Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Sunday 8 April 2012

Punca Manusia Berasa Jauh Dari Allah Swt

“Kenapa rasa jauh dari ALLAH? Rasa hidup kosong..”

“Makan minum semua cukup. Kawan-kawan semuanya baik-baik. Mak ayah hidup lagi. Tapi kenapa rasa macam ni? ALLAH tak pandang aku lagi ke?”
~~~~> CONTOH...sahaja..ayah saya dah tak lagi..tapi semangatnya sentiasa bersama saya :)

Kenapa manusia boleh rasa seperti ini? Apa puncanya? Banyak perkara yang boleh menjadi asbabnya sebenarnya. Salah satunya, bukan kerana ALLAH yang jauh dari manusia. Tapi, manusia itu sendiri yang menjauhkan diri daripada ALLAH SWT.

Eh, manusia menjauhkan diri dari ALLAH? Ya... Senyum ^_^

Hakikatnya, kelalaian manusialah yang membuat manusia merasa begitu. Dosa dan maksiat yang dilakukan, itulah asbabnya. Maka, sedar atau tidak, dosa itulah yang seolah-olah memisahkan manusia dengan ALLAH dan menjadikan hubungan manusia dengan ALLAH SWT renggang dan menyebabkan hidup ini berasa kosong. Ada saja yang tidak kena. Resah dan gelisah.

Namun, perasaan begini, bukanlah bererti ALLAH SWT sudah tidak peduli dengan manusia lagi. Sebaliknya, perasaan itu sebenarnya adalah satu teguran dari ALLAH SWT. ALLAH SWT mahu anda sedar dengan perbuatan anda sendiri. Mahu manusia mengkoreksi diri sendiri dan bersoal jawab dengan diri sendiri.

Sebab itu, pentingnya muhasabah ^_^


Dan sebenarnya, jiwa manusia yang secara fitrahnya sukakan empunya jasad akur dan taat pada perintah ALLAH SWT tidak dapat menerima kelakuan si empunya jasad jika lalai terhadap ALLAH. Ya, semua manusia ada perasaan ini sebenarnya, antara menyedarinya sahaja atau tidak. Itulah hakitkat fitrah semulajadi. Hati yang kecil itu sebenarnya tidak boleh menerima kelakuan dan kelalaian buruk. Bila fikir-fikir balik, terasa malu dengan hati.

Kadang-Kadang, Terpisah Juga Dengan Manusia

Hubungan baik dengan ALLAH, maka ALLAH akan baikkan hubungan dengan manusia.

Saya yakin akan itu!!

Bila hubungan dengan ALLAH mulai ada masalah, maka begitu juga dengan hubungan sesama manusia. Kadang kala, terasa keseorangan walaupun sebenarnya sedang dalam keramaian pada waktu itu. Terasa dipinggirkan walaupun hakikatnya tiada sesiapa yang meminggirkan dirinya. Terasa sangat tidak diperlukan dan tiada yang mempedulikan dirinya. Tidak cukup dengan itu, terasa dirinya dipandang hina oleh orang lain.

MashaAllah! Tabarakallah~!

Kita boleh periksa dan tanya diri.

Anda Perlukan ALLAH SWT Dalam Hidup Anda

Kadang-kadang, ego menguasai diri. Ada saja manusia yang tidak menghiraukan rasa kekosongan itu, sebaliknya membiarkan perasaan itu begitu saja. Dan akhirnya, fikirannya menjadi serabut dan kehidupan sehariannya tidak terurus. Eh, saya tidak mereka. Saya pernah saksikan dengan mata kepala sendiri. Tapi syukurlah, akhirnya hamba ALLAH itu kembali pulih. Keselamatan ke atas dia, insyaALAH.

Haruskah persalah ego? Saya akan kata, tidak!!

Sebagaimana nafsu, ego itu juga harus dididik. Kalau manusia ada ego, jangan lupa, ALLAH Yang Maha Perkasa itu pun ada ego. Hendak berlawan ego siapa paling tinggi? Sudah semestinya manusia akan hancur.

Senyum ^_^

Sebenarnya, apa yang saya hendak cakap ialah... Kita, yakni manusia, sangat perlukan ALLAH SWT dalam hidup. Jiwa kita sangat memerlukan kasih-sayang dari ALLAH. Sangat memerlukan perhatian dan belaian ALLAH SWT. Sangat memerlukan pertolongan dari ALLAH SWT. Manusia sangat perlukan ALLAh dalam setiap langkah.

Yang memberi rezeki adalah ALLAH SWT.
Yang memberi kejayaan adalah ALLAH SWT.
Yang memberi kegembiraan adalah ALLAH SWT.

Sahabat, maka mengakulah. Kita sebenarnya memang perlukan ALLAH SWT..

ALLAH itu, tidak akan kekurangan hatta sebesar zarah pun jika ada manusia yang berpaling dari-Nya. Tidak akan tergugah kebesaran ALLAH SWT. Manusia, manusia yang berpaling dari ALLAH, akan meranalah hidupnya. Itu sunnatullah! Jika manusia membuang ALLAH SWT dalam hidupnya, maka nantikanlah natijah dari perbuatan itu.

Kita perlukan ALLAH. Ya, sangat memerlukan rahmat ALLAH SWT. . Mengakulah~

P/S Peringatan untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi!

No comments:

Post a Comment