Zikrullah
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"Cinta Hakiki Khaliq Terbit Dari Kalbu Nan Suci.Rintihan Hati Luahan Perasaan Yang Dituturkan DihadapanNya Menggamit Rasa Syahdu Memecah Kesunyian Malam Justeru Melahirkan Sentuhan Jiwa Dan Ketenangan Pada Hati ,Yang Merindui Penciptanya".

Tuesday 19 July 2011

Pesanan buat aku dan kamu


Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sungguhan sujudku, cuma istikharah jua yang bisa merungkai identiti kamu itu....

Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu. 
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah. 
Ya Tuhan kami lindungi kami..

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke syurga. Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi muslimah yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini lebih mencintai Allah, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku , berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan.Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita untuk menyambung perjuangan rasulullah SAW. Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku wahai suamiku.. Dari awal lagi ku cuba didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku.. kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi Islam dari rahim ini.

Wahai bakal suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dan istikharah..

No comments:

Post a Comment