Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Monday 4 July 2011

Mengenali Kelemahan dan Kekuatan Diri


SERINGKALI diperkatakan bahawa tidak semua insan yang lahir itu unggul dalam segala aspek.  Ada kalanya terdapat kelemahan dari aspek fizikal, mental maupun dari aspek kejiwaan.  Namun terdapat kekuatan atau kelebihan di sebalik kelemahan tersebut. 


  • Sebagai contoh terdapat ramai orang kurang upaya yang mampu meraih kejayaan sama ada dalam bidang akademik ataupun sukan.

Sebagai seorang pelajar, kita harus mengenali kekuatan dan kelemahan diri agar segala kekuatan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya dalam proses pembelajaran, manakala segala bentuk kelemahan itu harus diperbaiki dan dimurnikan supaya ianya tidak menjejas kehidupan kita.

Sepertimana yang dinyatakan kekuatan atau kelemahan diri itu dapat dikenal pasti melalui aspek fizikal, mental dan juga kejiwaan.

  • Fizikal
    Setiap anggota yang dicipta oleh Allah mampu berfungsi dan memberi faedah jika kita berusaha bersungguh-sungguh melatihnya.  Sebagai contoh terdapat golong murid yang cacat anggota seperti cacat anggota tangan dan kaki.  Namun mereka dapat menggunakan siku atau kaki untuk menulis dan akhirnya mampu menulis dengan baik dan mencapai kejayaan.
Terdapat juga ramai di antara mereka yang berjaya melatih untuk mendapat kemahiran yang membolehkan mereka membuka bengkel kenderaan sebagai sumber pendapatan.  Ramai juga daripada mereka yang buta tetapi mampu menjawat jawatan yang tinggi seperti profesor dan sebagainya dalam bidang kerjaya.

Seorang seorang pelajar yang lengkap segala-galanya dari aspek fizikal harus mengambil ikhtibar untuk memperkukuhkan lagi usaha dalam bidang pelajaran serta bermuhasabah untuk menghargai dan bersyukur dengan pemberian Allah ini dan tidak mensia-siakan pemberiannya atau menyalahgunakan anggota badan kita ke arah yang dilarang oleh Nya.

  • Mental
Fikiran adalah satu anugerah Allah kepada insan di mana ianya tidak ada pada binatang. Walau bagaimanapun fikiran harus dilatih dan dijana agar ia mampu melahirkan buah fikiran yang bernas.

Latihan ini bermula dengan pengumpulan ilmu sama ada melalui pembacaan, pengajaran oleh guru, interaksi bersama rakan serta latihtubi yang diberi dalam proses pembelajaran. Kekuatan fikiran menunjukan seseorang itu banyak membaca, mendengar, melihat serta melakukan sesuatu tugas dengan sempurna.

Selepas itu ia akan berusaha untuk  memahami fakta, menganalisis dan menilai semula bahan-bahan pembacaan tadi di mana akhirnya ia dapat mencipta dan membuat inovasi dalam buah fikiran atau  produk untuk dihasilkan.

Kekuatan ini sebenarnya terletak pada usaha, ketabahan dan kesanggupan menghadapi cabaran.  Bagi mereka yang mempunyai kelemahan dalam aspek ini bukan bermakna fikiran mereka itu lemah tetapi tidak mempunyai kesanggupan  berusaha atau mengambil inisiatif  untuk mendapat ilmu serta menangani segala bentuk cabaran yang ditempuhi.

  • Kejiwaan
Jiwa kebiasaannya dirujukan kepada semangat, perasaan serta harapan.  Jiwa yang lemah tidak mempunyai semangat untuk belajar, kerapkali ditimpa perasaan malas, terhina, rendah harga diri dan tidak mempunyia harapan untuk berjaya dalam kehidupan.

Hasilnya mereka tidak mampu bergerak, tidak bermotivasi untuk belajar dan mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak baik bertujuan untuk penonjolan diri.

Jika anda tergolong dalam golongan ini, anda harus meninggalkan perkara yang negatif, tumpu semula kepada pelajaran, dan dapatkan nasihat serta bimbingan daripada guru kaunseling agar semangat, perasaan dan harapan anda dapat dipulihkan semula.

Mengenali kekuatan dan kelemahan diri mampu memperkukuh, memperlengkap, membuat penambahbaikan serta memurnikan diri dalam usaha mengejar kejayaan.

Tiada perkara yang tidak boleh diatasi.  Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Tepuk dada tanya selera, dan pastikan selera itu mampu member kejayaan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment