Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Friday 14 October 2011

Renungan dan Tanya Diri!!!

Kita dah kembali ke zaman jahiliyah....
Antara kita sedar ataupun x, kita semua pada hari ni dah kembali ke zaman jahiliyyah.

Islam ni perlu diamalkan secara total dlm hidup kita sbg seorang muslim. Bukan sekadar ambil sebahagian yang kita suka dan tinggalkan sebahagian yang tidak kita gemari. Allah dah berfirman dalam Al-Quran :


Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (An-Nisaa’ : 150-151)


Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna. Bila kita mengatakan mengenai satu cara hidup,ini bermaksud setiap langkah yang kita ambil, setiap tindakan yang kita lakukan, perlu berlandaskan kaedah-kaedah yang dianjurkan dan disyariatkan dalam Islam. contohnya, jika seseorang itu merupakan seorang yang mengamalkan cara hidup berteraskan hedonisme, maka setiap perbuatan yang dilakukan pasti terjurus ke arah mencari hiburan.Macam tu jugak dengan mereka yang mengamalkan cara hidup sekularisme, mereka tidak sekali-kali memandang agama sebagai satu cara hidup, sebaliknya mereka mengasingkan agama dari kehidupan seharian mereka. Namun, hanya ada satu sahaja cara hidup yang sempurna dan diredhai Allah iaitu cara hidup Islam. Firman Allah :

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
(Ali ‘Imran : 85)


Realitinya, umat Islam hari ini dengan jelas dan nyata tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam secara sempurna. Kalau difikir-fikirkan balik, selain mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji, dan mungkin sebahagian hal-hal keluarga dan perkahwinan, apakah lagi perbezaan cara hidup antara umat Islam hari ini dengan golongan bukan Islam? Logik ke satu cara hidup yang sempurna hanya berbeza dari agama dan cara hidup yang lain hanya dari aspek yang cukup kecil ni je?hakikatnya tak, namun nilah yang berlaku dalam masyarakat. Selesai rukun Islam, belajar serba sedikit rukun Iman, amalkan serba sedikit hukum-hukum Islam, maka lengkaplah Islam mereka. Itulah Islam pada persepsi mereka. Jika benar itulah Islam, jadi dimanakah keindahan Islam yang dicanang-canangkan selama ini?

Sedar x kita hari ni sebenarnya tak lagi mengamalkan cara hidup Islam? 

Kita mengaku Islam, tp kita merokok. Adakah Islam membenarkan umatnya merokok? 

Kita ber’couple’ dan memandang couple itu perkara normal. Adakah couple itu budaya Islam? 

Kita menyambut perayaan-perayaan dengan mengadakan konsert-konsert. Adakah ini yang dikehendaki Islam?

Media-media kita penuh dengan hiburan-hiburan melampau. Akhbar kita ada ruang yang membincangkan isu agama, tapi ruang untuk sport toto tetap ada. Pemuda-pemuda kita hanyut dengan Akademi Fantisia, GangStarz, OIAM, dan macam-macam lagi program yang bertunjang hiburan. Inikah Islam?

Konsert-konsert penuh sesak walaupun harga tiket mahal. Surau-surau lengang pada hal xperlu tiket pun bila nak masuk. Jahil sungguh umat sekarang, sanggup belanja mahal-mahal untuk beli dosa tapi pahala yang percuma xpernah nak di pandang.

Jadi, layakkah kita mengaku bahawa kita adalah umat Islam yang sepatutnya diciptakan sebagai umat yang terbaik yang sentiasa mendorong kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran? Jika sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dahulu kita kenali sebagai zaman jahiliyyah, rasanya zaman sekarang ini keadaanya tidak byk beza dengan keadaan pada masa tu.

Zaman Jahiliyyah, orang sembah berhala. Zaman sekarang orang Islam kata kita sembah Allah. Tapi sejauh mana kita menyembah Allah? Cukupkah sekadar solat? Tp suruhan lain ditinggalkan. Larangan-larangan Allah kita buat. Aurat dibuka sbb nak ikut artis, nak ikut perkembangan semasa, nak up to date la kononnya. Artis melalak kat pentas-pentas, kita ikut melalak kat jalan-jalan. Ustaz berdakwah kat surau-surau, xnak pulak kita dok ikut berdakwah. Sapa yang kita sembah sebenarnya ni?Sape yang kita ikut sebenarnya ni?Allah ke bukan?

Zaman Jahiliyyah perempuan-perempuan xda maruah. Dok tayang suma yang ada. Pelacuran dan zina berleluasa. Zaman sekarang zina dah makin banyak. Remaja-remaja anggap pergi dating, pegang-pegang tangan, tu suma perkara biasa. Kalau tempo atau rentak pemikiran seperti ini x dibendung, x mustahil satu hari nanti, zina yang berlaku depan mata pun kita akan anggap perkara normal. Buka aurat pun da jadi hal biasa. X mustahil satu hari nanti orang berbogel pun kita kata tu hak dia.

Zaman Jahiliyyah, dapat bayi perempuan, terus tanam hidup-hidup, nak jaga status keluarga katanya. Zaman sekarang, orang buang bayi dah makin banyak. Nak cover malu katanya.

Zaman jahiyyah dulu riba’berleluasa. Apa beza dengan keadaan hari ini? Bank-bank semua pun mengamalkan riba’. Umat Islam pun banyak melabur dalam bidang yang melibatkan riba’.

Banyak lagi contoh-contoh yang kita semua boleh fikirkan yang mampu menjadi satu indikator bahawa hidup kita zaman sekarang sebenarnye tidak jauh beza dengan zaman sebelum kedatangan Nabi. Jadi apakah peranan kita untuk memulihkan masalah umat hari ini??? Fikirkanlah wahai sahabat seagamaku..Bangkitlah wahai umat islam semua..Keluar dari zon yang selesa ni..kiamat semakin dekat..masih ada masa untuk kita berubah...



p/s agak emosi entry kali ini :(

No comments:

Post a Comment