Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Sunday 29 May 2011

Tinta Baru Bermula "SAHABAT"

Tinta ana bermula lagi dalam mencoret diari maya..
Blog ana  di http://eiynamanzs-suteraqasih.blogspot.com/ tidak dapat di update seminggu daa...apa masalah pun ana tak tau...

Assalamualaikum!!..

sesungguhnya persahabatan itu sangat indah jika ukhuwah yg dibina kerana Allah..bagi sesiapa yg menjalinkan persahabatan seperti ini, pasti anda semua mengerti bagaimana indahnya perasaan ini.

Ya Rabbi...
semoga ukhuwah yang terbina antara kita semua diredhai dan dirahmati olehNya.InsyaAllah.istimewanya insan yang memiliki ukhuwah seperti ini kerana Allah sendiri akan menyeru 7 golongan di Padang Mahsyar nanti dan salah satu daripada golongan tersebut ialah,
mereka yang saling berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah jua keranaNya

ketika itu, 7 golongan ini diseru untuk memperoleh syafaat daripada Allah :) 
sememangnya saling ingat- mengingati dan sentiasa menasihati sahabat kita ke arah kebaikan amatlah dituntut dalam Islam.Jika kita sentiasa berpesan dan membimbing rakan kita ke jalan yang lurus yakni ke jalan Allah, InsyaAllah ukhuwah yang dibina akan sentiasa terpelihara dan diberkati.Memang besar ganjaran yang diperoleh bagi mereka yang memandu insan lain ke arah memperoleh hidayah daripada Allah.Rasulullah s.a.w bersabda,
"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari."
(HR Al-Tabrani)

Seperti lirik lagu yang dipetik daripada lagu Sebuah Pertemuan dendangan UNIC
Saatku kehilangan keyakinan, 
Kau nyalakan harapan, 
Saatku meragukan keampunan Tuhan,
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala.
Syukur sungguh dihati ini, 
Dikurniakan teman sejati, 
Menunjuk jalan dekati-Nya, 
Tika diri dalam kebuntuan.
Betapa aku menghargai, 
Kejujuran yang kau beri, 
Mengajarku mengenal erti, 
Cinta hakiki yang abadi.
Tiada yang menjadi impian, 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan, 
Yang terbias pada ketulusan, 
Sekeping hati seorang insan, 
Bernama teman.

Sungguh indah bukan jika lagu seperti ini ditujukan kepada kita oleh seorang sahabat yang amat kita sayang.Liriknya sungguh mendalam dan mempunyai makna yang tersirat.Hakikatnya, jika ukhuwah yang dibina kerana Allah, serta-merta ukhuwah tersebut akan menjadi lebih indah dan tak ternilai harganya. 

Persoalannya sekarang, bagaimana untuk melahirkan ukhuwah seperti ini.Kita semua sering mendengar, bersahabat kerana Allah,sayang sesama kita kerana Allah...tetapi, bagaimana sebenarnya untuk kita mewujudkan suasana dan perasaan ini.Usah risau kerana sememangnya ukhuwah fillah yg amat dituntut dalam Islam ini tidak susah untuk dibentuk.

Pertama sekali kita semua harus mempunyai sekeping hati hati yang ikhlas dalam bersahabat.Jangan sesekali kita bersahabat dengannya kerana harta, rupa dan sebagainya.

Seperti kata hikmah ini:Persahabatan sejati itu seperti sebuah rumah,Tak perlu cantik, tak perlu mewah,Tetapi lengkapilah persahabatan itu dengan keikhlasan, kejujuran, kasih-sayang dan keimanan. :)

Kata-kata hikmah ini juga saya ingatkan pada diri saya sendiri dan juga pada anda semua agar kita semua sama- sama memperoleh ukhuwah yang hakiki.

"Sahabat yang beriman,Ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yang setia,Bagai pewangi yang yang mengharumkan,Sahabat sejati..menjadi pendorong impian,Sahabat berhati mulia,Membawa kita ke jalan Allah,"Saidina Ali bin Abi Talib.

Kemudian, bersahabat kerana Allah akan lebih mekar apabila kita sentiasa mengajak sahabat kita ke arah mencari keredhaan Allah.Jangan sesekali kita biarkan sahabat kita terus hanyut dan terumbang-ambing dengan kenikmatan duniawi yang hanya sementara.Kita semua harus bersama- sama membantu antara satu sama lain demi memperoleh kebahagiaan di akhirat sana.

