"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Thursday, 12 January 2012

Teraturkah Pengurusan Hidup Anda??

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada amnya, masyarakat Islam zaman kini melalui hidup tanpa perancangan yang teliti. Jadilah mereka seperti layang-layang tak bertali. Sehinggakan peratusan remaja Islam yang terjebak dengan gejala sosial semakin meningkat. Apa yang pasti adalah kerana mereka membelakangkan agama dalam hidup.

Apa tujuan manusia diciptakan?

Firman Allah:
"Tidak AKU jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah untukKU"

Sudah terang lagikan bersuluh... itulah matlamat sebenar kewujudan manusia di marcapada ini. Ibadah bukanlah hanya setakat solat, puasa, tunaikan zakat ataupun dirikan Haji. Malahan, aktiviti kita seharian pun, seperti mandi, makan, bekerja mencari nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya adalah ibadah kepada Allah dengan niat lillahi Ta'ala.

Semuanya adalah ibadah, akan tetapi, tersusunkah hidup kita seharian? Mungkin ya bagi jangka masa pendek, tetapi bagaimana dengan jangka masa panjang?

Manusia seharusnya berjiwa besar dan berpandangan jauh ke depan dengan menggunakan akal yang telah dikurniakan Rabbul Izzati. Jangan kufur nikmat dengan kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya.

i. Rancanglah kehidupan dengan teliti. Tetapkan matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

ii. Kenali peluang yang ada untuk diceburi dan jangan bertangguh bila peluang sudah di depan mata. Rebutlah peluang keemasan kerana tak mungkin peluang akan muncul buat kali kedua.

iii. Motivasikan diri untuk menggapai apa yang telah disasarkan walau dengan apa cara sekalipun, selagi tidak bercanggah dengan landasan Islam.

iv. Kuasai Minda anda, "Segalanya tidak Mustahil". Setelah mencapai satu tahap perancangan anda, kuasai dan konsisten dalam memberi komitmen. Tapi ingat, jangan terburu-buru dalam mencari peluang baru. Ini mungkin merugikan anda dalam menjayakan peluang yang baru mula bertatih.

~ mood motivasi diri~

No comments:

Post a Comment