Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".
Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Thursday, 14 March 2013

Perbezaan Antara Perempuan & Muslimah

~PEREMPUAN~

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.

TETAPI SEORANG...

~MUSLIMAH~

Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.

Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari.

Saturday, 22 September 2012

Wanita :- Suara itukan Aurat


بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaAllah... Entry kali ni nak cerita pasal suara pulak. Bukan suara orang lelaki tapi suara wanita...diulang lagi sekali: suara wanita..Bukanlah bermaksud nak cerita detail aurat ke tak aurat ke.. Bukan juga nak cerita cara kontrol pernafasan waktu bersenam, atau cara nak buat pitching suara waktu nyanyi ke apa ke... masih bukan. Untuk suara orang lelaki pula rasanya tak perlu dibincangkan dah, sebab takda apa-apa masalah. Boleh bercakap lagi dan lagi...boleh bagi bayan lagi dan lagi...kami pun nak dengar lagi dan lagi... :)

Bagaimana cara kaum wanita untuk mengontrol suara apabila perlu berbicara kepada kaum lelaki yang bukan mahram? Ingat ya, 'jika terpaksa'...bukan saja-saja...

Dipetik dari kitab Al-Azkar An-Nawawi (kitab panduan kehidupan beragama sehari-hari), mari kita baca...
[Masalah], Jika seorang wanita perlu untuk berbicara kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya dalam hal jualbeli dan seumpama itu, maka hendaklah wanita itu menyaringkan suaranya dan mengkasarkannya. Dan jangan sesekali melembutkan suaranya kerana khuatir kalau-kalau orang yang mendengar suaranya itu akan terpikat kepadanya.
Sambungan dalam masalah ini lagi...
Berkata Imam Abul-Hasan Al-Wahidi dari para sahabat kami (dalam kitabnya, Al-Wasith): Memang dianjurkan bagi kaum wanita apabila dia berbicara dengan orang-orang asing (bukan mahram), supaya dikasarkan bicaranya, kerana cara begitu akan menghindarkan perhatian orang itu kepadanya. Allah Taala telah berpesan kepada Ummul Mukminin yang telah diharamkan secara peribadi dengan pesanan ini, dengan firmanNya:

يَـٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسۡتُنَّ ڪَأَحَدٍ۬ مِّنَ ٱلنِّسَآءِۚ إِنِ ٱتَّقَيۡتُنَّ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِى فِى قَلۡبِهِۦ مَرَضٌ۬

Ertinya: Wahai isteri-isteri Nabi. Bahawa kamu sekalian tidaklah sama dengan seorang pun dari wanita-wanita yang lain, jika kamu bertaqwa kepada Allah, maka janganlah kamu merendahkan suara kamu apabila berbicara, kelak akan tamak (terusik) orang yang di dalam hatinya ada penyakit...(al-Ahzab:32)

An-Nawawi berkata: Apa yang telah disebutkan Al-Wahidi tentang mengasarkan suara wanita itu, sama seperti yang dikatakan oleh para sahabat kami juga.
Berkata Syeikh Ibrahim Al-Mirwazi dari para sahabat kami: Cara hendak mengasarkannya, ialah dengan meletakkan belakang tangannya pada mulutnya, dan menjawab seperti itu (mengeraskan suara). Wallahu alam...
MasyaAllah...Kepada semua kaum wanita, mari kita praktik sekarang... Yang dah beristeri, boleh ajar isteri masing-masing... Nampak macam kecil ja kesnya. Sekarang ni akhir zaman, zaman kerosakan ummat, fitnah di mana-mana boleh berlaku...baik sangat jika dapat diamalkan. Maka inilah satu cara untuk mengelakkan kaum wanita daripada bahaya-bahaya fitnah.

Semoga dapat kekuatan untuk amal dan sampaikan. InsyaAllah...

Monday, 17 September 2012

Istiqarah Dulu Sebelum Dirimu Jatuh Cinta


بسم الله الرحمن الرحيم

REMAJA dan CINTA. Dua perkara yang berkait rapat, amatlah sukar untuk dipisahkan. Sewaktu umur mula mencecah belasan tahun, mulalah hati tertanya-tanya mengenai cinta. Timbullah pula perasaan ingin mencuba. Dan kemudiannya, berlakulah pula cinta sementara; sekadar mainan semata.

