Janganlah engkau mengeluh kerana bencana malam hari..Sesungguhnya bencana dunia itu tiada yang kekal ~eiynamanzs~
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts
Wednesday, 7 November 2012
Antara Kau Dan Aku
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥ Mode : rindu sangat kat mujahid halalku kerana Allah
Monday, 17 September 2012
Istiqarah Dulu Sebelum Dirimu Jatuh Cinta
بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila umur mencecah dewasa, semakin didalami dunia cinta. Kini nafsu pula menyulami rasa. Cinta kini bukan sekadar bersifat sementara, malah dibaluti maksiat menambahkan dosa. Tiadalah disedari betapa diri sudah dihanyuti. Apabila saban hari menambah kemurkaan Ilahi, akhirnya tersentap menanyakan diri; apakah benar yang dilakukan ini?
Sedangkan diri mula menyedari, bahawa bersama si kekasih itu hanyalah akan menambahkan dosa-dosa lagi. Namun diri ingin benar pulang ke pangkuan Ilahi. Bagaimana caranya Ya Rabbi? Tinggalkanlah sesuatu itu andai jelas ia hanya akan memberatkan lagi kantung dosamu. Sampai bila ingin berterusan dalam melakukan dosa sebegitu?
Benar. Bukan mudah untuk meninggalkan si dia, apatah lagi cinta yang disulami bertahun-tahun lamanya. Namun sanggupkah dirimu menjadi penghuni neraka hanya kerana ingin menyelamatkan cinta yang belum tentu bakal menjadi milikmu buat selamanya? Kalau benar dirimu sayang pada dirimu sendiri, cinta dan si dia, lepas-lepaskanlah. Andai cinta dan maksiat ini berterusan, sanggupkah dirimu dan dirinya bertarung seksa di neraka Allah kelak?
Tiada gunanya ke hulu ke hilir bersama kekasih tercinta, berpegangan tangan melepaskan rindu tetapi akhirnya tidak berkesudahan yang indah; tidak disatukan dengan si dia. Jodoh bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Kalau dia bukan untukmu, walau bercinta seribu tahun lamanya, kamu tetap tidak akan dapat memilikinya. Namun andai dia benar untukmu, walau tidak pernah bertemu, akan ditemukan jua oleh Allah untuk disatukan apabila tiba masanya.
Sudah begitu banyak cerita perihal jodoh yang baru bertemu pada pertama kali, namun terus disatukan tanpa perlu bercinta terlebih dahulu. Cintanya kemudian, yakni selepas disatukan. Fahamilah bahawa bila Allah sudah menetapkan dia untukmu, usah kau gusar kerana walau satu dunia menolaknya, jodoh itu tetap akan tiba dan engkau juga akan tetap dapat memilikinya.
Oleh yang sedemikian, janganlah engkau sesekali menggadaikan segala-galanya semata-mata untuk menjodohkan dirimu dengannya. Itu hanyalah perkerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kemurkaan si Pencipta. Adalah menyedihkan apabila tiba masanya untuk disatukan dengan jodohmu yang sebenarnya, namun segala-galanya telah hilang kerana telah diserahkan pada kekasih yang terdahulu. Dan lebih menyedihkan andai engkau jelas tahu bahawa engkau sekarang terperangkap dan terhanyut dalam dosa cinta namun tetap berterus-terusan melakukan dosa yang sama.
Tinggalkanlah perkara itu andai ia membawa bibit-bibit dosa dalam hidupmu. Bahagiakah mendapat cinta manusia namun disulami kemurkaan Allah? Berkasih-sayang itu tidak salah. Mencintai seseorang itu juga tidak salah. Yang salah itu adalah apabila cinta itu salah dimanifestasikan.
Kalau benar sayangkannya, engkau akan sedaya upaya membawanya ke syurga. Andai tidak berjodoh sekalipun dengannya di dunia, mudah-mudahan engkau berjiran dengannya di sana. Namun andai ke hulu ke hilir bersama tanpa ikatan yg sah, apatah lagi berpegangan tangan dan melakukan perkara yang tidak bermaruah; itu hanya akan menjunamkan kamu berdua ke neraka. Bercinta sehingga menimbulkan dosa-dosa maksiat itu bukanlah cinta sebenar. Itulah cinta yang diulit syaitan dan kenikmatan yang mengelabukan mata.
