Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Saturday, 6 August 2011

Keindahan Sifat Sabar


Bersabar merupakan ciri orang-orang yang menghadapi pelbagai kesusahan dengan lapang dada, kemahuan yang keras serta ketabahan yang besar. Kerana itu, jika kita tidak bersabar, maka apa yang boleh kita lakukan.
Adakah anda memiliki penyelesaian lain selain bersabar? Dan adakala anda mengetahui senjata lain yang dapat kita gunakan selain kesabaran?
Konon, seorang pembesar negeri ini memiliki ‘ladang gembalaan’ dan ‘lapangan’ yang selalu ditimpa musibah; setiap kali selesai dari satu kesusahan, kesusahan yang lain pula datang mengunjunginya. Meski demikian, ternyata ia tetap berlindung di sebalik perisai kesabaran dan mengunakan benteng keyakinan kepada Allah.
Demikian itulah orang-orang mulia dan terhormat bertarung melawan setiap kesusahan dan menjatuhkan semua bencana itu terkapar di atas tanah.
Malahan ketika menziarahi Abu Bakar yang sedang terbaring sakit, para sahabat berkata kepadanya, “Bolehkah kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?” “Seorang tabib telah memeriksaku!,” jawab Abu Bakar. Para sahabat pun bertanya, “Lalu apa yang ia katakan?”
la berkata, “Sesungguhnya aku boleh melakukan apa saja yang aku mahu.”
Bersabarlah kerana Allah. Dan sebaiknya anda bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya kemudahan, mengetahui tempat kembali yang baik, mengharap pahala dan senang mengingkari kejahatan. Seberapa pun besar permasalahan yang anda hadapi, tetaplah bersabar. Kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluar datang bersama kesusahan dan dalam setiap kesusahan itu ada kemudahan.

Thursday, 4 August 2011

Ingat Niat dan Berhati-hati Dengannya

Assalamualaikum.
Hati-hati dalam memilih niatmu!
Atas dasar apa kau memilih jalan ini?
Apa motivasinya?
Sewaktu fasa awal tarbiyah, kita mungkin dimanjakan. Diberi perhatian sepenuhnya. Menerima dan terus menerima tanpa memikirkan mereka yang selamanya memberi.
Lalu kita merasakan,
Nikmatnya ukhwah bersama akhawat – susah senang bersama.
Nikmatnya murabbi yang sentiasa membelai dan memberi sepenuh perhatian.
Nikmatnya pengisian yang sentiasa menghiburkan hati yang gelisah.
Nikmatnya melancong ke sana sini berprogram sambil mentadabbur alam.
Waspadalah! Kelak nanti mungkin kau akan merasakan,
Akhawat seperti tidak mempedulikan dirimu lantaran “sibuk” dengan tugas dakwah.
Murabbi mu hanya boleh berjumpa atau melayani mu hanya beberapa ketika.
Pengisian yang kau dapat akan bersifat “keras” atau “memaksa”.
Melancong? Sejak bila pula kita ada masa nak melancong!
Kalau berada di jalan ini untuk mengharapkan kehangatan ukhwah seperti di awal-awal dulu, kau pasti akan kecewa disebabkan ukhwah kita sudah berkait rapat dengan topik-topik dakwah yang sentiasa memenatkan. Sementara kau masih mengharapkan ukhwah seperti kanak-kanak, bersenda gurau dan hidup di dalam dunia sendiri.
Kalau kerana suka pada peribadi murabbi yang selalu memberi perhatian dan memanjakan kita di awal-awal dulu, kau pasti akan kecewa pada suatu hari nanti.
Kerana setiap murabbi pasti akan ditambah mas’uliyahnya secara berperingkat. Masanya akan terpecah-pecah kepada mas’uliyah yang pelbagai. Belum lagi ditambah dengan ujian demi ujian yang menimpanya yang mahu tak mahu akan menuntut perhatiannya.
Sementara kau masih menuntut perhatian darinya untuk melayani dirimu setiap waktu. Sedangkan gerak kerja dakwah mu tidaklah banyak mana. Sedih dan keluh kesah yang kau kumpulkan untuk murabbi mu yang separuh mati bekerja itu.
Kalau kerana pengisian yang sentiasa menghiburkan mu, sedarlah pada suatu hari, kau akan sibuk memberi dari menerima. Dan majoritinya adalah dari zatiyyah mu sendiri. Apa yang kau akan terima pula adalah perkara yang akan menggoncangkan dan menghentak-hentak pemikiranmu untuk terus menambal amal mu di jalan ini. Sudah banyak bermain dengan realiti berbanding teori seperti dulu.
Sedarlah dakwah ini hanya kerana Allah.
Jadikanlah Allah sebagai motivasi mu berada di jalan ini.
Bukan pada ukhwah.
Bukan pada murabbi.
Bukan pada pengisian.
Bukan pada apa saja!
Sehinggakan apabila kau melihat ahli di dalam dakwah ini seperti robot, tidak basah ukhwahnya, kau lah yang akan menghidupkan suasana itu! Semuanya atas motivasi Allah.
Apabila kau lihat perhatian yang diberikan oleh murabbi semakin berkurang, kau lebih bersemangat menggerakkan dakwah. Kerana kini keluh kesah mu itu dilegakan dengan komunikasi terus dengan Allah di dalam jilsah tafakar mu. Tidak lagi bergantung hanya kepada murabbi seperti dulu.
Tidak ku nafikan pasti akan lahir di hati kita sedikit kekecewaan apabila ahli dakwah ini banyak kekurangannya. Tidak serius dengan binaannya. Tidak peka pada maslahat ikhwah akhawat di sekelilingnya. Tidak bersungguh membantu menyelesaikan masalah ahli-ahlinya.
Tapi ubatilah kekecewaan itu dengan bertindak membetulkan keadaan.
Bukannya merajuk atau keluar terus dari jalan ini.
Ibarat melompat keluar dari sebuah kapal yang bocor dengan terjun ke tengah-tengah lautan. Menanti dan terus menanti adanya kapal yang sempurna. Sedangkan ia tidak pernah wujud.
Dan manusia ini tidak ada yang sempurna. Jemaah ini jemaah manusia. Penuh cacat cela. Dan datanglah tarbiyah untuk menyempurnakannya sedikit demi sedikit.
Andai kau berehat atau berhenti, adakah akan menambahbaik kapal kita ini?
Terbayang-bayang di fikiranku wajah mereka yang terabai disebabkan kita yang selalu melayani perasaan kecewa tanpa disusuli dengan tindakan untuk memperbaikinya.
Semoga Allah ampuni dosa kita akibat selalu bermain perasaan di jalan ini.