Apabila umur mencecah dewasa, semakin didalami dunia cinta. Kini nafsu pula menyulami rasa. Cinta kini bukan sekadar bersifat sementara, malah dibaluti maksiat menambahkan dosa. Tiadalah disedari betapa diri sudah dihanyuti. Apabila saban hari menambah kemurkaan Ilahi, akhirnya tersentap menanyakan diri; apakah benar yang dilakukan ini?

Sedangkan diri mula menyedari, bahawa bersama si kekasih itu hanyalah akan menambahkan dosa-dosa lagi. Namun diri ingin benar pulang ke pangkuan Ilahi. Bagaimana caranya Ya Rabbi? Tinggalkanlah sesuatu itu andai jelas ia hanya akan memberatkan lagi kantung dosamu. Sampai bila ingin berterusan dalam melakukan dosa sebegitu?

Benar. Bukan mudah untuk meninggalkan si dia, apatah lagi cinta yang disulami bertahun-tahun lamanya. Namun sanggupkah dirimu menjadi penghuni neraka hanya kerana ingin menyelamatkan cinta yang belum tentu bakal menjadi milikmu buat selamanya? Kalau benar dirimu sayang pada dirimu sendiri, cinta dan si dia, lepas-lepaskanlah. Andai cinta dan maksiat ini berterusan, sanggupkah dirimu dan dirinya bertarung seksa di neraka Allah kelak?

Tiada gunanya ke hulu ke hilir bersama kekasih tercinta, berpegangan tangan melepaskan rindu tetapi akhirnya tidak berkesudahan yang indah; tidak disatukan dengan si dia. Jodoh bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Kalau dia bukan untukmu, walau bercinta seribu tahun lamanya, kamu tetap tidak akan dapat memilikinya. Namun andai dia benar untukmu, walau tidak pernah bertemu, akan ditemukan jua oleh Allah untuk disatukan apabila tiba masanya.

Sudah begitu banyak cerita perihal jodoh yang baru bertemu pada pertama kali, namun terus disatukan tanpa perlu bercinta terlebih dahulu. Cintanya kemudian, yakni selepas disatukan. Fahamilah bahawa bila Allah sudah menetapkan dia untukmu, usah kau gusar kerana walau satu dunia menolaknya, jodoh itu tetap akan tiba dan engkau juga akan tetap dapat memilikinya.

Oleh yang sedemikian, janganlah engkau sesekali menggadaikan segala-galanya semata-mata untuk menjodohkan dirimu dengannya. Itu hanyalah perkerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kemurkaan si Pencipta. Adalah menyedihkan apabila tiba masanya untuk disatukan dengan jodohmu yang sebenarnya, namun segala-galanya telah hilang kerana telah diserahkan pada kekasih yang terdahulu. Dan lebih menyedihkan andai engkau jelas tahu bahawa engkau sekarang terperangkap dan terhanyut dalam dosa cinta namun tetap berterus-terusan melakukan dosa yang sama.


Tinggalkanlah perkara itu andai ia membawa bibit-bibit dosa dalam hidupmu. Bahagiakah mendapat cinta manusia namun disulami kemurkaan Allah? Berkasih-sayang itu tidak salah. Mencintai seseorang itu juga tidak salah. Yang salah itu adalah apabila cinta itu salah dimanifestasikan.

Kalau benar sayangkannya, engkau akan sedaya upaya membawanya ke syurga. Andai tidak berjodoh sekalipun dengannya di dunia, mudah-mudahan engkau berjiran dengannya di sana. Namun andai ke hulu ke hilir bersama tanpa ikatan yg sah, apatah lagi berpegangan tangan dan melakukan perkara yang tidak bermaruah; itu hanya akan menjunamkan kamu berdua ke neraka.  Bercinta sehingga menimbulkan dosa-dosa maksiat itu bukanlah cinta sebenar. Itulah cinta yang diulit syaitan dan kenikmatan yang mengelabukan mata.

Cinta yang sejati ialah apabila cinta yang menemukan kembali dua hati di syurga. Cinta sebegini bukanlah cinta yang hina, malah cinta ini adalah cinta yang diredhaiNya. Oleh yang sedemikian, usahakanlah terlebih dahulu menjadikan dia sebagai cinta yang halal bagimu. Usahakanlah perkahwinan secepatnya; agar kamu berdua lebih terpelihara dan terjaga. Namun andai kata masih lagi terhalang dan belum tiba masanya, amanahkanlah si dia pada Allah. Allah akan mengembalikan dia kepadamu andai dia benar untukmu.