Cinta yang sejati ialah apabila cinta yang menemukan kembali dua hati di syurga. Cinta sebegini bukanlah cinta yang hina, malah cinta ini adalah cinta yang diredhaiNya. Oleh yang sedemikian, usahakanlah terlebih dahulu menjadikan dia sebagai cinta yang halal bagimu. Usahakanlah perkahwinan secepatnya; agar kamu berdua lebih terpelihara dan terjaga. Namun andai kata masih lagi terhalang dan belum tiba masanya, amanahkanlah si dia pada Allah. Allah akan mengembalikan dia kepadamu andai dia benar untukmu.
Doakanlah agar sepanjang perjalanan itu Allah melindunginya agar terpelihara dari gangguan yang lain dan pulangkanlah dia dan hatinya kembali kepadamu apabila tiba waktunya. Tidak perlu keluar berdua-duaan untuk menjaga hubungan cinta itu. Tidak perlu menayangkan gambar-gambar yang mendedahkan auratmu untuk meraih dan mengekalkan cintanya.
Tidak perlu meninggalkan mesej menggoda sehingga kesannya boleh menaikkan nafsu. Tidak perlu meluahkan kata cinta yang keterlaluan di Facebook sebagai bukti cintamu. Semua itu tidak perlu. Cukuplah kamu mengamanahkan dia pada Allah.
Namun andai dia berkesudahan dgn orang lain, usahlah kamu bersedih kerana Allah akan menggantikan apa yang kamu kehilangan dgn perkara yang jauh lebih baik.
Waktu itu perasaan cinta pada si pengganti yang telah ditetapkan Allah padamu itu akan bercambah dan mekar mewangi. Dirimu akan jauh lebih menyayangi dan mencintainya berbanding si dia yang hanya singgah sebentar dalam hidupmu.
Kalau benar sayangkannya, engkau akan sedaya upaya membawanya ke syurga. Andai tidak berjodoh sekalipun dengannya di dunia, mudah-mudahan engkau berjiran dengannya di sana. Namun andai ke hulu ke hilir bersama tanpa ikatan yg sah, apatah lagi berpegangan tangan dan melakukan perkara yang tidak bermaruah; itu hanya akan menjunamkan kamu berdua ke neraka. Bercinta sehingga menimbulkan dosa-dosa maksiat itu bukanlah cinta sebenar. Itulah cinta yang diulit syaitan dan kenikmatan yang mengelabukan mata.
Cinta yang sejati ialah apabila cinta yang menemukan kembali dua hati di syurga. Cinta sebegini bukanlah cinta yang hina, malah cinta ini adalah cinta yang diredhaiNya. Oleh yang sedemikian, usahakanlah terlebih dahulu menjadikan dia sebagai cinta yang halal bagimu. Usahakanlah perkahwinan secepatnya; agar kamu berdua lebih terpelihara dan terjaga. Namun andai kata masih lagi terhalang dan belum tiba masanya, amanahkanlah si dia pada Allah. Allah akan mengembalikan dia kepadamu andai dia benar untukmu.
Doakanlah agar sepanjang perjalanan itu Allah melindunginya agar terpelihara dari gangguan yang lain dan pulangkanlah dia dan hatinya kembali kepadamu apabila tiba waktunya. Tidak perlu keluar berdua-duaan untuk menjaga hubungan cinta itu. Tidak perlu menayangkan gambar-gambar yang mendedahkan auratmu untuk meraih dan mengekalkan cintanya.
Tidak perlu meninggalkan mesej menggoda sehingga kesannya boleh menaikkan nafsu. Tidak perlu meluahkan kata cinta yang keterlaluan di Facebook sebagai bukti cintamu. Semua itu tidak perlu. Cukuplah kamu mengamanahkan dia pada Allah.
Namun andai dia berkesudahan dgn orang lain, usahlah kamu bersedih kerana Allah akan menggantikan apa yang kamu kehilangan dgn perkara yang jauh lebih baik.