Sahabat yang baik akan terus menegur kesilapan sahabatnya apabila melakukan kesalahan dan terus menasihati mereka dengan baik.Cara yang lebih elok pula, kita sama-sama mencari masa yang sesuai untuk membentuk halaqah. 

Halaqah ini seperti sebuah bulatan diskusi yakni himpunan hati-hati untuk beriman kepada Allah.Pada masa ini, segala masalah sahabat kita dalam halaqah boleh dikongsi serta diselesaikan bersama.Penyampaian tazkirah dan apa-apa perbincangan juga boleh dilakukan dalam halaqah.Oleh itu, ukhuwah yang wujud antara ahli akan lebih erat.

Seperti kata-kata Fatimah Syarha Mohd.Nordin dalam novel tersohornya bertajuk Tautan Hati,Bertemu cinta dalam halaqoh,Hidup lebih indah terarah,Menyulam tautan hati kerana Allah,Terpaterilah ikatan akidah.

Seterusnya, ukhuwah teguh yang telah dibina akan lebih bermakna apabila kita dan sahabat bersama-sama membimbing insan lain ke jalan yang diredhai Allah.Di saat kita telah menemui sahabat sejati yang akan membantu kita memperjuangkan agama Allah, tika itulah rasa paling gembira dan indahnya tidak terkata.

Selama ini ku mencari-cari, 
Teman yang sejati, 
Buat menemani, 
Perjuangan suci.
Bersyukur kini padaMu Illahi, 
Teman yang dicari, 
Selama ini, 
Telah kutemui.
Dengannya disisi, 
Perjuangan ini senang diharungi, 
Bertambah murni kasih Illahi, 
KepadaMu Allah kupanjatkan doa, 
Agar berkekalan, 
Kasih sayang kita.

Petikan lagu Teman Sejati oleh Brothers ini sudah cukup bagi kita untuk memahami nikmat bersahabat kerana Allah S.W.T.'Perjuangan suci' dalam lagu di atas saya kira usaha kita bersama-sama menegakkan syariat Allah dibumiNya.

"Sesungguhnya seorang muslim itu apabila berjalan di jalan dakwah,Dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,Bahkan dibawa bersama hati saudaranya,Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya."Mustafa Mahsyur.

Jadi marilah kita bersama- sama berusaha untuk memperoleh ikatan ukhuwah yang indah ini dan mengasihi sahabat kita seadanya.Seperti HR Al-Bukhari dan Muslim,
" Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." 

Persahabatan yang dijalin sememangnya sangat cantik dan murni apabila kita mencintai Allah dan mewujudkan kasih- sayang yang utuh antara kita.
" Wajiblah cinta-Ku bagi orang- orang yang berkasih- sayang kerana-Ku"(Hadis Qudsi)

Untuk menjadi sahabat yang sejati, terlebih dahulu kita perlu memahami makna sebenar sahabat sejati dari segi Islam.Sahabat yang sejati ialah "Seseorang yang apabila kamu memandangnya, kamu akan teringat akan Allah S.W.T, apabila kamu mendengar kata-katanya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat akan kepada kehidupan akhirat."

Sabda Rasulullah s.a.w, HR Bukhari dan Muslim juga menyatakan,Sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu, atau kamu membeli darinya, atau kamu akan mendapat aroma harum darinya...Tetapi sahabat yang tidak baik diumpamakan seperti peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat busuk darinya. 

Sekali lagi,marilah kita memikirkan kembali dan melakukan muhasabah diri..adakah kita sudah memiliki ukhuwah seperti ini dan telah menjadi teman yang baik kepada sahabat kita.Semoga kita sama- sama memperoleh jalinan persahabatan yang suci ini dan mendapat rahmat dari Allah S.W.T.

Diharapkan juga ikatan ukhuwah yang dibina berkekalan ke akhirnya dan mendapat teduhan di Padang Mahsyar nanti.Akhirnya, kita akan bersama-sama menikmati nikmat syurga Allah.Ukhuwah itu indah.Binalah kasih sayang sesama insan demi memiliki kasih sayang Allah. :)





1 comment:

  1. Sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu, atau kamu membeli darinya, atau kamu akan mendapat aroma harum darinya...Tetapi sahabat yang tidak baik diumpamakan seperti peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat busuk darinya.

    ReplyDelete