Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Friday, 16 December 2011

Ukhwah Yang Erat Itu Landasannya Iman

Iman... 
Apa-apa perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku andai Allah matlamatnya, insyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar... kerana apa? kerana iman dalam hati manusia itu...

Iman...
Sukar untuk ana lakukan, bila hati itu keras di salut noda hitam yang gelap,, ana rasa bagai ana ini si Longgok Hitam,, tapi bila betul - betul menjadikan iman itu dasar, juga redha Allah itu tujuan.

Tiada yang boleh menghalang,, walau onak duri dan badai!!!!

Ana..
Perlu ubah persepsi, Perlu ubah misi, Perlu ubah matlamat
~ kerana menegakkan sistem islam itu bukan matlamat!
kerana redha Allah itu bukan wasilah!!

Tapi...
Perjuangan menegakkan sistem islam itu wasilah,, untuk matlamat yang satu!
mengharap MARDHATILLAH!!

Thursday, 15 December 2011

♥ ♥ ♥Jadilah Orang Yang Memberi Kebahagiaan♥ ♥ ♥

Pedang paling kuat dan tajam adalah logam besi yang mendapatkan tempaan paling keras pada nyala api yang sangat panas, maka jangan kamu berharap menjadi kuat jika tidak berani hadapi ujian dan kerasnya hidup ini.

Sebatang mancis tidak akan bernyala,bercahaya dan bermanfaat sebelum ia terbakar..jangan pernah harap kejayaan tanpa perjuangan dan pengorbanan tidak akan berhasil seseorang sebelum merasakan kegagalan.

Jadilah orang yang selalu memberikan kebahagian..walaupun hanya dengan sapaan, salam dan sebuah senyuman, jangan pernah mementingkan diri sendiri.

Belajarlah dari Matahari yang mampu untuk bersinar lebih lama lagi…
Tetapi dia tetap memberi peluang untuk sang bulan untuk menunjukkan diri..

Sahabat….
Kemenangan adalah saat dimana kita dalam keterbatasan..tetapi masih sanggup menghasilkan karya terbaik yang mengagumkan..kemenangan adalah saat kita ikhlas memberikan jalan-jalan kebahagiaan kepada orang-orang yang begitu memerlukan pertolongan

Sahabat….
Kemenangan adalah saat kita mampu memaafkan kesalahan..meskipun kita telah dikecewakan dengan begitu dahsyatnya

Kemenangan adalah saat kejujuran lebih kita utamakan..daripada mendahulukan ego dan kepentingan diri sendiri

Kemenangan adalah saat kita mampu memberikan yang terbaik..meskipun kita dalam keadaan yang apa adanya.

Sahabat….
Jika kamu tidak tahu atau bingung..tentang siapa yang kamu sangat sayangi..Ingatlah saat-saat dimana kamu berada..dalam suasana yang tidak ingin kamu kenang disitulah kamu mengenali dirimu sebenarnya..disitulah kamu juga tahu siapa yang paling kamu sayangi

Cara membalas dendam terbaik adalah hidup dengan lebih baik..daripada orang yang membenci atau menyakiti kita..♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥

Tuesday, 13 December 2011

Aku ~ Muhasabah Diri

Semalam terleka dengan gambar lama..sayu dan pilu hanya mampu ku kongsikan padaNYA..sebak sangat-sangat dalam bermuhasabah diri..Takut untuk menasihati kerana takut diri tidak ternasihat, sedih untuk menegur kerana diri masih punya untuk ditegur, gementar takut kata-kata hanya tinggal kata-kata, menangis kerna takut diri dibenci.

Didalam kita malakukan dakwah terdapat banyak perkara yang perlu diteliti, banyak perkara yang perlu dimuhasanahkan, sebelum memulakan pembersihan hati manusia yang lain, hati sendiri perlu dibersihkan sebersih-bersihnya, perbuatan pendakwah perlu berganda dari suruhannya contohnya jika pendakwah menyeruh kepada 1 kebaikkan, pendakwah itu sendiri perlu melakukan 2 kali kebaikkan.

Apabila pembersihan sudah dilakukan InsyaAllah, bantuan dari-Nya akan muncul. Didalam melakukan kerja-kerja dakwah, kita tidak dapat mengelak dari perkara-perkara negative yang mungkin akan muncul baik dari kerja baik kita ataupun sebaliknya, jadi pendakwah perlu bersedia untuk menghadapai kedua-duanya, jangan mudah tertipu dengan amal yang sedikit dan jangan pula mengambil mudah tanggapan manusia kerana biarpun tanggapan itu berdasarkan benda baik yang kita lakukan, namun seeloknya didalam kita berdakwah elakkanlah dari munculnya tanggapan ini, mohonlah pada-Nya agar segala keaiban kita disembunyikan dengan itu, kerja dakwah berjalan lancar.

Kesenangan diri sendiri perlu diambil kira sebagai golongan kedua, jangan memikirkan kesusahan diri, namun fikirlah ganjaran disana nanti insyaAllah……



Ingat lagi masa bermulalah sessi muhasabah dalam satu program motivasi, suasana pilu menyelubungi dewan. Dengan alunan lagu instrumental dimainkan oleh juru teknikal, teresak-esak terdengar rintihan dan air mata mula berlinang disetiap anak-anak yang ada mana tidaknya, ibunya hanya berada disebelah. Ada anak-anak yang malu-malu dihadapan ibunya. Namun suasana makin mencapai klimaks apabila ustaz memainkan peranan. Dipanggilnya ibu-ibu untuk bercakap dihadapan menyatakan harapan, bersaksikan Alquran dan rakan fasilitator. Sejurus itu, dipanggil pula anak-anak yatim menyatakan hasrat dan janji. Suasana bertambah pilu dengan ucapan ikhlas anak-anak yatim, berkata-kata..... terkadang terhenti percakapan akibat sedihnya ucapan. Ramai yang sebelum ini terlalu ego untuk mengeluarkan air mata mula menipiskan egonya. Masing-masing berada didunia masing-masing. Mengenangkan peristiwa sedih dalam setiap helaian kehidupan mereka..

~rindu nak buat aktiviti dan program..rindu nak berkongsi dan merasa ukhwah ikhlas dari hati-hati si kecil

Sunday, 11 December 2011

CANTIKNYA WANITA

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan semula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir mekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan di mata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi di bawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya seorang wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi igauan mata
Tetapi berpegang akidah solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana.


Sesungguhnya hakikat sebenarnya adalah kecantikan itu tiada yang kekal. Betapa dijaga sekalipun dan diperlihara, bila tiba masanya kulit akan berkedut, bibir akan kecut dan wajah itu akan suram dan sayu. Benarlah tidak ada yang kekal kerana segala-galanya akan di mamah usia ditelan masa. Dan hanya satu yang tidak akan dimakan usia dan sentiasa kekal selama-lamanya iaitu sopan santun dan budi bahasa. Dengan keayuan yang berseri apabila bertudung dan sopan menutup auratnya, itulah kecantikan asli seorang wanita yang sebenar-benarnya. Begitulah istimewanya wanita.

“Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang sholihah.” (HR. Ahmad)

Wednesday, 7 December 2011

Usaha Itu Tangga Kejayaan

Itulah pepatah melayu kita.. bila kita malas ja mesti akan ada orang kata " Usaha itu tangga kejayaan ". bagi saya pulak.. saya bersetuju dengan perumpamaan itu... betul, tanpa usaha kita takkan mendapat apa yang kita inginkan..malah dalam Islam pun menyuruh umatnya berusaha.. sungguh cantik, bermula dengan usaha disusuli dengan doa dan kemudiannya di sudahi dengan tawakkal. begitu cantik begitu molek apa yang dianjurkan dalam islam.

usaha + doa + tawakkal = kejayaan. fitrah kita, bila kita inginkan sesuatu akan timbul dalam diri kita perasaan untuk mendapatkan perkara yang kita hajatkan. perasaan inilah yang mendorong kita untuk berusaha kearahnya.

Namun sebagai manusia biasa. perasaan tidak yakin dan tidak mampu menyebabkan kita memerlukan pertolongan. meminta perolongan tidak beerti kita lemah.. tapi menandakan kita bijak, kerana tidak semua perkara kita hebat.. ada perkara kita perlukan pertolongan orang lain... jangan jadi bodoh sombong.

Namun kita masih lagi berasa tidak yakin. lalu perkara kedua yang perlu kita buat ialah meminta pertolongan dari Pencipta kita Allah s.w.t. bila dah berdoa kita masih berasa bimbang dan risau. ini masanya untuk perkara ketiga. kita tawakkal kepada Yang Maha Memberi. kita berserah segala permintaan kita dia akan qabulkan sekiranya kita ikhlas meminta dan berusaha.

 Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat melainkan apa yang telah diusahakan ". (An-Najm 53:39)


Melalui ayat ini jelas menunjukkan bahawa apa yang kita dapat selama ini adalah apa yang kita usahakan.. jika masih tak mencapai target atau impian kita. maka, ini bermakna usaha kita masih belum mencukupi..

p/s setiap kejayaan disebaliknya adalah usaha serta kepayahan untuk mencapainya. amatlah pelik kalau kita mendapat sesuatu tanpa merasa kepayahannya. sama jugak kalau Allah nak bagi sesuatu kepada kita. Allah akan uji kita dulu. baru Allah kurniakan.

Sunday, 4 December 2011

Ya Allah Lembutkanlah Hati-Hati Kami

Bismillahirrahmanirrahim

Aku tahu. Aku insan biasa. Ilmuku langsung tiada sampai walau sesuku titisan air di dunia ini. Aku tahu, aku bukan lah ahil agama yang punya ilmu yang mantap. Namun, berbekalkan ilmu yang ada ini tidak bolehkah untuk aku mengamalkannya...melaksanakannya dalam kehidupanku ini?

Kenapa sukar benar, untuk KEBENARAN itu dilaksanakan?

Apakah salah untuk aku menolak sebuah perkara atau perancangan manusia yang bakal menjadi fitnah kepada diriku sendiri?

Yang seterusnya bukan sahaja pada diriku bahkan kepada agamaku sendiri. ISLAM.

Entahlah..Aku tidak kisah kalau kalian mahu kata apa tentang aku. Aku tahu apa yang aku lakukan. Cuma aku sedih. Kalian perlakukan aku sebegini. ALLAH.. Tidak mengapa.. Demi sebuah undangan, ku tetap ke sana. Moga ku lakukan hanya keranaMu ALLAH..

Lembutkanlah hati2 kami dalam mentaati segala perintahMu..meninggalkan segala laranganMu..

Saturday, 3 December 2011

Mujahadah

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah SWT dgn limpah dan kurniaNYA..hri ini kita masih diberi peluang, peluang apa? untuk meneruskan tugas sbgai khalifah di muka bumi ini...namun..adakah kita menjalankan tugas atau erti kata lain tnggjwb kita yang sebenarnya kepada Yang Maha Esa??Rasulullah SAW telah bersabda " Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yg tidak akan sesat sesiapa yg berpegang pada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnahku". Namun, apa yang telah berlaku detik ini????

Adakah jiwa kta merasa nikmat ALLAH?? nikmat sebagai seorang mukmin sejati??Atau kerana dek terlalu cintakan dunia sehingga kita tdak dapat merasa nikmat ISLAM...ISLAM itu hanya bersumberkan dari al-Quran dan Sunnah...ini yang telah digariskan oleh Ya Rabb untuk kita mencri redhaNYA...mngecapi manisnya Iman...Firman Allah SWT " Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".(Surah Al-Baqarah:62).

Namun hari ini, dapat dilihat Islam dicampur dan ditokok tambah dengan peraturan yang dbuat oleh manusia itu sendri mngkut selera msing2...walaupun kita sdar hanya KalamNYA dan sunnah dari kekasih Allah sahaja yang diterima...Tapi fenomena hari ini, manusia mula hilang jati diri, hilang skap kemanusian, hilang maruah dri, leka dek keseronokan dunia dan tamakkan takhta dan harta...maka hukum dan aturan agama dikotak katikkan.dan ditentang smada secara terbuka, senyap dan melalui dalaman skp kita sendri..hukum agama diambil mudah...yang haram kita halalkan... yg sunnah kta lebihkan sdangakn yg wajib kta abaikan...Nauzubillah...Allah swt telah berfirman dan mengingatkan umatnya iaitu...

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya pasti mendapat kehinaan sebagaimana orang-orang yang sebelum mereka telah mendapat kehinaan. Sesungguhnya Kami telah menurunkan bukti-bukti yang nyata. Dan bagi orang-orang kafir ada siksa yang menghinakan."(surah Mujaadilah:5)

Oleh  itu, sama-sma kita bermujahadah agar kita tdak leka dgn keseronokan arus dunia dan peraturan yg kita ciptakan sendri...sedangkan kita sedia maklum...manusia itu tdak sempurna,, mka hendaklah kta beriman dan taat padaNYA sahaja.....setiap apa yg dilakukan hendaklah kita ikat kerana Allah SWT, berlandaskan Al-Quran dan sunnah...agar kita dapat mengecapi kebahgian hakiki yang telah dijanjiNYA kelak....Allahuakbar...

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.