Ummu Salamah sewaktu suaminya diambil Allah, dia berdoa agar Allah mengurniakan pahala di atas kehilangannya dan supaya Allah menggantikan kehilangan itu dengan perkara yang lebih baik. Waktu itu, tiadalah dia dapat menggambarkan siapakah yang lebih baik dari suaminya, Abu Salamah. Tidak tercapai dek akalnya siapa yang lebih baik dari suaminya itu.Namun tidak lama kemudian, Rasulullah S.A.W pun meminangnya. Benarlah bahawa Allah menggantikan apa yang Ummu Salamah kehilangan dgn yang lebih baik, dan tiadalah manusia yang lebih baik dari Rasulullah S.A.W.Begitulah juga dengan kisah hidup manusia. Waktu ini mungkin dirimu merasakan bahawa mana mungkin perasaan cinta ini pada si dia ini dapat hilang walaupun dia ditemukan jodohnya dengan orang lain. Tahukah kamu bahawa dirimu sekarang dalam keadaan fikiran yang tidak tercapai dek akal sebagaimana Ummu Salamah tidak dapat membayangkan siapakah yang lebih baik dari suaminya? Namun apabila Allah menggantikan yang lebih baik kepadamu, waktu itu barulah kamu mula akan menyedari bahawa benarlah Allah menggantikan yang lebih baik.
Waktu itu perasaan cinta pada si pengganti yang telah ditetapkan Allah padamu itu akan bercambah dan mekar mewangi. Dirimu akan jauh lebih menyayangi dan mencintainya berbanding si dia yang hanya singgah sebentar dalam hidupmu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk untuk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"(Al-Baqarah:216)
Oleh itu, jangan gusar untuk melepaskan si dia sementara waktu dan mengamanahkan dia pada Allah. Allah pasti akan memberikan yang terbaik kepadamu kerana Dia benar-benar tahu apa yang terbaik bagimu, lebih daripada pengetahuan yang ada padamu. Adalah tidak salah berhubung dan bertanya khabar namun ikhtilat mesti dijaga. Tidak perlu berbual lama di telefon sehingga menimbulkan syahwat, apatah lagi berbual di malam hari. Tidak perlulah mesej 'sayang dan sayang' melampaui batas sehinggakan boleh menyebabkan boleh terjerumus ke kancah maksiat. Ingat, jangan sesekali menghampiri zina.
Simpan itu semua untuk dinikmati selepas disatukan sebagai suami isteri. Waktu itu tidak perlu takut-takut lagi, malah mendapat pahala kerana menyayangi si dia yang halal bagimu. Jangan ragu-ragu untuk meninggalkan perkara yang jelas mendatangkan dosa. Tinggalkanlah sahaja kerana Allah, dan agar engkau tidak menzalimi diri sendiri. Dan juga, berisitikharahlah. Keputusan jodoh ini adalah sesuatu yang besar dalam hidup seseorang insan, dan oleh itu serahkanlah pada Allah untuk menentukannya kerana Dia tahu apa yang terbaik untukmu.
Jawapan istikharah tidak semestinya datang dari mimpi, bimbang mimpi itu dipengaruhi keinginan hati dan gangguan syaitan. Hasil istikharah itu sebenarnya ketenangan hati yang tidak berbelah bahagi dan juga jalan yang dipermudahkan Allah. Jangan mendesak Allah untuk memberikan jawapan. Beristikharahlah sehingga hatimu tenang dan mendapat jawapan yang jelas. Sabarlah sementara menunggu keputusan dariNya. Dan apapun yang terjadi selepas dirimu beristikharah, ingatlah bahawa setiap yang terjadi itu adalah yang terbaik untukmu dan untuknya, sebagaimana apa yang didoakanmu sewaktu dirimu beristikharah. Ingatlah juga, bahawa Allah ada bersamamu. Yakinlah pada Dia dan setiap perancanganNya.
Akhir kalam, jangan sesekali biarkan dirimu terushanyut dalam dosa kemaksiatan. Cintalah Allah terlebih dahulu sebelum dirimu mencintai makhlukNya. Wallahu'alam.
