Agak- agak la kalau kereta baru kita ubah suai sana ubah suai sini, lama kelamaan akan menjejaskan tak sistem asal kereta tersebut, dan kereta tersebut akan rosak atau tidak apabila dah rosak jika kita hendak dapatkan semula sentuhan asal seperti keluar dari kilang kita mestilah pergi ke kilang asal untuk perbaikinya kerana hanya pembuat kereta tersebut yang tahu membetulkan kerosakkan dengan tepat.
Kalau ada yang beralasan nak kereta sukan tu..tak reti reti nak kumpul duit dan terus beli yang sukan..kalau dah tak ada duit tu buat la cara tak ada duit..jangan ikut kan nafsu.
Sama la dengan kita sebenarnya yang suka mengikut nafsu yang kita sendiri tak kenal yang selalu bercakap cakap kat dalam diri kita sendiri..kita ingatkan kita berfikir walhal kita sedang berdialog dengan diri kita sendiri..itu lah bahayanya.
Bahayanya ialah kita akan wujud sikap keakuan..iaitu sikap yakin pada diri sendiri dan bukanya yakin pada ALLAH Swt. Kerana dalam setiap pekara kita akan merujuk hanya pada diri kita sendiri yang kita tak kenal sebenarnya.
Kita dah terlupa hendak merujuk kepada ALLAH Swt, al- quran atau hadis atau bermohon petunjuk daripada ALLAH Swt. Sifat ini juga akan menjadikan kita syirik kepada ALLAH Swt iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan sebab itu lah kita mesti sentiasa mengingati ALLAH Swt didalam hati.
* cuba berhenti baca entri dengar apa dalaman kita berkata dan cuba banyakkan berzikir dengan pula apa dalaman kita berkata..
Kerana kejadian kita pada empat bulan didalam kandungan ibu kita ALLAH Swt telah tiupkan sebahagian roh nya pada kandungan ibu kita dan beserta dengan qarinn (teman/umarah)..qarin itu lah yang kita tak kenal dan yang selalu kita berbual sebenarnya. Hanya dengan banyak mengingati ALLAH Swt sahaja dapat membezakan antara ajakan yang baik dan ajakan yang buruk.
Asasnya tetap pada apa yang disampaikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad Saw daripada wahyu ALLAH Swt iaitu al quran 30 juzuk..kerana sifat para nabi ialah menyampai kalimah ALLAH Swt..bukannya mengajar, sebab itu jika Nabi Saw mengajar tentu lah al quran itu akan menjadi lebih daripada 30 juzuk..
Tetapi sikap kita zaman sekarang ini yang suka menyangka dah pandai, suka suka ja menokok tambah didalam hukum hakam ALLAH..malah ada yang tak mahu ikut atau laksanakan terus pun ada..Itu lah hebatnya kita pada zaman ini..jika ALLAH Swt dah berfirman didalam al quran "Aku telah sempurnakan agama islam sebagai agama Ku" maka kita harus ikut sahaja sebagaimana Nabi Saw tunjukkan melalui hadis hadis dan sirah.
Pasti akan rosak agama islam jika kita pandai- pandai menokok tambah. Jika didalam al quran ALLAH Swt firman pasal hudud maka laksanakanlah hudud..dan jika yang tidak ada ALLAH Swt berfirman didalam al quran jangan lah kita buat pulak..
Sama juga dengan al hadis..jika didalam hadis ada Nabi Saw bersabda ,kita ikut lah dan jika tak ada Nabi Saw bersabda , jangan lah kita pandai pandai adakan pulak..
Disebabkan hati yang dikuasai oleh umarah (qarin) kerana tidak mengingati ALLAH Swt..
kalau berzikir pun bukanya ikhlas tetapi mengharapkan sesuatu tak ada maknanya.
kalau berzikir pun bukanya ikhlas tetapi mengharapkan sesuatu tak ada maknanya.
Masalah hati lah kita dizaman sekarang..dah tak ada orang yang tekan kan pasal kebersihan hati pasal menjaga hati kerana hati itu ialah raja didalam badan manusia. Jika hati itu rosak maka rosak lah keseluruhan perwatakkan manusia itu. Kerana sesuatu niat datang dari hati..barulah perlaksanaan terjadi, seperti niat nak lakukan perkara baik seperti nak solat maka tubuh badan akan laksanakan solat dan jika niat nak lakukan maksiat pasti tubuh badan akan laksanakan maksiat.
Disinilah pentingnya mengingati ALLAH Swt didalam hati setiap masa kerana hanya dengan banyak mengingati ALLAH Swt sahaja hati akan menjadi tenang, baru lah niat niat yang baik akan terlaksana..
Ana teringat satu sirah selepas perang badar kalau tak salah, para sahabat sedang bergembira kerana telah menang didalam peperangan tersebut..tetapi rasullallah bersabda "jangan kamu gembira dahulu" kenapa tanya salah seorang sahabat ,bukankah kita telah menang didalam peperangan dan hampir syahid..bersabda lagi baginda Saw
"ada lagi jihad yang labih besar" terkejut para sahabat mendengar kata kata rasullallah bahawa ada jihad yang lebih besar daripada syahid dalam peperangan..jadi bertanya lagi para sahabat kepada baginda Saw > jihad apakah ya rasullallah, jawab baginda rasullallah "jihad akhbar iaitu jihad melawan hawa nafsu sendiri"
~tak ingat dalilnya...nanti ana cari..
Terang terang kita boleh nampak pada zaman sekarang ini..anak anak muda yang rosak akhlak bercampur tak kira muhrim, semuanya daripada didikkan ibu bapa jika ibu bapa sendiri tak amalkan..bagaimana nak sampaikan pula kepada anaknya..jadi dibiarkan sahaja anaknya mengikut arus sosial semasa.
Tak rumit sebenarnya kita mulakan dengan diri kita dahulu..perbanyakkan mengingati ALLAH Swt didalam hati disamping menjaga solat fardu, buatlah dengan ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu hanya mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH Swt sahaja insyAllah hala tuju kita akan dilorong oleh ALLAH Swt. Lepas itu barulah kita ajak isteri kita, suami kita, kemudian anak anak kita, mak ayah dan mentua kita, jika lagi semangat ajaklah jiran jiran kita dan seterusnya sekampung kita ajak, baru lah islam akan tertegak
p/s Pesanan ni buat diri, anak2 jagaan LKAYS, pelajar2 LKAYS, Sahabat Blog, Sahabat FB, Sahabat Qarib ana..komen lah jika ada yang tak berkenan ya ~ penulisan yang santai buat kalian dan muhasabah diri..^^ wallahualam~
No comments:
Post a Comment