Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Monday 10 October 2011

Makna Ujian Dalam Kehidupan

Bila kita minta kekuatan,
Allah bagi kita kesusahan untuk dirempuh
kerana apa?
kerana proses menempuh kesusahan itulah yang menjadikan diri kita kuat

Bila kita minta kebijaksanaan
Allah bagi kita masalah dan persoalan untuk diselesaikan
kerana apa?
kerana proses menyelesaikan masalah dan persoalan itu yang menjadikan kita bijak

Bila kita minta keberanian,
Allah bagi kita halangan untuk dilalui
kerana apa?
kerana proses melalui halangan itu memberi kita keberanian yang diperlukan

Bila kita minta cinta,
Allah bagi insan-insan bermasalah yang mungkin juga memberi masalah untuk ditolong
kerana apa?
kerana dengan menolong mereka dan berdepan dengan mereka kita akan mendapat cinta insani dan paling membahagiakan jika kita mampu memiliki cinta agungNya

Bila kita minta kelebihan,
Allah memberikan jalan untuk mencapainya
kerana apa?
kerana proses melalui jalan menggapai kelebihan yang dicita-citakan itu kita menerima dan membentuk kelebihan-kelebihan lain.

Memang, memang kita tidak pernah mendapat apa yang kita mahukan
kerana Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah hanya memberikan apa yang kita PERLUkan
kerana apa?
kerana Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Andai diri menerima kesusahan,
Andai diri ditimpa masalah,
Andai diri berdepan halangan,
Andai diri bertemu dengan orang yang memberi masalah,

Percaya dan yakinlah,

Ini adalah tarbiyah dari Yang Maha Bijaksana untuk memberi


KEKUATAN,
KEBIJAKSANAAN,
KEBERANIAN,
CINTA.......

itulah yang kita perlukan bukan?

Jangan pernah berpaling dari memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat (2:45).
Dia menunggu rayuan pertolongan. Dia menunggu hambanya mengadu. Dia mahu hambanya merendahkan diri dan berserah padaNya. Dia sentiasa ada. Dia yang memberi semua kesukaran, halangan, masalah ini. Dan Dia jugalah Yang Maha Berkuasa untuk memberi kekuatan, kebijaksanaan, keberanian dan cinta, bagi hambaNya yang terpilih....

Hidup ini bermakna ujian dan ujian itu menjadikan hidup ini bermakna...

No comments:

Post a Comment