Moga Allah sayang dan redha ^_^
Simpan itu semua untuk dinikmati selepas disatukan sebagai suami isteri. Waktu itu tidak perlu takut-takut lagi, malah mendapat pahala kerana menyayangi si dia yang halal bagimu. Jangan ragu-ragu untuk meninggalkan perkara yang jelas mendatangkan dosa. Tinggalkanlah sahaja kerana Allah, dan agar engkau tidak menzalimi diri sendiri. Dan juga, berisitikharahlah. Keputusan jodoh ini adalah sesuatu yang besar dalam hidup seseorang insan, dan oleh itu serahkanlah pada Allah untuk menentukannya kerana Dia tahu apa yang terbaik untukmu.
Jawapan istikharah tidak semestinya datang dari mimpi, bimbang mimpi itu dipengaruhi keinginan hati dan gangguan syaitan. Hasil istikharah itu sebenarnya ketenangan hati yang tidak berbelah bahagi dan juga jalan yang dipermudahkan Allah. Jangan mendesak Allah untuk memberikan jawapan. Beristikharahlah sehingga hatimu tenang dan mendapat jawapan yang jelas. Sabarlah sementara menunggu keputusan dariNya. Dan apapun yang terjadi selepas dirimu beristikharah, ingatlah bahawa setiap yang terjadi itu adalah yang terbaik untukmu dan untuknya, sebagaimana apa yang didoakanmu sewaktu dirimu beristikharah. Ingatlah juga, bahawa Allah ada bersamamu. Yakinlah pada Dia dan setiap perancanganNya.
Akhir kalam, jangan sesekali biarkan dirimu terus
Moga Allah sayang dan redha ^_^
Tuesday, 4 September 2012
Tak Ku Pinta Kesempurnaan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu, dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…
- Seseorang yang kan ku sayangi kerana kelembutan hatinya
- Seseorang yang kan ku cintai kerana keindahan akhlaknya
- Seseorang yang kan ku kasihi kerana kehalusan budinya
- Seseorang yang kan ku kagumi kerana kesantunan sikapnya
- Seseorang yang kan ku puja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
- Seseorang yang mahu menerima ku seikhlas hatinya…
- Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba
- Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
- Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
- Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
- Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
- Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
- Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
- Yang kan selalu ku janji bersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…
"Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…"
Friday, 13 July 2012
Kerana kita seorang wanita
Buat Akhwat yang dikasihi ^_^
Walaupun kita akhawat macam singa,
Walaupun kita bekerja seolah-olah tiada siang dan malamnya,
Dan seolah-olah dunia ini ibarat tiada apanya,
Melainkan dakwah, dakwah, dan dakwah,
Dan yang pasti dakwah kerana Allah.~
Namun,
Kita tetap seorang manusia,
Kita tetap seorang wanita.
Wanita yang mahu dsayangi,
Dibelai
Dicintai
dan dihargai selalu..
samada oleh rakan-rakannya
apatah lagi seorang insan istimewa
bergelar suami...
Walaupun ramai melihat kita gagah
Atau seolah-olah tidak punyai perasaan
atau nampak seolah-olah tidak ambil kisah,
Kita tetap seorang wanita,
penuh dengan perasaan
penuh dengan cinta
penuh dengan sebuah harapan
Dan tentunya saat kita mengenali yang bernama ikhwah,
apatah lagi yang belum berpunya
hebat pula di mata dunia dakwah
Gah dalam berkata-kata
mahupun hebat dalam amal serta penulisannya
Kita pasti akan memasang harapan
kita pasti akan memasang impian
kita pasti akan bermimpi akannya
dan berharap sangat-sangat
agar kita dapat menjadi sayap kiri kepada perjuangannya
kerana kita masih seorang wanita,
sekuat mana pun kita
fitrah kita pasti tetap bersuara
dan kita tetap mahukan
yang menjadi pendamping hidup kita
adalah yang terbaik buat kita
Lelaki yang soleh
dan pastinya seorang Abnaul Harakah!
Harganya seolah-olah mahal sekali!
Kerana begitu kurangnya ikhwah di luar sana!