Doakanlah agar sepanjang perjalanan itu Allah melindunginya agar terpelihara dari gangguan yang lain dan pulangkanlah dia dan hatinya kembali kepadamu apabila tiba waktunya. Tidak perlu keluar berdua-duaan untuk menjaga hubungan cinta itu. Tidak perlu menayangkan gambar-gambar yang mendedahkan auratmu untuk meraih dan mengekalkan cintanya.

Tidak perlu meninggalkan mesej menggoda sehingga kesannya boleh menaikkan nafsu. Tidak perlu meluahkan kata cinta yang keterlaluan di Facebook sebagai bukti cintamu. Semua itu tidak perlu. Cukuplah kamu mengamanahkan dia pada Allah.

Namun andai dia berkesudahan dgn orang lain, usahlah kamu bersedih kerana Allah akan menggantikan apa yang kamu kehilangan dgn perkara yang jauh lebih baik.

Ummu Salamah sewaktu suaminya diambil Allah, dia berdoa agar Allah mengurniakan pahala di atas kehilangannya dan supaya Allah menggantikan kehilangan itu dengan perkara yang lebih baik. Waktu itu, tiadalah dia dapat menggambarkan siapakah yang lebih baik dari suaminya, Abu Salamah. Tidak tercapai dek akalnya siapa yang lebih baik dari suaminya itu.Namun tidak lama kemudian, Rasulullah S.A.W pun meminangnya. Benarlah bahawa Allah menggantikan apa yang Ummu Salamah kehilangan dgn yang lebih baik, dan tiadalah manusia yang lebih baik dari Rasulullah S.A.W.
Begitulah juga dengan kisah hidup manusia. Waktu ini mungkin dirimu merasakan bahawa mana mungkin perasaan cinta ini pada si dia ini dapat hilang walaupun dia ditemukan jodohnya dengan orang lain. Tahukah kamu bahawa dirimu sekarang dalam keadaan fikiran yang tidak tercapai dek akal sebagaimana Ummu Salamah tidak dapat membayangkan siapakah yang lebih baik dari suaminya? Namun apabila Allah menggantikan yang lebih baik kepadamu, waktu itu barulah kamu mula akan menyedari bahawa benarlah Allah menggantikan yang lebih baik.

Waktu itu perasaan cinta pada si pengganti yang telah ditetapkan Allah padamu itu akan bercambah dan mekar mewangi. Dirimu akan jauh lebih menyayangi dan mencintainya berbanding si dia yang hanya singgah sebentar dalam hidupmu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk untuk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"(Al-Baqarah:216)
Oleh itu, jangan gusar untuk melepaskan si dia sementara waktu dan mengamanahkan dia pada Allah. Allah pasti akan memberikan yang terbaik kepadamu kerana Dia benar-benar tahu apa yang terbaik bagimu, lebih daripada pengetahuan yang ada padamu. Adalah tidak salah berhubung dan bertanya khabar namun ikhtilat mesti dijaga. Tidak perlu berbual lama di telefon sehingga menimbulkan syahwat, apatah lagi berbual di malam hari. Tidak perlulah mesej 'sayang dan sayang' melampaui batas sehinggakan boleh menyebabkan boleh terjerumus ke kancah maksiat. Ingat, jangan sesekali menghampiri zina.

Simpan itu semua untuk dinikmati selepas disatukan sebagai suami isteri. Waktu itu tidak perlu takut-takut lagi, malah mendapat pahala kerana menyayangi si dia yang halal bagimu. Jangan ragu-ragu untuk meninggalkan perkara yang jelas mendatangkan dosa. Tinggalkanlah sahaja kerana Allah, dan agar engkau tidak menzalimi diri sendiri. Dan juga, berisitikharahlah. Keputusan jodoh ini adalah sesuatu yang besar dalam hidup seseorang insan, dan oleh itu serahkanlah pada Allah untuk menentukannya kerana Dia tahu apa yang terbaik untukmu.