Zu Al-Bijadain-Pembeli Akhirat Dengan Dunia

Di celah-celah gunung yang terletak berhampiran Yathrib, dilahirkan seorang bayi lelaki bernama Abdul ‘Uzza bin Abd Naham al-Muzaniy. Dia merupakan anak kepada sepasang suami isteri yang miskin dan Allah telah menjemput ayahnya ketika dia masih lagi belum pandai berjalan.
Namun, bayi ini mempunyai seorang bapa saudara yang kaya dan kekayaan itu dilimpahkan kepada bayi tersebut. Abdul ‘Uzza disayangi seperti anak sendiri. Sehinggalah bayi itu meningkat dewasa, dia telah menjadi orang pertama dari kaumnya yang memeluk Islam. Keislamannya dirahsiakan. Harapannya agar bapa saudaranya turut memeluk Islam dan agar keislamannya boleh diumumkan.
Lama pemuda mukmin ini bersabar namun pakciknya tetap jauh daripada Islam. Pemuda ini terlepas peluang demi peluang untuk bersama-sama Nabi Muhammad dalam banyak peristiwa sehinggalah dia nekad, walau apa pun akibatnya, dia akan berterus-terang. Tatkala keislamannya diketahui oleh pak ciknya, inilah yang dikatakan kepada pemuda tersebut.
“Saya bersumpah demi al-Lata dan al-Uzza, jika kamu memeluk Islam, saya akan mengambil kembali segala yang telah saya berikan kepadamu. Saya akan serahkan kamu kepada dunia kepapaan. Saya akan biarkan kamu menjadi mangsa kelaparan”
Namun, pemuda itu tetap dengan akidahnya yang mengesakan Allah. Pemuda bani Muzani ini pun berhijrah dengan agamanya kepada Allah dan Rasulnya. Dia segera ke Madinah kerana rindunya yang membuak-buak kepada Rasulullah. Semasa perjalanan itu, pakaiannya terkoyak dua lantas sebahagian dibuat kain lepas dan sebahagian lagi dipakai. Sampai ke Madinah, dia diberi nama Abdullah oleh Rasulullah.
Rasulullah berkata: “Tinggallah berhampiran dengan rumah saya. Kamu menjadi tetamu saya”.
Sejak hari itu ,dia dikenali sebagai Abdullah. Para sahabat menggelarkannya Zu al-Bijadain (pemilik dua kain kasar) setelah melihat pakaiannya dan mengetahui kisah hidupnya. Sesungguhnya dia meninggal dunia dalam keadaan berhijrah kepada Allah, berjihad di jalan Allah, asing dari negeri dan rumah asal, jauh dari keluarga dan kerabat.
Namun, Allah gantikan dengan gantian yang jauh lebih baik!
Para sahabat yang mulia menggali kubur untuknya.
Rasulullah sendiri yang turun ke dalam kubur.
Kedua tangan baginda yang mulia telah meratakan kuburnya.
Abu Bakar dan Umar r.a yang menghulurkan jenazahnya ke dalam kubur kepada baginda Nabi.
Abdullah bin Mas’ud yang menyaksikan pengebumian tersebut berkata,
“Alangkah bertuahnya jika saya menjadi pemilik lubang (kubur) ini. Demi Allah, saya kepingin kalaulah saya berada di tempatnya. Saya telah memeluk Islam 15 tahun lebih awal daripadanya”