Kerana itu, tidak hairan ada yang berkata,
" Ana memang tak layak dengan muslimin kita, biarlah dengan orang luar je. "
Title Abnaul Harakah itu terkadang amat mahal pula rasanya..
Sedangkan seorang ikhwah itu
Hanyalah seorang manusia jua
hanya seorang manusia
Ramai yang berkata,
' Tak kisahlah, asalkan ikhwah kita, Allah yakin akan istiqamah dalam dakwah ini '
SEDARLAH!!!!!!
Kita takkan kenal betul-betul seseorang itu sehingga kita berkahwin dengannya.
Walaupun sangat cair hati melihat kesegakan dia, mahupun kelajuan dalam dakwahnya, mahupun kepetahan dalam butir bicaranya, apatah lagi tulisannya yang gempak gempita, TETAPI yakinlah bahwa mereka itu tetap seorang manusia.
Seperti kita juga, seorang manusia
yang penuh dengan kelemahan
Jangan letakkan harapan yang menggunung tinggi.
Jangan harap kita akan kuat berkahwin dengan sesama Abnaul Harakah
kerana berkahwin dengan ikhwah itu bukanlah tiket menguatkan diri!
kerana masing-masing perlu super duper hebat
kenal diri sendiri dalam arena dakwah
mempunyai kemahuan dakwah yang serasi
dan itulah yang mensinergikan dakwah
Bagaimana mujtama' muslim bakal terbina
jika baitul dakwah yang dibina
goyah dan tidak kukuh
Hebat itu bukan pada KEPETAHAN berkata atau KEMANTAPAN tulisannya
Tetapi pada setiap juzuk kehidupannya, walau dia mungkin biasa di pandangan manusia
Luar biasa di pandangan Allah. Seluruh kehidupan dia adalah cerminan Al-Quran. Lambang seorang muslim yang lengkap muwasafat tarbiyyahnya.
Walaupun dia tak dikenali dan tak ada orang tahu tentangnya.
Dan ana tahu perasaan enta
kerana ana juga seorang perempuan
Ana tahu perasaan kalian,
Siapa tak nak suami seorang Abanul Harakah?
Yang terjaga solat 5 waktunya
Dakwah adalah kehidupannya
Islam cara hidupnya
Terbaik serba serbi
Apatah lagi yang tahu tanggungjawab seorang suami....
Siapa yang tak nak?
Tetapi, bersama kita benar-benar fahami hakikat ini.
Jodoh itu rahsia Allah
Ianya itu ketentuan Allah
Ianya juga rezeki dari Allah
Kita boleh jadi orang yang paling hebat dalam dakwah, tapi mungkin berkahwin dengan orang biasa/bukan Abnaul Harakah..
atau kita boleh jadi orang yang paling biasa sahaja dalam dakwah, tapi berkahwin dengan Abanul Harakah yang hebat...
Kerana Jodoh ini benar-benar rahsia Allah..
Ianya juga adalah ujian dari Allah..
Kita tak tahu siapa yang terbaik buat kita.
Dan kita tak tahu,
Mungkin jodoh kita di dunia
ataupun di akhirat nanti..
Tidak salah berharap apatah lagi berusaha untuk mendapatkannya.
Cuma, jangan jadikan harapan kita untuk berkahwin dengan seorang Abanul Harakah itu, melarutkan diri kita pada sebuah mimpi-mimpi, yang melekakan kita..
Sedangkan, walaupun dia seorang Abnaul Harakah, mungkin dia bukanlah orang yang terbaik untuk kita
Kerana, ALLAH, nak kita betul-betul menyediakan diri kita sebagai seorang isteri, walaupun dengan siapapun kita berkahwin..
Kerana di jalan dakwah kita bernikah, kerana Allah bukan sesiapa..
Kahwin dengan Abnaul harakah pun ada ujiannya. Banyak perkara yang kita nampak ideal sebelum kahwin. Rupanya selepas kahwin, amat sukar dilaksanakan...
Begitu juga jika berkahwin dengan yang bukan ikhwah, ada juga ujian tetapi lain pula ujiannya.
Rasa dah ready nak menjadi pendamping seorang lelaki?