Jawapan istikharah tidak semestinya datang dari mimpi, bimbang mimpi itu dipengaruhi keinginan hati dan gangguan syaitan. Hasil istikharah itu sebenarnya ketenangan hati yang tidak berbelah bahagi dan juga jalan yang dipermudahkan Allah. Jangan mendesak Allah untuk memberikan jawapan. Beristikharahlah sehingga hatimu tenang dan mendapat jawapan yang jelas. Sabarlah sementara menunggu keputusan dariNya. Dan apapun yang terjadi selepas dirimu beristikharah, ingatlah bahawa setiap yang terjadi itu adalah yang terbaik untukmu dan untuknya, sebagaimana apa yang didoakanmu sewaktu dirimu beristikharah. Ingatlah juga, bahawa Allah ada bersamamu. Yakinlah pada Dia dan setiap perancanganNya.

Akhir kalam, jangan sesekali biarkan dirimu terus hanyut dalam dosa kemaksiatan. Cintalah Allah terlebih dahulu sebelum dirimu mencintai makhlukNya. Wallahu'alam.

Moga Allah sayang dan redha ^_^

Wednesday, 18 January 2012

Impian Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagi ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Bukan itu yang ku impikan.Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan orang tuaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawabmu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku…

Sunday, 11 December 2011

CANTIKNYA WANITA

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan semula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir mekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan di mata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi di bawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya seorang wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi igauan mata
Tetapi berpegang akidah solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana.


Sesungguhnya hakikat sebenarnya adalah kecantikan itu tiada yang kekal. Betapa dijaga sekalipun dan diperlihara, bila tiba masanya kulit akan berkedut, bibir akan kecut dan wajah itu akan suram dan sayu. Benarlah tidak ada yang kekal kerana segala-galanya akan di mamah usia ditelan masa. Dan hanya satu yang tidak akan dimakan usia dan sentiasa kekal selama-lamanya iaitu sopan santun dan budi bahasa. Dengan keayuan yang berseri apabila bertudung dan sopan menutup auratnya, itulah kecantikan asli seorang wanita yang sebenar-benarnya. Begitulah istimewanya wanita.

“Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang sholihah.” (HR. Ahmad)

Tuesday, 27 September 2011

Tudung & Hipokrit

Assalamualaikum... pernah dengar tak ayat yang nadanya sebegini "buat apa saya nak hipokrit! saya memang jenis yang tak pakai tudung pun! inilah diri saya yang sebenar! buat apa nak berpura-pura.. orang yang pakai tudung tu pun bukannya baik sangat!" dan bila terdengar hujah sebegini, kita pun terpaku. lidah kita pun menjadi kelu. tak pandai nak berhujah rasanya dengan orang yng macam ni.. betul kan?

teringat kata-kata letre saya "jika sesuatu hujah tu dari seorang yang fasik, semestinya hujahnya rapuh. sebab yang menjadi inspirasi bagi orang fasik ialah syaitan.. dan tipudaya syaitan sangatlah lemah.."

mari kita analisis hujah tadi.. apabila kita berhadapan dengan orang sebegini.. kita seolah-olah dikaburi oleh sikapnya yang jujur dan tidak hipokrit.. justeru, yang nampak ialah kejujuran dan keluhuran budi orang yang berkata-kata.. namun, apa yang diselindungkan dari kita ialah kedurhakaannya pada perintah Allah.. seolah-olah dia berkata.. takpalah kalau derhaka pun asalkan dia jujur.. tak apalah kalau rambut saya buat maksiat, yang penting hati saya bersih.. betul kan?

jika kita berhadapan dengan orang sebegini, apa yang perlu kita buat? saya cadangkan beberapa step..

1- soal balas dia dengan ajukan pertanyaan.. siapa yang kata bahawa lebih baik tak pakai tudung tapi jujur daripada pakai tudung tapi hipokrit? ulamak mana yang kata? kitab mana? guru mana? kalau dia tak boleh nak jawab maka teranglah ulamaknya ialah syaitan.. kitabnya ialah syaitan dan gurunya ialah syaitan!

2- bagi dia satu persoalan dalam bentuk analogi: jika seorang ayah mempunyai dua orang anak yang jahat. seorang berpura-pura baik dan amat bersopan depan ayahnya, manakala yang sorang lagi terang-terang menunjukkan kejahatannya di depan ayah. soalan saya: siapakah yang akan kena pukul dahulu?