Sinar Cahaya Ilahi

Alhamdulillah.
Moga Allah terus menititipkan buah – buah kekuatan buat kita semua, terutama untuk bersungguh – sungguh beramal dan menjaga mutaba’ah amal kita lebih – lebih lagi dalam ramadhan yang penuh barakah ini. Agar a’mal – a’mal itu yang menggerakkan kita, iAllah.
Suatu pencarian rahmat , keampunan dan pembebasan api neraka.
Ketaqwaan itu yang kita kejar dalam madrasah tarbiyyah ramadhan ini iAllah
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”
(Al-baqarah, 2:183)
Buat hati – hati yang ingin menginfaqkan seluruh hidup kita untuk jalan Allah, kadangkala kita tercari – cari kekuatan yang kadangkala lesu, pudar dan hilang. mencari mutiara mutiara tarbiyyah , kemanisan iman yang acap kali kita rasai selaku memiliki jiwa yang beriman, tarbiyyah diri yang kadangkala tidak tercater, terutama pabila masuk musim cuti, kerja da’wah yang tak putus-putus, malah meruntun segala jiwa, fikiran, harta dan masa kita, email yang beratus – ratus masuk dalam inbox kita yang mengkhabarkan apa yang berlaku di dunia nyata,
Allahuakbar. Kadangkala kita pun boleh rasa lost, terasa perlahan pergerakannya, bahkan kita merasakan tidak betul-betul kuat untuk menapaki jalan da’wah yang mulia ini.
jiwa ini juga selalu begitu, saat kita merasai betapa dahaganya jiwa kita akan sentuhan-sentuhan tarbawi,
apatah lagi sentuhan murobbi, saat itulah kita perlu bangkit, menjaga level iman kita agar sentiasa dalam keadaan stabil dan meningkat, merasai kemanisan berhubung dengan Allah, apatah lagi bercinta dengan Allah.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran”
(Al-Baqarah, 2:186)
Ayuh, kita sama-sama kembali kepada Allah, meluruskan niat-niat kita untuk apa kita melakukan semua ini.
Kita sangat fahami, jalan da’wah ini sajalah yang menghantar kita ke syurgaNya, tiada jalan lain.
Ayuh, sama-sama kita kuatkan hati – hati kita, biarpun terlalu banyak kelemahan – kelemahan yang kita ada,
Allah telah memuliakan kita dengan risalah agung ini,
Allah telah memilih hati – hati kita untuk mengemban da’wah yang suci ini,
Masakan tiada ujian yang diberikan olehNya buat hamba-hambaNya yang beriman.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,
“Kami telah beriman,”, dan mereka tidak diuji?”
(Al-Ankabut, 29:2)
Bukan kita saja yang merasai keperitan ujian, bahkan generasi terdahulu sudah pun merasai yang lebih dasyhat.
Buat kita yang baru setahun jagung dalam dunia da’wah dan tarbiyyah, sangat perlu menguatkan jiwa-jiwa kita untuk terus tegar berada dalam jalanNya.
Bukankah kita ingin betul – betul menjadi individu-individu muslim yang sempurna muwasafatnya
lalu menjadi bongkah – bongkah tapak asas ke atas kemenangan islam di atas muka bumi Allah ini.
Moga Allah terus memberikan kekuatan-kekuatan buat kita,
kekuatan iman yang mendalam lalu menggerakkan menjadi amal insyaAllah.
Sungguh jalan da’wah ini tidak mudah, apatah lagi payah, meruntun pengorbanan jiwa, harta, fikiran, masa dan segala-galanya.
Makin lama kita di jalan ini, makin banyaak pertanggungjawaban yang wajib kita galasi.
Lantas, kitaaa wajibb menyiapkan diri – diri kita dengan bekalan-bekalan agar kita tak kan termengah-mengah dipertengahan jalan ataupun terberhenti di mana – mana persimpangan. Nauzubillah.
Moga Allah memberikan kita thabat, istiqamah dan syahid di dalam jalanNya.
Moga kita terus mensucikan jiwa-jiwa kita untuk kembali padaNya.
Kembalilah pada Allah, minta dan rayulah padaNya, punca segala kekuatan.
Bersyukurlah atas ni’mat ukhuwwah fillah yang superr cool,
sahabat-sahabat seperjuangan yang juga merasai ujian-ujian Allah ini, biarpun dalam skala yang berbeza.
berukhuwwah dan berkasih sayang di atas aqidah yang satu.
Moga kita sentiasa memiliki himmah aliyyah dan iradah qowiyyah.
Moga Allah mendengar rintihan – rintihan kita di balik tikar sejadah dan gelap malam.  Motivasi terbaik itu datangnya dari Allah.
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
(At-Taubah, 9:111)