Betul dah ready?
Betul ni?
Ready dengan segala aspek, ready dengan kesabaran, ready dengan tawakkal, ready dengan niat yang benar, berkahwin sebab dakwah, ready dengan menerima segala kekurangannya..
Jodoh ini, benar-benar kerja Allah..
Kita harus berusaha, berdoa dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah.
Dan saat kita telah berusaha, melebih kebiasaan seorang wanita biasa
Namun tetap tidak berjaya
Kita harus redha dan pasrah menerima
Takdir Allah itu ada nilaiannya..
Janji Allah itu benar!
Tak perlu kita bermimpi untuk memiliki dia, dan ramai tahu siapa dia yang kita sukai itu..
Kerana, jika benarlah jodohnya adalah kita, semua manusia cuba menghalang pun, tetap akan menjadi jodoh kita..Tetapi, jika dia bukan jodoh kita, kita berusaha bagaimana pun, melalui cara apa pun, kita tetap takkan menjadi milik dia..
Lihat sahaja bagaimana Asiah boleh mnjadi isteri Firaun?
Begitu juga Zulaika ketika mendapatkan Yusuf?
Juga kisah Saidina Ali dan Fatimah yang saling memendam?
Bukankah jodoh itu di tangan Allah?
Tidak perlu terlalu sibuk mencari..
Sibukkanlah diri dengan berusaha..
Usahakan apa yang telah Allah wajibkan pada kita..
Dakwah dan menjadi hambaNya..
Dan bilamana kita all out sebegitu, adakah Allah akan tinggalkan kita?
Ini janji Allah!
“Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)”
Memang seronok dan semua ingin mendampingi bidadara dunia
Namun sedarlah hidup ini terlalu unik aturannya..
Yakinlah, Allah takkan abaikan kita..
Asalkan kita benar-benar menjaga dan memperjuangkan agamaNya..
Kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita..
Moga selepas ini, kita akan lebih fokus dalam dakwah, lebih banyak menangis, lebih banyak berdoa, lebih banyak bergantung, jodohmu, sepenuhnya kepada Allah.
Jika sudah tersuka pada seseorang, kurangkanlah sedikit-sedikit membaca, melihat fb atau membuat benda-benda yang akan membuakkan lagi perasaan cinta kepada dia.
Memang susah, sangat susah. Namun inilah jalan MUJAHADAH!
Sebab itu, Allah ajarkan kita cintakan Dia, cintakan dakwahNya, dan akhirnya masa itu akan tiba. Bila masa itu hadir, kita boleh mencintai pasangan hidup kita itu, hanya kerana Allah ...
Demi manfaat bersama, dari ana dan untuk semua..
~ MUJAHADAHLAH, KELAK KAU TEMUI KEMANISAN DARINYA ~
Saturday, 12 November 2011
TETAPI YANG SEPATUTNYA (CINTA ADD KASIH ADD SAYANG ADD HATI)
CINTA :
(sebelum kahwin)
Cubit kiri, kanan rasa.
Impian indah ibarat syurga.
Nikah impian utama.
Taat setia membawa bahagia.
Awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
Cuka yang dituang pada luka.
Iblis yang merosak minda.
Nafsu semata-mata.
Tuba yang dibalas semula.
Api dalam neraka.
KASIH :
(sebelum kahwin)
Kongsi semua suka duka.
Abang adik, ayang anja.
Sumpah janji di bibir sentiasa.
Istana bahagia dah dicipta.
Hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
Kaki tangan naik kat kepala.
Abuk pun tara, nak makan apa??
Simpati langsung tak ada.
Ironi membakar jiwa.
Hidup mati sama je.
SAYANG :
(sebelum kahwin)
Sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
Asal free mesti nak jumpa.
You lap me, I lap you!
Apa saja sanggup diduga.
Nak itu, nak ini... mesti dapat.
G ula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
Salah sikit kiamat dunia..!!
Air tak sedap, basahlah mata.
Yang betul dia je.
Ada takde, bagi anak reti la.
Nak dilawan, digelar derhaka.
Gaduh sampai lebam.
