Janganlah engkau mengeluh kerana bencana malam hari..Sesungguhnya bencana dunia itu tiada yang kekal ~eiynamanzs~
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".
Sunday, 17 July 2011
Takut Pada Allah
Perasaan takut dan gerun yang amat ketara terhadap Allah SWT tetap wujud dalam diri para sahabat. Semoga Allah SWT mengurniakan secebis beberapa sifat- sifat merekka kepada kita yang berdosa ini.
Berdasarkan kisah-kisah Rasulullah, cuba kita menilai dan melihat keadaan diri kita sendiri meskipun hampir setiap masa kita terlibat dengan dosa, namun selepas melihat gempa bumi dan pelbagai macam azab yang lain, kita tidak pun terkesan dengan azab-azab itu, kita juga tidak menyibukkan diri dengan taubat, istighfar dan solat tetapi sebaliknya kita menyibukkan diri dengan pelbagai kajian yang sia-sia.
Walaupun pada hari ini berlaku sebesar- besar bencana, musibah dan bala, siapakah yang teringat akan masjid? Tidak hairanlah dengan keadaan orang awam. Adakah pembesar- pembesar agama mengambil berat tentang perkara ini?. Fikirkan jawapannya di hati kamu.
Pada hari ini, sungguhpun banyak perkataan yang kita ucapkan antara satu sama lain namun kita tidak pun terfikir yang kita akan di balasi ataupun kita akan dihisab di akhirat nanti.
Petua yang mudah supaya kita dapat mengambil berat amal- amal kebaikan iaitu dengan memikirkan kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Setelah itu semua jenis amal baik akan menjadi mudah dan amal itu pasti akan penuh dengan keikhlasan. Apalah susahnya untuk melapangkan sedikit masa 24 jam sehari semalam untuk merenung perkara ini.
Labels:
kasih sayang,
rindu,
Tarbiah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment