Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Sunday 26 June 2011

Wanita- Solat Berjemaah

Musaddad menyampaikan kepada kami (katanya), daripada Yazid bin Zari’, daripada Ma’mar, daripada az-Zuhri, daripada Salim bin Abdullah, daripada bapanya, daripada Nabi saw, bersabda Baginda: “Apabila isteri seorang kamu meminta izin (ke masjid) maka janganlah ia menegahnya”. (Bukhari)

Wanita tidak diwajibkan bersolat jamaah di masjid. Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadzilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjamaah di masjid dengan alasan ianya lebih tertutup dan lebih aman daripada fitnah (kesempurnaan hijab). Jika kaum wanita mengetahui yang demikian, pastilah mereka tidak meminta untuk keluar ke masjid kerana berkeyakinan bahawa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya.

Namun begitu tidak dinafikan juga bahawa para wanita diharuskan solat berjamaah di masjid. Bahkan harus bagi wali atau suami untuk tidak melarang mereka jika hendak solat berjemaah di masjid kerana Rasulullah saw tidak mencegah sama sekali para wanita untuk solat berjamaah di masjid bersama Baginda sampai masa kewafatannya. Demikian juga para khulafa’ ar-Rasyidin.

Namun perlu diingat bahawa keizinan itu hendaklah bergantung kepada syarat-syaratnya seperti:

1. Tidak memakai wangi-wangian.
2. Tidak bertabarruj (berhias atau bersolek).
3. Tidak memakai gelang kaki yang dapat didengari bunyinya.
4. Tidak memakai baju yang menarik pandangan orang.
5. Tidak bercampur dengan kaum lelaki sehingga boleh menimbulkan fitnah.
6. Tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan kesesakan di jalan yang akan dilewati.

Oleh itu bagi wanita yang mahu mengerjakan solat berjamaah di masjid wajib mematuhi syarat-syarat tersebut kerana semua perkara yang disebutkan tadi mengandungi unsur penggerak dan pengundang syahwat kaum lelaki jika tidak dipatuhi.

No comments:

Post a Comment