HATI :
(sebelum kahwin)
Hanya dikau yang daku cinta.
Air paip pun manis macam gula.
Tak jumpa sehari boleh jadi gila.
Igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
Hantu jembalang lagi sempurna.
Air mata jadi teman setia.
Tempat mengadu dah tak ada.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?
TETAPI YANG SEPATUTNYA (CINTA ADD KASIH ADD SAYANG ADD HATI)
Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama.
Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan.
Timang cahaya mata sebagi pengikat kasih sayang.
Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
Kasih berputik dikala pertunangan diikat.
Akad dilafaz cinta berbunga.
Suami disanjung-tinggi.
Isteri disayangi.
Harumlah kasih sepanjang zaman.
Sayangkan Isteri kasihkan suami.
Ada masalah, dibincangkan bersama.
Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Amalkan hidup bertoleransi.
Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama.
Gaduh sesekali tu perkara biasa.
Hati suami mesti dijaga.
Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh.
Tanggung-jawab dipikul bersama.
Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti.
Tuesday, 27 September 2011
Hawa Tercipta Saat Tidurnya Adam
Assalamualaikum..
Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat mereka terjaga??. Tahukah kamu yang hawa diciptakan dari tulang yang bengkok?? Bukan dari yang lurus?? Dari kiri pula~
Lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,
Lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua.
Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW,
“jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”
Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW,
“jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”
Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.
Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.
Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.
Jadi kepada kaum Adam sekalian, apakah yang telah anda lakukan pada kaum Hawa pada ketika ini?? pada minggu ini?? pada tahun ini dan sepanjang hidup meniti kehidupan pada jasad yang hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa??
Jadi kepada kaum Adam sekalian, apakah yang telah anda lakukan pada kaum Hawa pada ketika ini?? pada minggu ini?? pada tahun ini dan sepanjang hidup meniti kehidupan pada jasad yang hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa??
Wajarkah kita memperlakukan mereka sebegitu??
Sunday, 25 September 2011
Untuk Ketentuan Cinta Kerana Allah
Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran:31)
Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah semata-mata, ialah bila anda mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya. Misal cinta itu ialah: Seseorang yang mencintai gurunya sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya. Sedang tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan dan amalan yang baik itu, ialah keselamatan diri di Hari Akhirat. Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.
Misal yang lain ialah: Seorang guru mencintai muridnya, sebab kepadanya guru itu dapat menurunkan ilmu pengetahuan dan dengan sebab itu pula guru itu memperoleh pangkat seorang pendidik atau guru. Orang ini juga, dikira cintanya kerana Allah semata-mata. Begitu pula orang yang bersedekah dengan harta bendanya kerana menuntut keredhaan Allah, atau orang yang suka mengundang tetamu di rumahnya, lalu menghidangkan berbagai-bagai makanan yang lazat, semata-mata kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan sayang dan kasih terhadap tukang masaknya, kerana kemahirannya untuk menyediakan makanan-makanan yang lazat; cinta ini juga dikira sebagai cinta kerana Allah.
Misal lain lagi ialah misal seorang yang suka menyampaikan sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya, maka perilakunya itu dikira sebagai cinta kerana Allah juga. Ataupun orang yang mencintai pekerja yang membantu mencuci pakaiannya, membersihkan rumahnya, dan memasak makanannya, yang mana dengan terlepasnya ia dari tugas-tugas ini, senanglah ia dapat menuntut ilmu atau membuat pekerjaan yang lain, sedang tujuan utama dari mempekerjakan orang itu semata-mata kerana melapangkan diri untuk memperbanyakkan ibadat, maka ia juga terkira pencinta kerana Allah.
Begitu juga ia mencintai seorang kerana orang itu mencukupkan keperluannya dari wang dan pakaian, makanan dan rumah dan lain-lain keperluan yang mesti untuk kehidupan di dunia, sedang maksud orang yang menderma itu ialah supaya ia dapat melapangkan diri untuk menuntut ilmu pengetahuan yang berguna, sambil melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala maka cintanya itu dikira kerana Allah Ta’ala jua.
