Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Sunday 17 July 2011

Tabah Hadapi Kesusahan Agama

Tidak mungkin bagi orang yang lemah seumpama kita untuk menanggung dan kepayahan dalam menyebarkan agama sebagaimana yang telah di tanggung oleh Rasulullah dan para sahabat. Malah berniat untuknya pun adalah susah. Kitab- kitab sejarah penuh dengan kisah- kisah sedemikian tetapi untuk beramal dengannya telah menjadi perkara asing. Malah kita tidak ingin pun bersusah payah berusaha untuk mengambil tahu tentang kisah- kisah tersebut.

Inilah sikap yang kononnya berbangga- bangga menjadi pengikut Nabi Muhammad S.A.W. Sebaliknya kita sendiri bila mengalami sedikit kesusahan atau kita di lemparkan dengan kata- kata kesat, kita akan menjadi begitu marah sehingga kita menaruh perasaan dendam yang tidak padam- padam seumur hidup kita terhadap orang yang telah menyakiti kita. Kezaliman demi kezaliman kita lakukan ke atasnya sedangkan kita ialah penganut pengikut Rauslullah yang mengikut jejak langkah Baginda. Setelah menanggung kesusahan dan penderitaan yang sebegitu dahsyat, baginda sendiri tidakpun mendoakan keburukan ke atas mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindak balas.

Orang yang terlibat dengan kerja-kerja Allah ( Kerja Agama) dengan ikhlas dan keinginan yang sejati akan dapat merasai kelazatan Syurga dalam dunia ini lagi. Sebagai contoh ; Anas bin Nadhr ( Seorang sahabat mencium bau syurga semasa beliau di dunia ini lagi ) Sekiranya kita juga menjadi orang yang ikhlas maka kelazatan syurga akan dikecapi di dunia ini lagi.

Sekiranya seseorang itu teguh dalam agama yang benar maka sebesar- besar kuasapun tidak boleh mengugat keagamaannya. Alla SWT juga berjanji akan menolong orang Islam dengan syarat bahawa dia adalah orang Islam sejati.

Segala kesusahan dan penderitaan itu telah ditanggung oleh para sahabat yang semua berbangga dengan nama- nama mereka. Kita menganggap dan mengaku sebagai pengikut mereka. Kita selalu mimpikan kemajuan seperti yang telah di capai oleh mereka tetapi cubalah renung dan fikirkan sejenak sebagai mana mereka telah berkorban untuk itu dan apakah pula yang telah kita buat untuk agama dan islam?. Sedangkan setiap kejayaan ialah sesuai dengan usaha yang gigih. Sementara kita pula mencari kesengan, kemewahan, kehidupan untuk jauh dari agama. Mengumpul harta benda sama seperti cara yang telah dilakukan oleh orang kafir dan masik kita inginkan kemajuan Islam. Bagaimanakah keadaan ini mungkin terjadi.

“ Wahai pengembara aku bimbang kamu tidak akan sampai ke ka’abah kerana jalan yang kamu lalui itu menuju ke Turkistan”

Sememangnya berusaha untuk mengembirakan Allah menjadi intisari kehidupan para sahabat. Setiap pekerjaan mereka hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Tetapi bagaimanakah kita ?

“ Dan diantara manusia yang mengorbankan dirinya semata- mata kerana keredhaan Allah dan Allah pula belas kesihan terhadap hamba-hambaNya”
(Al- Baqarah : 207 )

No comments:

Post a Comment