Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Sunday 26 June 2011

MencintaiMU

Jika Bukan Kerana Pesan Rasulullah untuk memilih pasangan yang baik agamanya..

Aku bukanlah orang yang banyak menuntut

Kerana akupun belum tentu dapat memenuhi tuntutan dari pasanganku....

Aku bukanlah orang yang menuntut kesempurnaan..
Kerana akupun tidak dapat memberi kesempurnaan..


Aku bukanlah orang yang banyak megajukan kriteria wanita idaman..
Kerana akupun mungkin tidak termasuk ke dalam kriteria wanita idaman..

Jika bukan kerana mengharap Rahmat dan Redha-Nya...
Aku hanya menginginkan pendamping yang bertanggung jawab dan mencintaiku seadanya...

Jika bukan kerana mengharap Rahmat dan Redha-Nya...
Cukuplah dia seorang yang seiman, asalkan boleh solat yang lainnya tidaklah penting...

Jika bukan kerana takut akan Murka-Nya.. 

aku akan bercinta dengan banyak lelaki 
agar aku boleh  memilih mana yang terbaik dari mereka....

Jika bukan Kerana Allah .. cukuplah aku memilihmu kerana CINTA..CINTA.. DAN CINTA .. yang di agung-agungkan oleh remaja..

Tapi kerana aku menginginkan Cinta-Nya, Rahmat-Nya , dan Redha-Nya...
Aku ingin memilihmu kerana cintaku pada-Nya..
Aku ingin menerimamu kerana Cintaku pada-Nya..
Aku ingin mencintaimu kerana akhlak dan ketaqwaanmu pada-Nya..
Dan akupun ingin kau memilih dan menerimaku kerana Cintamu pada-Nya.

"Mungkin kebaikan itu tidak terletak pada orang yang kau pilih melainkan pada jalan yang kau pilih ,atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan dari Allah"

No comments:

Post a Comment