3- soalan lain: seorang pencuri yang berlakon alim, dengan seorang pencuri yang menzahirkan kejahatannya. yang mana kena tangkap dahulu?

4- selepas membaca analogi saya tadi apa pendapat anda? mana yang lebih baik? yang bertudung tapi hipokrit atau yang tidak bertudung tapi jujur?

begitulah step yang saya susun untuk berhujah dengan orang sebegini. apa yang penting, berusahalah untuk meletakkan kejujuran ditempat sepatutnya.. jangan disalah letakkan.. dan jangalah hendaknya kita meletakkan kasut di tangan sambil berkata, "saya meletakkan kasut di tangan disebabkan saya berjalan dengan kaki.. " seseorang yang waras sekali-kali tidak akan dapat memahami kata-kata anda itu..

Friday, 15 July 2011

Kisah Fatimah Az-Zahra

Assalamualaikum Wrh. Wbt.

Suatu hari Rasulullah SAW menyempatkan diri berkunjung ke rumah Fatimah az-zahra. Setiba di kediaman putri kesayangannya itu, Rasulullah SAW berucap salam lalu masuk. Ketika itu beliau mendapati Fatimah tengah menangis sambil menggiling Syaiir (sejenis Gandum) dengan penggilingan tangan dari batu. Seketika itu Rasul bertanya kepada putrinya. “Duhai Fatimah, apa gerangan yang membuat engkau menangis ? Semoga Allah tidak menyebabkan matamu berderai.” Fatimah menjawab, “Wahai Rasulullah, penggilingan dan urusan rumah tangga inilah yang menyebabkanku menangis.”

Kemudian duduklah Rasulullah SAW di sisi Fatimah. Lalu Fatimah melanjutkan. “Duhai Ayahanda, sudikah kiranya Ayah meminta kepada Ali, suamiku untuk mencarikan seorang jariyah (budak perempuan) untuk membantuku menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan rumah?”

Maka bangkitlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Dengan tangannya beliau mengambil sejumput gandum, lalu diletakkannya tangan beliau di penggilingan seraya membaca “Bismillah.” Ajaib, dengan seizin Allah SWT penggilingan tersebut berputar sendiri. Sementara penggilingan itu berputar, Rasulullah bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa, sehingga habislah gandum itu tergiling.. “Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT.” Maka penggilingan itu pun berhenti berputar.

Lalu dengan izin Allah pula penggilingan itu berkata dengan bahasa manusia, ”Ya Rasulullah, demi Allah yang telah menjadikan tuan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya. Seandainya tuan menyuruh hamba menggiling gandum dari timur hingga ke barat pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT, “Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu, keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar lagi keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan-Nya. Maka hamba takut, wahai Rasulullah, jika kelak hamba menjadi batu di neraka.” Lalu bersabdalah Rasulullah SAW, ”Bergembiralah, kerana engkau adalah salah satu Mahligai Fatimah az-zahra di dalam surga.” Maka bergembiralah penggilingan batu itu.

Lalu Rasulullah bersabda: ”Jika Allah menghendaki, niscaya penggilingan itu akan berputar dengan sendirinya untukmu. Tapi Allah menghendaki dituliskannya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskannya beberapa kesalahanmu. Dan diangkatnya beberapa darjat untukmu. Bila seorang wanita menggiling gandum untuk suami dan anaknya, Allah akan menuliskan baginya setiap butir gandum yang digilingkannya satu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat.“

Kemudian Rasulullah meneruskan nasehatnya, ”Wahai Fatimah, wanita yang berkeringat ketika wanita itu menggiling gandum untuk suami dan anaknya, Allah akan menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh parit. Wanita yang meminyaki dan menyisiri rambut anaknya, serta mencuci pakaian mereka, Allah akan mencatat pahalanya seperti memberi makan seribu orang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang telanjang. Sedangkan wanita yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya, Allah akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautsar di hari kiamat.”

Rasulullah SAW masih meneruskan nasihatnya, ”Wahai Fatimah, yang lebih utama dari semua itu adalah keredhaan suami terhadap istrinya. Jika suamimu tidak redha, aku tidak akan mendoakanmu. Tidakkah engkau ketahui, redha suami adalah redha Allah SWT, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah SWT?”

