sebagaimana yang telah dirancangNya. Tak mudah untuk lalui tapi inilah pelajaran dariNya yang tidak mungkin dipelajari dari mana-mana universiti. Belajar seni kehidupan! Belajar sendirian bersamaNya kerana tiada siapa pun yang akan faham dan sudi menemani proses pembelajaran sebegini.

No comments:

Post a Comment