Tuesday, 2 August 2011

~AKU DAH BERTUNANG~

Sibuk malam ni dengan study...maklum lah orang keja dan belajar..(buku-buku peneman setia bila dirumah)..mengantuk dan sangat penat hari ni..(penat berpanas di pejabat siang tadi). Tiba hati terdetik nak mengupdate blog terakhir sebelum tidur..dan ziarah blok sahabat..tertarik dengan artikal yng menyentuh hati kecil dan di titipkan buat tatapan sahabat semua.


Pada suatu hari~
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah (bertunang) apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.

Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Wallahua'lam.


Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin zaa'iqatul maut ~

Monday, 1 August 2011

Jika Aku Telah Tiada

Bertebaran daun kering dalam perjalanan selepas gugurnya dari dahan....
Mungkin kita bersama hari ini..
Tapi tidak kupasti bagaimana kan terjadi hari esok...

Bilamana aku sudah tidak lagi disisi,
Jangan diratapi cinta yg bukan milik kita..
Semua harus berakhir namun bukan ditangan kita bagaimana ia berlalu...
Yang pastinya jangan ditangisi pemergian itu..
Mungkin nanti kita bersama diatas sana..
Biar aku setia menjaga cintamu sahabat....

Aku pinta, yg baik semasa hayatku kau titip sebagai kisah pedoman..
Dan yg buruk itu kau kuburkan terus bersama air kasih sayang dipusara ku...
Selamanya..

Bilamana jasad ini sudah kaku,
Satu yg banyak manfaatnya kupohon..doakan aku mengadapNya dengan penuh keyakinan..
Doamu kepada pemergian aku kepadaNya yg lebih aku mahukan...

Khabarkan pada teman-teman seperjuangan..
Gugurnya bunga mawar dalam juangnya srikandi itu..
Bukanlah beerti lilin nya terpadam sekali...
Nyalakan ia agar gegak gempita itu sampai biar hingga ke pelusuk lorong yg gelap..
Agar apa yg berguna itu sampai...
Jangan kau lupa sahabat-sahabat..Jika aku sudah tiada,
kenangan itu akan tetap tersemai didalam jiwa masing-masing..
Untuk saat ini didunia ini, mungkin kita tidak bersama lagi....
Tapi kita yakinlah berdiri diatas tali yg sama...
Pasti akan bersua suatu hari nanti..
Biarpun kita tidak akan kenal satu sama lain dimasa itu nanti...