“Apabila seorang wanita mengandung janin, maka beristighfarlah para malaikat. Dan Allah mencatat tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit kerana akan melahirkan, Allah akan mencatatkan pahala baginya seperti pahala orang-orang yang berjihad. Apabila ia melahirkan, keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaan saat ibunya melahirkannya. Apabila ia meninggal dalam melahirkan, ia meninggalkan dunia ini tanpa dosa sedikit pun. Kelak ia akan mendapati kuburnya tersebut sebagai taman-taman surga. Dan Allah mengaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah. Dan beristighfarlah seribu malaikat untuknya di hari kiamat.”

”Wahai Fatimah, wanita yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta dengan niat yang benar, Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya. Dan akan mengenakan seperangkat pakaian hijau, dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut ditubuhnya, seribu kebaikan (setiap helai seribu kebaikan). Wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, Allah memandangnya dengan pandangan Rahmat.”

”Wahai Fatimah, bagi wanita yang menghamparkan alas untuk berbaring atau menata rumah dengan baik untuk suami dan anaknya, maka berserulah para malaikat untuknya: ‘Teruskanlah amalmu, maka Allah telah mengampunimu dari dosa yang lalu maupun yang akan datang”

”Wahai Fatimah, wanita yang menlulurkan minyak pada rambut dan jenggut suaminya, serta rela memotong kumis dan menggunting kuku suaminya, Allah akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga. Dan kuburnya akan menjadi taman di syurga. Dan Allah akan menyelamatkannya dari api neraka, serta selamat dari titian Shirotul Mustaqim.”

Dari Abdullah bin Amr Al Ash ra, Rasulullah SAW bersabda: “Dunia adalah suatu perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.”(HR. Muslim).

Sunday, 26 June 2011

Wanita- Solat Berjemaah

Musaddad menyampaikan kepada kami (katanya), daripada Yazid bin Zari’, daripada Ma’mar, daripada az-Zuhri, daripada Salim bin Abdullah, daripada bapanya, daripada Nabi saw, bersabda Baginda: “Apabila isteri seorang kamu meminta izin (ke masjid) maka janganlah ia menegahnya”. (Bukhari)

Wanita tidak diwajibkan bersolat jamaah di masjid. Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadzilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjamaah di masjid dengan alasan ianya lebih tertutup dan lebih aman daripada fitnah (kesempurnaan hijab). Jika kaum wanita mengetahui yang demikian, pastilah mereka tidak meminta untuk keluar ke masjid kerana berkeyakinan bahawa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya.

Namun begitu tidak dinafikan juga bahawa para wanita diharuskan solat berjamaah di masjid. Bahkan harus bagi wali atau suami untuk tidak melarang mereka jika hendak solat berjemaah di masjid kerana Rasulullah saw tidak mencegah sama sekali para wanita untuk solat berjamaah di masjid bersama Baginda sampai masa kewafatannya. Demikian juga para khulafa’ ar-Rasyidin.

Namun perlu diingat bahawa keizinan itu hendaklah bergantung kepada syarat-syaratnya seperti:

1. Tidak memakai wangi-wangian.
2. Tidak bertabarruj (berhias atau bersolek).
3. Tidak memakai gelang kaki yang dapat didengari bunyinya.
4. Tidak memakai baju yang menarik pandangan orang.
5. Tidak bercampur dengan kaum lelaki sehingga boleh menimbulkan fitnah.
6. Tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan kesesakan di jalan yang akan dilewati.

Oleh itu bagi wanita yang mahu mengerjakan solat berjamaah di masjid wajib mematuhi syarat-syarat tersebut kerana semua perkara yang disebutkan tadi mengandungi unsur penggerak dan pengundang syahwat kaum lelaki jika tidak dipatuhi.

Sunday, 12 June 2011

Wanita Solehah

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.


Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Thursday, 9 June 2011

Sifat Perempuan Menjadi Tumpuan


1.) Sikap Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika  sedang stress, cemas dan gelisah dan senang  hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2. 

2.) Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

3.) Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4.) Menghargai 

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5.) Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

6.) Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.

7.) Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8.) Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9.) Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Kesimpulan, adalah mustahil untuk lelaki mendapatkan wanita yang mempunyai semua ciri--ciri idaman ini, namun lelaki juga harus paham bahawa wanita juga menilai mereka! Artikel akan datang dalam masa terdekat..