Segolongan para Salaf Saleh yang terdahulu, sering segala keperluannya ditanggung oleh hartawan-hartawan yang murah hati. Jadi dalam hal ini, kedua-dua pihak tergolong pencinta-pencinta yang mencari keredhaan Allah Ta’ala.
Juga, jika seseorang itu menikahi seorang wanita yang salehah untuk melindungi dari godaan syaitan, serta memelihara agamanya, atau untuk menginginkan seorang anak yang saleh dari pernikahan itu, ataupun dia mencintai isterinya kerana menerusinya ia dapat sampai kepada tujuan-tujuan yang suci, seperti misal-misal yang disebutkan di atas tadi, maka ia adalah seorang pencinta kerana Allah Ta’ala.
Demikian pula, jika seseorang itu dalam hatinya tersemat cinta kerana Allah dan dunia, seperti seorang yang mencintai guru yang mendidiknya, lalu ia pun mencukupkan segala keperluan guru itu di dunia dengan wang dan sebagainya, maka ia dikira orang yang mencintai kerana Allah.
Seterusnya, bukanlah dari syarat-syarat cinta kerana Allah Ta’ala itu, ia mesti tinggalkan semua nasibnya dari harta kekayaan dunia sama sekali, sebab para Nabi salawatullahi alaihim sering menyeru kita berdoa, agar Allah s.w.t. mencukupkan kedua-dua keperluan dunia dan akhirat.
“Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.”
(al-Baqarah: 201)
Juga dalam doa yang ma’tsur berbunyi:
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu kerahmatan yang dengannya aku boleh memperoleh pangkat kehormatanMu di dunia dan di akhirat.”
Bila kecintaan seseorang kepada Allah telah menjadi kukuh, niscaya akan muncul wataknya perasaan suka membantu dan menolong serta mengutamakan orang lain dari diri sendiri, bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya dari harta, jiwa dan nasihat yang baik.
Dalam hal ini manusia adalah berbeda menurut perbedaan darjat kecintaannya terhadap Allah azzawajalla. Ia akan dicuba dalam kecintaannya itu dengan berbagai-bagai percubaan yang bertalian dengan kepentingan-kepentingan dirinya, sehingga ada kalanya semua kepentingan itu sudah tidak ada yang tinggal lagi, semuanya telah dibelanjakan bagi kepentingan orang yang dicintainya itu, Terkadang-kadang ditentukan sebahagian untuk diri sendiri, manakala yang lain diberikan kepada orang-orang yang dicintainya.
Tidak kurang juga, orang yang membahagikan harta kekayaannya kepada dua, satu bahagian untuk dirinya dan satu bahagian lagi untuk kekasihnya, ada yang memberikan sepertiga dari harta kekayaan, dan ada sepersepuluh dan seterusnya. Banyak atau sedikit wang yang dibelanjakan itu bergantung pada rasa cintanya terhadap orang itu, sebab tidak dapat ditentukan darjat cinta itu, melainkan dengan kadar harta yang dibelanjakan kepada para kekasihnya. Maka barangsiapa hatinya telah dipenuhi oleh rasq cinta kerana Allah, tidak ada benda-benda lain yang masih dicintakan lagi, selain dari cintanya kepada Allah semata-mata. Ketika itu tidak akan meninggalkan sesuatu benda pun dari harta kekayaannya, melainkan semuanya dibelanjakan kerana Allah s.w.t.
Contoh dalam misal ini, ialah Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq (Khalifah Islam pertama), beliau telah menyerahkan puterinya Aisyah (untuk dikahwinkan kepada Rasulullah s.a.w. – pent), sedangkan aisyah itu cahaya matanya kemudian dibelanjakan semua harta bendanya kerana Allah s.w.t.
Dengan itu disimpulkan, bahwasanya sesiapa yang mencintai seorang alim atau’ abid, ataupun dia mencintai penuntut ilmu pengetahuan atau orang yang sepanjang masanya beribadat atau membuat kebaikan, maka yakinlah bahawasanya ia mencintainya itu kerana Allah dan untuk Allah dan tentulah ia akan mendapat ganjaran pahala dan kurnia dari Allah Ta’ala menurut kadar kekuatan cintanya itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)