Apa yg kutorehkan...harap ampunkan aku..
Apa yg ku terambil...harap dihalalkan...
Apa yg aku perkatakan....moga tidak merentap sanubarimu...
Izinkan aku mengucap sayangku pada kalian kerana menjadi sebahagian dari warna hidupku....
Inilah yg aku harapkan pabila aku sudah tiada.....

ANTARA KAWAN, SUAMI & ISTERI

Ini dari bahan bacaan yang aku baca... bukunya bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA.  Untuk dikongsi bersama.  Semoga kita semua mendapat manfaat darinya

Suami, Isteri dan Kawan
Kerana soal emosi dan logik, saya cuba untuk  memahami sesuatu.  Sering saya ketemu, isteri-isteri tidak begitu berminat atau komited lagi dengan persahabatan mereka.  Mereka ada ramai best frends semasa anak dara, hingga tidur berkongsi bantal dan mimpi, namun selepas berkahwin dan beranak-pinak, mereka tidak lagi serapat dulu.  Tumpuan dan attachment mereka sangat tertumpu pada suami dan anak-anak.



    "Kalau Yang nak pergi kedai dengan kawan-kawan, do some shopping, Abi tak kesah pun.  Take your time, I'll mind the kids," saya membuka tawaran kepada isteri. (Ohh... alangkah indahnya kalau laki aku berkata demikian... DO SOME SHOPPING... duitnya sekali ye bang... )

    Bukan apa, saya sering rasa bersalah kerana selalu terpaksa meninggalkan isteri. Mesyuarat, bekerja out station, ceramah, program dan macam-macam aktiviti luar, menyebabkan saya sering meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah.  Bukan bersuka-suka bercuti dan bercanda, tetapi tugas dan tanggjungjawab yang menjadi punca. 


    Lantas, saya tidak keberatan jika isteri saya mahu mengambil sedikit ruang untuk beliau pergi menziarahi sahabat atau menghadiri kursus-kursus rasmi dan tidak rasmi. Waktu untuknya tanpa saya.  Tetapi lazimnya isteri saya memilih untuk berada di rumah.  Dan sebahagian besar sahabat yang saya temui, mengakui hal ini.  



   Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak.  Kepuasa pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperoleh daripada insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak.  Tidak ada apa sangat yang hendka dicari di luar sana.


   Namun bagi si suami, kehidupannya banyak dipengaruhi oleh rasional kerana itulah alat utama dia berperanan sebagai pemimpin keluarga.  Mungkin kerana itu, saya merasakan bahawa suami perlu kepada rakan bincang.  Sesekali suami perlu mendapatkan pandangan ketiga.  Dan kerana ini, seorang lelaki yang telah berkahwin, tetap menjaga hubungan dengan rakan karib, kerana beliau perlu kepada input-input yang membantu dia mempuat keputusan, terutamanya ketika berkonflik dengan isteri dan keluarga (ye ke???? musykilllll)

   Janganlah si isteri salah faham, dengan menyangkakan suami yang pergi kepada rakan karib itu, telah membelakangkan dirinya.  Lebih mengutamakan sahabat daripada isterinya. Lebih percaya kepada orang luar daripada teman hidup yang dinikahinya.  Jangan begitu.


   Suami pergi berjumpa dengan rakan karibnya dengan motif rasional.  Mencari panduan dan penyelesaian.  Sedangkan emosi, perasaan dan kasih sayangnya tetap teguh pada isteri dan anak-anak.  Suami memerlukan rakan bukan untuk urusan emosi sebagaimana yang sering difikirkan oleh isteri. (Alasaaaann....)


   Emosi dan perasaan itu ekslusif dan  hanya ada antara suami, isteri dan anak-anak.  Namun keperluan mendapatkan input rasional, izikan suami mencarinya daripada seorang rakan, kerana hasil perbualan mereka, akan memulangkan kebaikannya kepada kasing sayang antara suami, isteri dan anak-anak. (Adakah anda pasti itu topik perbualan bila mereka berjumpa?? never... )


   Saya yakin, jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, hidup kita akan seimbang.  Bacalah buku Men Are from mars, Women are from Venus itu agar kita dapat belajar untuk saling memahami.  Dengan bekalan syariat Allah dan sunnatullah, sempurnalah perjalanan sebuah rumah tangga.


    "Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya.  Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki" (Al-Hadith)
  
"You complete me" - itulah realiti hubungan antara suami dan isteri.