"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Tuesday, 12 July 2011

Renung Dalam Diri

Assalamu'alaikum....beberapa hari ana tidak berpeluang utuk singgah d sini diari maya ini..sibuk bersama keluarga di kampung..kali ini ana ingin kongsikan pada para pembaca untuk renungan besama..


>> Untuk kita kongsi bersama<<

1. Kita bukannya PANDAI untuk mengata orang lain bodoh

2. Kita bukanlah KAYA untuk mengata orang lain miskin

3. Kita bukanlah TAMPAN untuk mengata orang lain muka tidak tampan

4. Kita bukanlah CANTIK untuk mengata orang lain tidak lawa

5. Kita bukanlah BAIK untuk mengata orang lain jahat

6. Kita bukanlah ALIM untuk mengata orang lain lupa sembahyang

7. Kita bukanlah KUAT untuk mengata orang lain lemah

8. Kita bukanlah BERANI untuk mengata orang lain penakut

TETAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita menyebarkan ILMU itu kepada orang lain

2. Kita adalah kaya jikalau kita MANFAATKAN kekayaan kita kepada jalan
kebaikan

3. Kita adalah tampan jikalau kita TAK MENINGGI DIRI

4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa MEMUJI orang lain

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah KEBAIKAN dan
menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian
kita kepada-Nya dengan SEIKHLAS hati

7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa MEMBANTU orang yang lemah

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk
MEMPERTAHANKAN Agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk
ciptaan-Nya.
Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang
tersendiri.
sedarlah.... bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah..

Seharusnya yang bangkit itu bukan sekadar perasaan..
Yang kau lafazkan bukan sekadar keinginan..
Yang ku beri bukan sekadar ingatan..
Yang kita hargai bukan sekadar persahabatan..

No comments:

Post a Comment