Janganlah engkau mengeluh kerana bencana malam hari..Sesungguhnya bencana dunia itu tiada yang kekal ~eiynamanzs~
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".
Monday, 13 June 2011
KEBULURAN...
Kenapa perkara sebegini berlaku
cukup ke dengan ucapan kesian
Pepatah Melayu ada berpesan.:
'Beringat sebelum kena
Berjimat sebelum habis'
( Sejauh mana kebenaran pepatah ini...)
Dalam rezki kita ada hak milik orang lain..bersedekahlah...
p/s Ada masa senang dan ada masanya kita susah. Kita malah kadang-kadang mencebik bibir seakan mencemuh mereka ini yang mungkin di mata kita tidak berharga sedikit pun, benar di mata manusia yang penuh dengan dosa, golongan yang tidak bernasib baik ini yang mungkin merempat dan tidak ada apa-apa membawa erti tidak bernilai langsung, tetapi ingatlah, di mata Tuhan, kita semua sama.
Sama-sama kita ingatkan diri kita yang semakin lupa terhadap golongan kurang bernasib baik ini, mendermalah dengan sepenuh hati dan seikhlasnya, walaupun hanya 1 sen sahaja, nilai keikhlasan itu tidak akan dapat ditandingi.
Lupakah kita? Disaat kita susah kita memerlukan bantuan tetapi disaat kita senang, kita tidak ingin membantu. Derma bukan datang dalam bentuk wang dan material, tetapi boleh saja dalam bentuk doa sekiranya anda tidak mampu.
Dermalah sejenak biarpun dalam bentuk doa. Semoga Tuhan memberkati kita semua.
Labels:
kasih sayang,
Sedekah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment