"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Saturday, 11 June 2011

Layar Putih

Assalamualaikum..tinta hati bermula lagi...Banyak peristiwa yang berlaku semenjak kebelakangan ini..Samada menimpa diri sendiri ataupun orang lain yang pastinya kepelbagaian peristiwa yang berlaku ini sedikit sebanyak menerjah benak fikiran Hamba beberapa soalan yang tidak pasti apakah jawapan yang hakiki untuk persoalan ini.

Sesetengah orang suka berpendapat setiap perkara yang berlaku sudah takdir ketentuan daripada ilahi namun apakah kita pernah terfikir jika manusia berterusan berfikiran begini mereka akan dibelenggu kemalasan yang bersangatan .

Tidak salah untuk berangggapan sedemikian,walaupun begitu harus diingatkan Allah SWT Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi dan DIA tahu akan kemampuan hamba-hambaNYA .Oleh kerana itu setiap dugaan dan ujian yang silih berganti sayugianya difikirkan Kerana Apa aku Diuji Sebegini ? Kenapa Aku Harus Diuji ? Apakah Aku Mampu Untuk Terus Diuji ? Dimanakah Letaknya Sabar Dan Taatku Setiap Kali Aku Diuji ?Inilah yang sepatutnya kita fikirkan dan bukan hanya terus beranggapan semuanya takdir.

Realiti sekarang kita sendiri dapat melihat akan kebejatan paradigma umat manusia yang semakin hari mudah untuk dimanipulasi dengan pelbagai bentuk.Yang paling dikesali ,manusia hari ini seakan sudah hilang akal dan pertimbangan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impian dan cita-cita sendiri.Batasan syara' dan landasan Islam bukan lagi jadi rujukan ,jika sudah sampai ke tahap ini apa lagi yang kita boleh harapkan.

Apa saja isu semasa kini jika difikirkan kembali kenapa dan mengapa boleh berlaku rasanya semua orang akan tahu jawapannya.Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mereka membelakangkan agama dan mengkiblatkan keseronokan menjamu hawa nafsu tanpa sekelumit kesal.Fikrkanlah generasi yang bakal dibantuk satu masa kelak jika fenomena initerus berlarutan tanpa sekatan ...

No comments:

Post a Comment