"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Wednesday, 1 June 2011

KEMATIAN ITU PASTI


Larilah sejauh mana pun mati tetap akan berada di sisi mu. Terbanglah setinggi mana pun mati tetap juga akan menjemput mu. Sejuta harta juga tidak dapat menyelamatkan mu. Begitu juga pangkat dan kuasa.Bila tiba masanya kita harus pergi juga.

Yang menarik mengenai mati adalah ia suatu yang pasti dan tidak pasti.Mati pasti akan menjemput kita. Tetapi yang kita tak pasti adalah bila dan di mana.

Kerana mati itu pasti maka pastilah juga kita hentak mati dalam keadaan yang diredhai dan di terima disisi ALLAH SWT. Oleh kerana kita tidak pasti bila kematian itu akan sampai maka perlulah kita menjaga amalan setiap masa.

Berusaha sedaya upaya agar tidak jatuh dalam kemaksiatan.Sentiasa kembali bertaubat apabila melakukan kemaksiatan dan menjaga niat dalam amalan. Takut-takut kematian itu tiba pada masa mana kita sedang melakukan maksiat kepada ALLAH.

Sabda Rasulullah yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam sebuah hadis yang panjang maksudnya "..Demi ALLAH yang tiada ilah melainkannya , ada diantara kalian melakukan amalan ahli syurga sehinggga jaraknya dengan syurga tinggal sehasta namun telah ditetapkan dia beramal dengan amalan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam api neraka , sesungguhnya ada di antara kalian yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak dia dengan neraka tinggal sehasta namun telah ditetapkan dia beramal dengan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga".

2 comments:

  1. salam..ana copy post ini boleh?? untuk mengingatkan yg lain2..jazakallah

    ReplyDelete